Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Wednesday, December 26, 2012

Lunch at The Windmill Bukit Beruang



lunch tadi kami makan di sini... aku, kak sham n tina.. kitaorang g yang kat bukit beruang nyer.. masa sampai tak bape ramai sangat... tapi bila dah kol satu lebih makin berduyun2 yang datang makan kat sini.. luas... tempat duduk pon banyak...

aku order yang nie... nasi goreng cendawan... sangat sedap... harga cuma RM7.90.. murah kan... alhamdulillah kenyang anak aku makan ari nier.. banyak gak menu dia.. lain kali boleh datang makan ngan hb + alif...

oleh kerana kenyang... mengantuk plak mata nie.. huhuhu.. kena plak tempat sejuk cam lam bilik aku nie.. lagi ler berat jerk mata nie buka... cepat lah kol 5.. den nak balik...

Monday, December 24, 2012

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah

 

semalam aku follow my hubby ke gadek.. ade perlawanan bola sepak 9 sebelah.. pepagi dah bangun.. kejut anak aku bukan men payah lagi nak bangun.. abang ngantuk lah mummy.. abang nak tido... itu lah ayat nyer.. sian tol... padahal dia yang bersemangat nak ikot...

geng hb aku pecah dua team.. hb aku team B kena lawan kat padang 2. start lawan kol 10.00 pagi.. tu pon matahari dah terpacak kat kepala.. tak de bumbung pat duduk dia.. hitam aku dibuatnyer. team hb aku giliran yang ke-4.. diaorag main 7-1-7 minit jerk.. main liga... tak boleh main lama.. jenuh nak tunggu habis.. 

pusingan pertama.. 0-0.. kena wat sepakan penalti.. nie yg tak best main.. ikut nasib.. penalti pon seri gak 3-1-1.. pas tu nak tentukan juara guna kaedah tintong plak.. senang cakap lambung duit.. ikut nasib.. marah geng MMU.. sampai penganjur cakap.. saya penganjur.. saya yang berhak tentukan permaian nie... hahhhh... amik ko... 

hb aku pat masuk suku akhir.. tu pon kena tunggu kol 1.45 petang... pi makan dulu... kat gadek nie susah nak cari kedai makan... kedai ade tapi sumenyer tutup.. sampai nak ke tampin cari kedai makan.. mujur ade.. tapi nasi campur abis sudah.. order goreng2.. nasib baik mee goreng dia sedap... 

kol 2.00 baru start balik.. hb aku giliran ke-2.. 0-0 jugak... penalti lagi.. bosan betul.. sepak2 nyer sepak last2.. team satu lagi menang... ape lagi.. bungkus lah... bagus jugak kalah.. tak de lah nak tuggu lama.. kalau menang dapat masuk separuh akhir.. 


Wednesday, December 19, 2012

Mee Udang Special - Masjid Tanah

from : Mr. Google
semalam aku lik sungai udang.. malam kuar pi beli barang dapur.. kan gaji semalam... hb aku ajak pi masjid tanah.. nak pi al-ihsan.. nak cari stokin bola.. padahal siang tu dah pi beli kasut ngan stokin bola dah.. katanyer tak cukup... aku ikut jerk.. 

oleh kerana malas nak masak.. duduk berdua kan.. buat kotor dapur jerk.. baik beli.. senang.. dekat situ ade kedai makan.. so kitaorang pon pergi lah makan kat situ.. b4 this tak pernah masuk pon kedai tu.. menu kat situ cuma ade mee / kuey teow udang / daging, ketam segar goreng ngan udang goreng.. itu jerk.. yang goreng2 lain tak der... so aku dan hb pilih makan mee udang special...

service cepat.. tak de lah nak tunggu lama... perghhh... memang sedap ko... udang dia gemuks... fresh lagi tu.. kuah mee terasa manis udang segar tu... tak sia-sia makan kat sini... berselera makan.. sampai licin.. hik3x... harga pon boleh tahan.. tak de mahal sangat... sepinggan mee udang special RM8.00.. puas hati.. lain kali boleh datang lagi...

oleh kerana aku kuar tak bawa hp.. so tak dapat lah nak snap rupa mee udang tu... kalu korang nak rasa datang kat sini..

