korang tengok tak cite nie.. hari isnin ari tu dah start.. kelakar gak citer nie.. lagi best dari citer bini-bini ku gangster.. anak aku pon bukan main lagi gelak...
Sinopsis :
Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak
lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster.
Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi
berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila
Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa.
Manja terpaksa campur tangan.
Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya.
Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas
amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga
demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie. Manja sering menyerahkan
semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang
berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa
bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan
adiknya.
Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia
koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang
dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila
Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja
kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga
kemungkinan yang Manja mandul.
Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana)
untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu
memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan
mereka.
Riana yang berperwatakan lembut merupakan seorang feminis yang selalu
mahu membuktikan kemampuan dirinya yang boleh bersaing dengan abangnya,
Ringgo. Riana menganggap ayahnya lebih menyayangi anak lelaki dan tidak
mempercayai kebolehannya. Apa yang Riana tidak tahu adalah sebenarnya
ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat
kepada ayah Manja. Riana yang pada mulanya menurut arahan ayahnya untuk
mendekati Hairi akhirnya jatuh hati dengan sikap penyayang Hairi.
*** nak tau kesudahan cerita nie kena lak tengok..