mari kita kenal seseorang lelaki melalui bahasa tubuh nya...
1.Merenung Tajam
Pernah atau tidak kamu berhadapan dengan lelaki yang gemar merenung
tajam tika kamu berborak mesra? Sebenarnya perbuatan ini menggambarkan
mereka seorang yang peminta dan ingin mengetahui apa yang mampu kamu
tawarkan kepadanya. Menyeramkan bukan? Tetapi itulah yang diminta lelaki
yang berkelakuan seperti ini.
2.Rapatkan Badan
Opss rapatnya posisi tubuhnya padamu! Sebenarnya apabila jejaka
merapatkan badannya ketika berbual, ia melambangkan mereka seorang yang
mempunyai daya penarik dan kadang kala ia boleh bersifat keterlaluan.
Jadi berhati hatilah wahai gadis.
3.Tangan & Badan Asyik Bergerak
Terdapat juga lelaki yang gemar menggerakkan anggota badan seperti
tangan dan badan apabila bermesra. Lelaki seperti ini merupakan seorang
yang cukup bertanggungjawab dan mempunyai perasaan cinta yang sangat
mendalam. Pergerakan ini melambangkan betapa besar cintanya pada kamu
dan sebagai bukti kesungguhan beliau. Adakah kamu suka lelaki seperti
ini?
4.Anguk Kepala
Kebiasaannya, seorang yang mengangguk kepala bermakna faham mahupun
jelas, tetapi apabila jejaka asyik menganggukkan kepalanya semasa
berbual, itu melambangkan mereka seorang yang sangat mengambil berat dan
sentiasa memikirkan kamu dalam fikiran mereka.
5.Gemar Berdiri
Kalau kamu duduk ketika bercakap, manakala si dia pula berdiri, lelaki
jenis ini sebenarnya seorang yang gemar mempengaruhi dan mengongkong
kehidupan kamu. Mereka juga dikatakan sebagai seorang lelaki yang suka
mempergunakan kamu khususnya untuk kepentingannya sendiri.
6.Sensitif Jarak
Pernah atau tidak kamu berjumpa dengan lelaki yang tidak keruan ini di
mana kalau kamu berdiri mahupun duduk, si dia akan mengehadkan jarak
tertentu agar tidak terlalu rapat? Lelaki seperti ini bukanlah mahu
menjauhkan diri denganmu tetapi mereka lebih mementingkan keselesaan
tika bermesra. Selain itu, mereka juga dikatakan sebagai lelaki yang
memahami kehendak dan kemahuan pasangan mereka.
7.Tiru Lagak
Jejaka yang gemar meniru lagak mahupun gaya orang lain ini dikatakan
seorang yang mudah terpengaruh dan dikatakan seorang yang mudah untuk
dibawa berbincang serta sentiasa positif dalam kehidupannya.