Tuesday, December 18, 2012

sAKiT hATi

 

Lunch tadi pi secret recipe kat mydin.. dah janji ngan ana nak pi makan kat situ.. masa sampai tak de ramai pon... oleh kerana tadi dah makan nasi so aku order yang ringan2 jerk... aku order banana split ngan chicken curry puff.. yang len2 order lain... 

makin lama makin ramai orang datang... tunggu punya tunggu.. air diorang nie sampai dah.. makanan jerk tak dapat lagi.. service sangat lembab.. dari kol 1.10 minit sampai kol 2.00 dok menunggu tak sampai2 makanan aku... dah angin satu badan nie... 

orang lain sampai lambat dah dapat makanan.. kita orang yang awal pon tak dapat lagi.. susah sgt ker nak wat banana split tu.. kempunan mak nak... ape lagi aku n mardiana angkat kaki... cancel order.. nak tunggu sampai kol bape lagi.. 

makanan yang simple pon susah nak dapat.. lain kali tak moh pi makan kat situ dah...menyakitkan hati betul.....

Monday, December 17, 2012

kEk CokLat KuKus





sabtu lepas aku ajak adik aku wat kek.. aku ade beli tepung kek 3 in 1.. lagi senang kan.. tak yah nak sukat.. cuma tambah telur, asen vanila, susu sejat dan minyak jerk.. pukul sampai kembang dan sebati ngan tepung coklat tu.. aku ambik keputusan untuk kukus kek nie... tak pernah pon wat kek kukus.. biasa bakar jerk..

aku kukus selama satu jam.. hah ko.. naik kembang.. sampai merekah kek aku...

tengok tu.. terbelah kat tengah.. bam2x.. kan...

jemput makan kawan2.. yummy2x.. kalau wat topping ngan coklat cair lagi sedap.. 

banyak gak dapat kek nie.. penuh satu tupperware bulat tu.. tak rugi beli.. next time boleh wat lagi..


Friday, December 14, 2012

Bayi Sonsang

 

Minggu lepas p check-up... doktor scan.. dia kata baby aku dalam keadaan sonsang.. anak yang first pon sonsang gak... setelah menggoogle... aku dapat article nie daripada Dr. Hamid Arshat Pakar Sakit Puan... 

KEDUDUKAN JANIN SONGSANG

Salah satu tujuan penting pemeriksaan ibu mengandung ialah untuk mengesan kedudukan janin. Walaupun lebih kurang 95 peratus janin dalam kandungan dalam kedudukan normal iaitu kepala di bahagian bawah menghala ke arah rongga punggung ibu, namun lebih kurang lima peratus boleh mengalami kedudukan tidak normal.

Daripada jumlah ini, lebih kurang tiga peratus dalam keadaan songsang atau breech iaitu punggung bayi terletak di bahagian bawah menghala rongga punggung ibu, manakala kepalanya di bahagian atas. Janin juga boleh melintang atau tranverse atau kedudukannya dalam keadaan setengah songsang atau oblique lie.

Semua jenis kedudukan yang luar biasa mungkin menandakan sesuatu masalah sama ada pada ibu atau pada bayi. Janin dalam kedudukan luar biasa ini akan mengalami risiko lebih tinggi berbanding dengan janin dalam kedudukan normal. Begitu juga dengan kadar kematian bayi adalah lebih tinggi di kalangan janin songsang. Untuk mengatasinya, adalah sangat penting kedudukan janin dikesan serta disahkan normal ataupun tidak sebelum ibu melahirkan anaknya.

Punca kedudukan luar biasa juga penting diketahui kerana ini mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit. Untuk mengatasi sebarang masalah kecederaan atau kematian sama ada bayi atau ibunya, janin songsang ini perlu dilahirkan secara pembedahan sesarean kerana ini lebih baik dan lebih selamat. 

Bila Dapat Dikesan?

Biasanya doktor masih belum boleh mengesan kedudukan janin pada peringkat awal kehamilan kerana ia masih berpusing-pusing dalam karung air dalam rahim ibu. Biasanya kedudukan janin mula dapat dikesan pada peringkat tujuh bulan dan apabila masuk ke peringkat lapan bulan kedudukannya mulai stabil.
Adalah penting menentukan kedudukan sebenar janin pada peringkat ini sama ada kepalanya di bahagian bawah atau atas atau kedudukannya melintang.

