Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Thursday, June 27, 2013

5 Produk Kecantikan Yang Diharamkan

 vd54

Pengarah Kanan Kesihatan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A. Rahman dalam satu kenyataan Khamis lalu menamakan lima produk yang diharamkan ialah:

  1. Cellnex Rawatan Essence Anti-sensitif
  2. Asli 99 Night Cream
  3. Asli 99 Krim Siang
  4. SF Beauty Night Cream (muka)
  5. Hari SF Beauty Cream (muka).
Eisah berkata penggunaan jangka panjang betametasona tanpa bimbingan profesional akan membawa kepada penipisan kulit muka, menyebabkan kerengsaan, retak, jerawat dan pigmentasi dan boleh memberi kemudaratan kepada sistem peredaran darah.

Beliau berkata pemilik syarikat-syarikat yang terus mengambil risiko dengan menjual produk akan didenda sehingga RM25, 000 atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama dan sehingga RM50, 000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan yang berikutnya, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

*** berhati-hati lah dalam memilih produk kecantikan.. sharing is caring..

14 Imunisasi Wajib untuk Anak

 

BCG
Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.

Hepatitis B 
Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.

Polio
Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan.

DPT
Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.

Campak 
Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian.

HIB
Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri.

PCV
Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).

ROTAVIRUS
Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq).

INFLUENZA
IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada:
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun.
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV.
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan.

VARISELA
Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun.

MMR 
Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme.

TIFOID
Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.

HEP A
Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.

HPV 
Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan.

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi.

Wednesday, June 26, 2013

bILa daH boSaN

hai uolls..

lama kan tak update blog nie.. ari nie pon tak de kerja.. bosan giler.. ramai tak de kat ofc nie.. dah macam padang jarak padang terkukur dah aku tengok... so boring2 nie macam2 ler ragam nyer.. tak tau nak wat per so aku upload lah gambar anak aku yang dah semakin debab dan bulat nier tuk tatapan korang sumer..

jgn tak tau.. kucing pon suka tau!

dah pandai masuk mainan lam mulut...


comey tak?


tembam kan muka saya?

nie ler hasil nyer yea... dah nak masuk 5 bulan.. agak2x.. muka danial nie itot saper?