Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Wednesday, November 14, 2012

Di Sebalik Bahasa Tubuh Lelaki

  
 mari kita kenal seseorang lelaki melalui bahasa tubuh nya...

1.Merenung Tajam
Pernah atau tidak kamu berhadapan dengan lelaki yang gemar merenung tajam tika kamu berborak mesra? Sebenarnya perbuatan ini menggambarkan mereka seorang yang peminta dan ingin mengetahui apa yang mampu kamu tawarkan kepadanya. Menyeramkan bukan? Tetapi itulah yang diminta lelaki yang berkelakuan seperti ini.

2.Rapatkan Badan
Opss rapatnya posisi tubuhnya padamu! Sebenarnya apabila jejaka merapatkan badannya ketika berbual, ia melambangkan mereka seorang yang mempunyai daya penarik dan kadang kala ia boleh bersifat keterlaluan. Jadi berhati hatilah wahai gadis.

3.Tangan & Badan Asyik Bergerak
Terdapat juga lelaki yang gemar menggerakkan anggota badan seperti tangan dan badan apabila bermesra. Lelaki seperti ini merupakan seorang yang cukup bertanggungjawab dan mempunyai perasaan cinta yang sangat mendalam. Pergerakan ini melambangkan betapa besar cintanya pada kamu dan sebagai bukti kesungguhan beliau. Adakah kamu suka lelaki seperti ini?

4.Anguk Kepala
Kebiasaannya, seorang yang mengangguk kepala bermakna faham mahupun jelas, tetapi apabila jejaka asyik menganggukkan kepalanya semasa berbual, itu melambangkan mereka seorang yang sangat mengambil berat dan sentiasa memikirkan kamu dalam fikiran mereka.

5.Gemar Berdiri
Kalau kamu duduk ketika bercakap, manakala si dia pula berdiri, lelaki jenis ini sebenarnya seorang yang gemar mempengaruhi dan mengongkong kehidupan kamu. Mereka juga dikatakan sebagai seorang lelaki yang suka mempergunakan kamu khususnya untuk kepentingannya sendiri.

6.Sensitif Jarak
Pernah atau tidak kamu berjumpa dengan lelaki yang tidak keruan ini di mana kalau kamu berdiri mahupun duduk, si dia akan mengehadkan jarak tertentu agar tidak terlalu rapat? Lelaki seperti ini bukanlah mahu menjauhkan diri denganmu tetapi mereka lebih mementingkan keselesaan tika bermesra. Selain itu, mereka juga dikatakan sebagai lelaki yang memahami kehendak dan kemahuan pasangan mereka.

7.Tiru Lagak
Jejaka yang gemar meniru lagak mahupun gaya orang lain ini dikatakan seorang yang mudah terpengaruh dan dikatakan seorang yang mudah untuk dibawa berbincang serta sentiasa positif dalam kehidupannya.

Buah Kiwi dan Khasiatnya


b4 this aku tak pandai nak makan buah nie... tapi sejak cuba2 rasa.. sedap plak buah nie.. lebih2 lagi simpan dulu dalam peti ais bagi sejuk.. potong dua pas tu guna sudu tuk makan.. memang sedap giler.. kalau betul2 masak buah nie tak de lah masam.. manis gak.. banyak khasiatnya..

Vitamin C
Vitamin C merupakan agen anti oksida yang dapat melindungimu  dari terdedah kepada  ancaman radikal penyakit , seperti barah dan sakit jantung. Selain itu, khasiat yang terdapat di dalam buah kiwi ialah dapat mencegahmu daripada penyakit Parkinson dan Alzheimer.
 
Mata sihat
Bukan sahaja lobak merah yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Buah kiwi juga dapat membantumu mendapatkan mata yang sihat kerana ia mengandungi Lutein dan Vitamin A. Lutein dapat membantu mata dalam penyerapan cahaya biru yang merosakkan mata, dan dapat mencegah degenerasi makula iaitu penyakit  yang boleh menyebabkan kebutaan kepada golongan dewasa dan mereka yang berumur 55 tahun ke atas.
 
Penghadaman protein
Buah kiwi dapat membantu dalam penghadaman protein tubuhmu. Kamu perlu tahu bahawa penghadaman protein yang  tidak baik boleh menyebabkan pengeluaran toksin dalam badan dan boleh menyebabkan masalah seperti pertambahan berat badan, masalah badan berbau, dan juga nafas berbau.

Friday, November 9, 2012

TeleFon BarU..


h/p hubby aku rosak.. so semalam pi lah cari yang baru.. beli yang murah jerk dulu.. wat sementara.. asalkan boleh call and sms.. disebabkan malas nak kuar jauh2 ngan hujan lagi.. hubby aku ajak p masjid tanah.. sampai sana kedai byk tutup.. awal betul kedai tutup...

last-last p kat sg. udang jerk.. baik tak payah kuar sampai ke masjid tanah kan.. sabar jek lah.. tanya hb aku nak yang mana.. dia kata yang mana2 pon okey.. ikut aku nak yang paling murah dan ok.. hik2x... belek2 punya belek aku amik telefon nie.. murah yea.. tak smpai RM80 pon.. jimat duit aku.. 

aku amik kaler biru.. cantik gak.. ringan dan kecik... senang nak masuk poket..

Thursday, November 8, 2012

24 Minggu Sudah

from : babycenter
sedar tak sedar.. kejap jerk dah masuk 24 minggu.. barang2 baby satu pon tak beli lagi.. bulan depan baru beli.. beli pon tak banyak kot.. kali nie lelaki so brg abg nyer yang dulu2 masih elok lagi.. boleh guna lagi.. sekarang nie dah terserlah kebulatan perut aku.. baby pon dah aktif bergerak..

BaBy Boy

semalam aku g klinik.. tak sihat.. than doktor cakap kita scan skali lah.. aku ok jerk.. alhamdulillah.. anak aku membesar dengan sihat.. mama dia jerk yang tak sihat..scan punya scan tu dia.. nampak terang 'bebird' dia.. anak lelaki lagi... frust jap.. aku nak sangat anak perempuan..

tapi aku redha dan pasrah dengan ketentuan illahi.. belum ade rezeki lagi untuk dapat anak perempuan.. baru berangan-angan nak beli baju gaun.. nama anak perempuan pon dah cari.. nie kena cari nama anak lelaki plak... nak letak nama aper erk... 

kali nie pon tak tau lagi sama ade operate atau normal.. yang dulu operate.. 34 minggu kena refer doktor pakar.. 19 hb nie kena check up lagi.. sebab hb rendah.. adoaiii.. 6 Dis plak kena injection kancing gigi, minum air gula for 2nd time and scan.. huuaaaa... tak suka... walaupun first time ari tu ok.. disebabkan arwah emak aku ade kencing manis kena minum gak skali lagi..