Kakitangan perubatan yang terlatih khususnya doktor pakar perbidanan atau doktor perubatan serta bidan terlatih boleh mengesan masalah kedudukan janin di peringkat tujuh hingga lapan bulan. Kadangkala timbul juga masalah dalam memastikan kedudukan janin dengan hanya merasa perut dengan tangan. Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh wanita tersebut terlalu gemuk, khususnya pada bahagian perut atau ibu yang mengalami masalah terlalu banyak air dalam kandungan.
Masalah ini digelar hydramnios dan ini mungkin dikaitkan dengan kehamilan kembar ataupun kecacatan bayi. Kadangkala kepala janin telah masuk ke dalam rongga punggung dan ini juga akan menimbulkan kesukaran untuk merasai di mana terletaknya kepala bayi. 

Menentukan kedudukan janin banyak bergantung kepada kemahiran dan pengalaman kakitangan perubatan atau bidan yang memeriksa. Walaupun demikian, adakalanya orang yang mahir dan berpengalaman pun masih membuat kesilapan dan tidak dapat mengesan kedudukan janin yang sebenar. Jika timbul sesuatu keraguan mengenai kedudukannya, lebih baik menggunakan cara lain.
Hari ini satu cara yang kerap digunakan untuk menentukan kedudukan janin dalam kes yang meragukan ialah dengan menggunakan ultrasound. Pemeriksaan cara ini sangat selamat dan tidak ada bahaya bahangan atau radiation. Pemeriksaan juga memberi maklumat lain yang agak penting mengenai janin seperti degupan jantungnya, kedudukan uri dan alat ini juga boleh mengesan beberapa jenis kecacatan bayi.

Punca Kedudukan Luar Biasa

Kedudukan janin songsang atau melintang mungkin disebabkan oleh salah satu  daripada beberapa perkara yang saya akan huraikan di bawah ini. Sesetengah kedudukan songsang tidak ada sebab yang nyata. Kita terus tidak mengetahui apa puncanya walaupun berbagai-bagai cara dilakukan untuk mengesannya. Keadaan ini mungkin timbul dari pihak ibu atau janin itu sendiri ataupun kedudukan uri yang luar biasa.

Ibu yang telah banyak kali melahirkan anak lebih kerap mengalami masalah ini kerana otot-otot di bahagian rahim dan perut menjadi kendur. Keadaan in juga boleh berlaku  akibat keganjilan bentuk rahim yang mungkin telah wujud secara semulajadi. Boleh jadi juga ada ketumbuhan dalam rahim seperti fibroid atau ketumbuhan di kilang ovari, atau tulang rongga punggung ibu terlalu sempit. Janin pula mungkin mengalami masalah timbunan air dalam otak atau hydrocephalus, janin tanpa otak atau anencephalus, janin kembar, sama ada kembar biasa atau kembar siam. Kedudukan luar biasa janin juga mungkin disebabkan oleh kedudukan uri tidak normal. Biasanya, uri terletak di belakang janin, tetapi kadang-kala berlaku uri terletak di hadapan janin yang dikenal sebagai placenta praevia. Keadan ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan tumpah darah yang banyak dan janin tidak boleh langsung dilahirkan secara normal kerana uri menyekat saluran peranakan.

Untuk mengetahui punca kedudukan janin tidak normal ini beberapa pemeriksaan dan ujian mungkin dilakukan. Pemeriksaan ini termasuklah pemeriksaan kemaluan untuk menentukan keadaan rongga tulang punggung, disusuli dengan pemeriksaan X-ray pelvimetry untuk menentukan sama ada saluran rongga punggung sempit atau tidak. Ujian ultrasound juga penting dilakukan untuk mengesan kedudukan uri, ketumbuhan dalam rahim dan kecacatan janin.

Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?

Saya kerap mendengar cerita, wanita hamil yang menyedari kedudukan anaknya songsang, akan terus meminta bantuan bidan kampung. Walaupun saya mempunyai hormat yang tinggi terhadap bidan kampung yang mahir dalam amalan perbidanan mereka, saya agak khuatir jika usaha  memusingkan janin ini akan menimbulkan masalah kepada ibu dan anaknya.

