Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Wednesday, October 12, 2011

: : uRi : :

BAGI mereka yang baru saja bergelar ayah, selain gementar ketika kali pertama melaungkan azan atau iqamat di telinga bayi, pastinya perasaan itu lebih bertambah tatkala menerima bungkusan daripada jururawat yang di dalamnya terkandung uri bayi.

Pasti mereka tertanya-tanya bagaimana menguruskan uri kerana sebelum ini tidak pernah diberitahu mengenainya. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menyerahkan kepada ibu, nenek atau bidan kampung untuk dibersihkan dan ditanam dengan alasan tidak tahan melihat darah atau jijik untuk membasuhnya.

Ramai ibu bapa membuat persediaan menyambut kelahiran bayi dengan menyediakan pelbagai kelengkapan tetapi terlupa mendapatkan maklumat mengenai cara menguruskan uri mengikut syariat Islam sebenar.

Oleh itu muncullah pelbagai cara yang menjadi amalan di kalangan masyarakat Melayu, seperti uri yang ditanam bersama pelbagai benda seperti jarum, paku dan kain batik berfungsi untuk melindungi bayi.

Malah di sesetengah kawasan penanaman uri dipasang lilin pada waktu malam selama tujuh malam bagi mengelak kejadian pelik menimpa bayi.

Mengikut kepercayaan masyarakat zaman dulu, uri haruslah dibasuh bersih sehingga tiada darah tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri ini. Tempurung berisi uri perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.

Sebelum lubang dikambus, paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama ditanam sekali.

Barangan ini adalah simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam kerana dipercayai mampu mengelak bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.

Mereka percaya uri yang ditanam mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir. Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku bagi mengurangkan masalah bayi menangis malam.

aNgry BirDs

skang nie game yang sedang glamer adalah agry birds.. kalu p kat kedai2 pon dah ade jual patung2 agry birds nie.. jangan tak tau anak aku pon pandai men game nie. ahaks.. tiap2 ari dia akan cakap "mama abang nak men game bebird.."

bukan men lentik lagi jari dia menarik lastik burung tu.. tapi bukan nyer lompat ke depan.. ke belakang pergi nyer.. heheheeee..

tapi yang tak best nyer ade ke patut letak gambo cik B.. letak ler binatang lain yang lebih comel.. tupai ker.. hamster ker.. tak pon ulat.. burung kan suka makan ulat.. tak kreatif lansung kan..

ape-ape pon game nie memerlukan kesabaran yang kuat.. kalu tak sabar tak boleh menang yea..nanti cik B tu gelak hok..hok..hok..

Tuesday, October 11, 2011

:: FuLL HoUse ::


hai..

i sedang layan cerita full house la nie.. jangan jeles... tangan wat keja sambil mata layan citer nie.. heheheee... best giler cite nie.. tak jemu tengok.. bila tengok cite nie teringat plak dekat house mate dulu..

hari sabtu dan ahad tak de ape nak wat.. so kitaorang layan cd jerk lah.. dok tergolek depan tv 5 orang.. sampai naik panas dvd player tu.. nasib baik tak meletop. hehee.. sampai nak makan pon nak duduk depan tv. ahaks...

tapi bila part sedih tu.. siap ade yang menangis lagi.. hahahaaa.. penangan cerita korea la nie.. betul2 menghayati..

k lah.. i nak layan cerita nie.. bubye..

Friday, October 7, 2011

Nak TengOk WaYang???

eee... dah lama rasanya tak pergi tengok wayang... last ari tu pon tengok cite dilarang masuk.. tengok kat alamanda ngan zu n balkis..zaman bercinta ngan zaman dah kahwin nie mang macam nie agak nyer.. tak de masa ajer... penat.. sibuk.. alasan semata-mata...menyampah...

kalu tak dulu ade jerk citer baru aku dah terjah pi tengok.. la nie hubby aku kata wat pe pegi tengok wayang.. astro first kan ade.. 24 jam leh tengok.. nak tergolek, nak meniarap sume boleh.. tak de sape marah.. RM15.00 leh tengok sampai tiga hari.. tengok wayang skali jerk leh masuk.. mahal plak tu.. masa nie lah berkira kan...

tapi bila fikir-fikir balik betul gak cakap hubby aku.. tak payah nak bersiap-siap kuar.. tengok kat rumah ngan family lagi baik :p

Melangkah Terpaksa

jadi ke budak-budak nie nak gi karok.. kalu jadi aku nak itot.. nak nyanyi lagu nie.. huhuhuuu... layan..

Untuk apa lagi kita meneruskan
Andai tiada kemesraan
Teramat sayang untukku buang
Namun pahitnya untukku telan

Suatu masa dulu engkaulah penyeri
Tetapi kini tiada lagi
Bukan salah aku putus percintaan
Kau yang dahulu memulakan

Keegoan diri tak pernah kau akui
Hingga ku sering memakan hati
Jika sekali dua itu tak mengapa

Masih mampu kupertahankannya
Berkali ku suarakan sekerasnya kau nafikan
Bukan salah kata akhir jalan terbaiknya untuk kita oh... oh...
Walau hati masih sayang,walau hati kan berdarah
Kuterpaksa melangkah...

Biarlah aku bertemankan sepi
Dari tergantung tidak bertali
Dari tergantung tidak bertali