Minggu lepas p check-up... doktor scan.. dia kata baby aku dalam keadaan sonsang.. anak yang first pon sonsang gak... setelah menggoogle... aku dapat article nie daripada Dr. Hamid Arshat Pakar Sakit Puan...
KEDUDUKAN
JANIN SONGSANG
Salah
satu tujuan penting pemeriksaan ibu mengandung ialah untuk mengesan kedudukan
janin. Walaupun lebih kurang 95 peratus janin dalam kandungan dalam kedudukan
normal iaitu kepala di bahagian bawah menghala ke arah rongga punggung ibu,
namun lebih kurang lima peratus boleh mengalami kedudukan tidak normal.
Daripada jumlah ini, lebih kurang tiga peratus dalam keadaan songsang
atau breech iaitu punggung bayi terletak di bahagian bawah menghala rongga
punggung ibu, manakala kepalanya di bahagian atas. Janin juga boleh melintang
atau tranverse atau kedudukannya dalam keadaan setengah songsang atau oblique lie.
Semua jenis kedudukan yang luar biasa mungkin menandakan sesuatu masalah
sama ada pada ibu atau pada bayi. Janin dalam kedudukan luar biasa ini akan
mengalami risiko lebih tinggi berbanding dengan janin dalam kedudukan normal.
Begitu juga dengan kadar kematian bayi adalah lebih tinggi di kalangan janin
songsang. Untuk mengatasinya, adalah sangat penting kedudukan janin dikesan
serta disahkan normal ataupun tidak sebelum ibu melahirkan anaknya.
Punca
kedudukan luar biasa juga penting diketahui kerana ini mungkin disebabkan oleh
sesuatu penyakit. Untuk mengatasi sebarang masalah kecederaan atau kematian
sama ada bayi atau ibunya, janin songsang ini perlu dilahirkan secara pembedahan
sesarean kerana ini lebih baik dan lebih selamat.
Bila
Dapat Dikesan?
Biasanya
doktor masih belum boleh mengesan kedudukan janin pada peringkat awal kehamilan
kerana ia masih berpusing-pusing dalam karung air dalam rahim ibu. Biasanya
kedudukan janin mula dapat dikesan pada peringkat tujuh bulan dan apabila masuk
ke peringkat lapan bulan kedudukannya mulai stabil.
Adalah
penting menentukan kedudukan sebenar janin pada peringkat ini sama ada kepalanya
di bahagian bawah atau atas atau kedudukannya melintang.
Kakitangan
perubatan yang terlatih khususnya doktor pakar perbidanan atau doktor perubatan
serta bidan terlatih boleh mengesan masalah kedudukan janin di peringkat tujuh
hingga lapan bulan. Kadangkala timbul juga masalah dalam memastikan kedudukan
janin dengan hanya merasa perut dengan tangan. Kesukaran ini mungkin disebabkan
oleh wanita tersebut terlalu gemuk, khususnya pada bahagian perut atau ibu yang
mengalami masalah terlalu banyak air dalam kandungan.
Masalah
ini digelar hydramnios dan ini mungkin dikaitkan dengan kehamilan kembar
ataupun kecacatan bayi. Kadangkala kepala janin telah masuk ke dalam rongga
punggung dan ini juga akan menimbulkan kesukaran untuk merasai di mana terletaknya
kepala bayi.
Menentukan
kedudukan janin banyak bergantung kepada kemahiran dan pengalaman kakitangan
perubatan atau bidan yang memeriksa. Walaupun demikian, adakalanya orang yang
mahir dan berpengalaman pun masih membuat kesilapan dan tidak dapat mengesan
kedudukan janin yang sebenar. Jika timbul sesuatu keraguan mengenai kedudukannya,
lebih baik menggunakan cara lain.
Hari
ini satu cara yang kerap digunakan untuk menentukan kedudukan janin dalam kes
yang meragukan ialah dengan menggunakan ultrasound. Pemeriksaan cara
ini sangat selamat dan tidak ada bahaya bahangan atau radiation. Pemeriksaan
juga memberi maklumat lain yang agak penting mengenai janin seperti degupan
jantungnya, kedudukan uri dan alat ini juga boleh mengesan beberapa jenis kecacatan
bayi.
Punca
Kedudukan Luar Biasa
Kedudukan
janin songsang atau melintang mungkin disebabkan oleh salah satu daripada beberapa perkara yang saya akan huraikan di bawah ini. Sesetengah
kedudukan songsang tidak ada sebab yang nyata. Kita terus tidak mengetahui apa
puncanya walaupun berbagai-bagai cara dilakukan untuk mengesannya. Keadaan ini
mungkin timbul dari pihak ibu atau janin itu sendiri ataupun kedudukan uri yang
luar biasa.