Sebenarnya masih ramai lagi pakar perbidanan dan doktor perubatan yang cuba memusingkan janin berkedudukan songsang ini. Usaha ini biasanya dilakukan ketika kehamilan meningkat ke usia 32 hinga 34 minggu (jumlah jangka waktu kehamilan ialah 40 minggu). Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan janin songsang adalah selamat jika di lakukan dengan teliti oleh orang yang mahir dalam bidang ini, namun terdapat juga beberapa bahaya yang mungkin timbul akibat perbuatan itu. Antaranya ialah berlaku premature labour atau kelahiran sebelum waktunya, tumpah darah, kematian janin dalam rahim atau kecederaan pada rahim.

Dengan adanya kemungkinan risiko tersebut, kini ramai doktor pakar pebidanan teragak-agak atau tidak setuju langsung memusingkan kepala janin. Ada juga yang percaya jika janin itu dipusingkan ada kemungkinan ia akan berpusing balik kepada kedudukan songsangnya. Janin mungkin akan lahir cara biasa setelah berpusing sendiri kepada kedudukan normal di saat-saat terakhir sebelum lahir. Usaha memusingkannya mungkin sia-sia sahaja jika terdapat sesuatu gejala atau masalah yang saya nyatakan tadi.

Melahirkan Bayi Sonsang

Sebahagian besar janin dalam kedudukan songsang boleh lahir dengan cara spontan tanpa pembedahan. Doktor akan menilai dengan teliti sama ada janin itu terlalu besar atau rongga punggung ibu boleh memuatkan kelahiran bayi. Walaupun demikian, bagi janin yang kedudukannya songsang, kelahiran secara pembedahan sesarean mungkin dilakukan.

Pembedahan dilakukan apabila anak terlalu besar dan saluran rongga punggung ibu sempit khususnya jika kandungan itu sulung dan ibu bermasalah seperti berpenyakit darah tinggi atau kencing manis.
Bagi ibu yang mengalami kehamilan melintang kerana kedudukan uri di hadapannya, tidak ada jalan lain untuk melahirkan anak selain dibedah sahaja.

Ibu ini perlu dimasukkan ke hospital lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan lahir; biasanya satu atau dua minggu sebelumnya. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang masalah bersalin di rumah. Ada kemungkinan tali pusat atau tangan bayi akan terkeluar dahulu. Kedua-dua kejadian ini akan menyebabkan kematian janin dalam rahim melainkan pertolongan cemas secara pembedahan diberikan dengan segera.

Oleh itu, setiap ibu yang mengandung khususnya mereka yang telah melaluinya beberapa kali perlu mendapat jagaan waktu mengandung dan pemeriksaan sejak awal lagi. Di peringkat tujuh hingga lapan bulan pula, pemeriksaan sangat penting untuk menentukan kedudukannya. Jika didapati kedudukan janin luar biasa, janganlah tergesa-gesa menemui bidan atau pengamal perubatan tradisional untuk memusingkan kedudukannya. Nasihat dan rawatan sewajarnya dari doktor pakar perbidanan adalah penting dalam hal ini.

Akhirnya jika dinasihatkan oleh doktor menjalani pembedahan kerana kedudukan janin luar biasa ini, janganlah sekali-kali membantah kerana ia adalah untuk kebaikan diri ibu dan juga anak yang dikandungnya.

Thursday, December 6, 2012

Mama or MummY

 

sejak dua menjak nie.. anak aku suka nau panggil aku mummy.. ni sume gara2 kesampuk ngan anak akak aku nie.. tapi manja sangat bila dia sebut mummy... bila kita dah biasa cakap mama.. nanti dia akan cakap bukan mama lah.. mummy..

aku yea kan ajerk.. tapi bila dia tak ingat perkataan mummy tu dia akan panggil mama macam biasa.. sejak nak dapat adik nie manje dia len macam... dia cukup marah kalau abah dia pegang perut aku.. dia cakap nie baby alif ngan mama.. bukan baby abah.. 

macam mana nanti bila baby tu dah kuar.. dok berkepit jerk nanti mengadap baby.. orang len nak pegang dia tak bagi.. macam2 hal...

Tuesday, December 4, 2012

Tanda-Tanda Awal Nak Bersalin


2 3 hari nie perut aku rasa tak bape sedap.. duduk tak kena.. baring tak kena.. diri tak kena.. tido malam pon tak lena.. risau gak aku.. nak bersalin dah ker.. aku baru 7 bulan.. setelah aku menggoogle.. oh... belum tiba masa nyer lagi.. antara tanda-tanda awal nak bersalin adalah :

1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

 Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.