Bertolak g ISM pada 1.2.2010 naik kenderaan Jabatan. Ahmad yang anto. Aku satu bilik ngan kak Ani dari RSK Kemumin, Kelantan.
Nie first time aku sampai kat ISM. Bilik dia ok lah standard hotel. Yang tak larat tu nak p kelas. Dah lah atas bukit.. Makan pagi kat bawah sampai atas jadi lapau balik..huhuuuuu
First time class teruja sangat nak tau ape kebendanyer kursus Pembangunan Potensi Diri Kelas Pertama. Penceramah plak orang yang sama untuk 3 hari berturut-turut. Baguih sangat ker perncermah nier.. Jangan membosankan udah ler..
En. Azzam bin Sabtu dari IIR merupakan penceramah untuk kursus nier.. Ternyata tanggapan aku salah. Dia seorang yang profesional. Memang best giler lah.. Tak rugi aku g kursus nie. Yang aku tak tahan tu siap dapat gelaran"DATUK SERI YATT" kerana dapat kumpul 10 bintang.. Merasa lah jugak orang panggil Datuk Seri. heheheheheheh...
Paling aku tak sangka sekali aku dapat jumper ngan Nurul OM. Dia kerja kat NIEW. Ada gak kawan-kawan aku yang kerja di bawah satu Kementerian yang sama..
Banyak aktiviti yang dilakukan semasa kursus nie dijalankan.. Antaranya "Saya Hebat", "Meh Wa""Hah", "Menara Duit", " Muka Seposen", "Kolam Renang", "Tikar Kelas Pertama" dan banyak lagi. Yang paling syok sekali masa cabaran padamkan api gunakan tangan.. bangga tu..
Kursus nie memang bagus. Banyak info yang aku dapat. Kita kena percaya dan yakin dengan kebolehan diri yang kita ada. Dalam melakukan sesuatu keraja kita kena fokus serta percaya setiap masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting sekali ialah BERHENTI MEMBANGAU. That's mean jangan nak menyalahkan orang lain, banyak memberi alasan dan sering menyalahkan keadaan...
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri" (Ar-ra'd : 11)
0 comments:
Post a Comment