Ibu
yang telah banyak kali melahirkan anak lebih kerap mengalami masalah ini kerana
otot-otot di bahagian rahim dan perut menjadi kendur. Keadaan in juga boleh
berlaku akibat keganjilan bentuk
rahim yang mungkin telah wujud secara semulajadi. Boleh jadi juga ada ketumbuhan
dalam rahim seperti fibroid atau ketumbuhan di kilang ovari, atau tulang
rongga punggung ibu terlalu sempit. Janin pula mungkin mengalami masalah timbunan
air dalam otak atau hydrocephalus, janin tanpa otak atau anencephalus,
janin kembar, sama ada kembar biasa atau kembar siam. Kedudukan luar biasa janin
juga mungkin disebabkan oleh kedudukan uri tidak normal. Biasanya, uri terletak
di belakang janin, tetapi kadang-kala berlaku uri terletak di hadapan janin
yang dikenal sebagai placenta praevia. Keadan ini sangat bahaya kerana
ia boleh menyebabkan tumpah darah yang banyak dan janin tidak boleh langsung
dilahirkan secara normal kerana uri menyekat saluran peranakan.
Untuk
mengetahui punca kedudukan janin tidak normal ini beberapa pemeriksaan dan ujian
mungkin dilakukan. Pemeriksaan ini termasuklah pemeriksaan kemaluan untuk menentukan
keadaan rongga tulang punggung, disusuli dengan pemeriksaan X-ray pelvimetry untuk menentukan sama ada saluran rongga punggung sempit atau tidak. Ujian ultrasound juga penting dilakukan untuk mengesan kedudukan uri, ketumbuhan dalam rahim
dan kecacatan janin.
Bagaimana
Mengatasi Masalah Ini?
Saya
kerap mendengar cerita, wanita hamil yang menyedari kedudukan anaknya songsang,
akan terus meminta bantuan bidan kampung. Walaupun saya mempunyai hormat yang
tinggi terhadap bidan kampung yang mahir dalam amalan perbidanan mereka, saya
agak khuatir jika usaha memusingkan
janin ini akan menimbulkan masalah kepada ibu dan anaknya.
Sebenarnya masih ramai lagi pakar perbidanan dan doktor perubatan yang
cuba memusingkan janin berkedudukan songsang ini. Usaha ini biasanya dilakukan
ketika kehamilan meningkat ke usia 32 hinga 34 minggu (jumlah jangka waktu kehamilan
ialah 40 minggu). Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan janin songsang
adalah selamat jika di lakukan dengan teliti oleh orang yang mahir dalam bidang
ini, namun terdapat juga beberapa bahaya yang mungkin timbul akibat perbuatan
itu. Antaranya ialah berlaku premature labour atau kelahiran sebelum
waktunya, tumpah darah, kematian janin dalam rahim atau kecederaan pada rahim.
Dengan
adanya kemungkinan risiko tersebut, kini ramai doktor pakar pebidanan teragak-agak
atau tidak setuju langsung memusingkan kepala janin. Ada juga yang percaya jika
janin itu dipusingkan ada kemungkinan ia akan berpusing balik kepada kedudukan
songsangnya. Janin mungkin akan lahir cara biasa setelah berpusing sendiri kepada
kedudukan normal di saat-saat terakhir sebelum lahir. Usaha memusingkannya mungkin
sia-sia sahaja jika terdapat sesuatu gejala atau masalah yang saya nyatakan
tadi.
Melahirkan
Bayi Sonsang
Sebahagian
besar janin dalam kedudukan songsang boleh lahir dengan cara spontan tanpa pembedahan.
Doktor akan menilai dengan teliti sama ada janin itu terlalu besar atau rongga
punggung ibu boleh memuatkan kelahiran bayi. Walaupun demikian, bagi janin yang
kedudukannya songsang, kelahiran secara pembedahan sesarean mungkin dilakukan.
Pembedahan
dilakukan apabila anak terlalu besar dan saluran rongga punggung ibu sempit
khususnya jika kandungan itu sulung dan ibu bermasalah seperti berpenyakit darah
tinggi atau kencing manis.
Bagi
ibu yang mengalami kehamilan melintang kerana kedudukan uri di hadapannya, tidak
ada jalan lain untuk melahirkan anak selain dibedah sahaja.
Ibu ini perlu dimasukkan ke hospital lebih awal daripada tarikh yang
dijangkakan lahir; biasanya satu atau dua minggu sebelumnya. Ini adalah untuk
mengelakkan sebarang masalah bersalin di rumah. Ada kemungkinan tali pusat atau
tangan bayi akan terkeluar dahulu. Kedua-dua kejadian ini akan menyebabkan kematian
janin dalam rahim melainkan pertolongan cemas secara pembedahan diberikan dengan
segera.
Oleh itu, setiap ibu yang mengandung khususnya mereka yang telah melaluinya
beberapa kali perlu mendapat jagaan waktu mengandung dan pemeriksaan sejak awal
lagi. Di peringkat tujuh hingga lapan bulan pula, pemeriksaan sangat penting
untuk menentukan kedudukannya. Jika didapati kedudukan janin luar biasa, janganlah
tergesa-gesa menemui bidan atau pengamal perubatan tradisional untuk memusingkan
kedudukannya. Nasihat dan rawatan sewajarnya dari doktor pakar perbidanan adalah
penting dalam hal ini.
Akhirnya jika dinasihatkan oleh doktor menjalani pembedahan kerana kedudukan
janin luar biasa ini, janganlah sekali-kali membantah kerana ia adalah untuk
kebaikan diri ibu dan juga anak yang dikandungnya.