Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Tuesday, March 29, 2011

sNek Yang BerKhasiaT..

kalau sebut perkataan snek.. orang akan cakap makanan yang tak berkhasiat.. membazir.. tak elok.. betul ker? tapi benda nie lah yang orang selalu cari.. baca buku, tengok tv, tengah buat kerja pon sempat lagi mengunyah snek.. betul tak? lebih-lebih lagi bile time stress... nak makan jerk kerja nyer.. makan plak men belasah jerk.. tau2 dah kekenyangan jerk.. tapi.. sedarkah anda... ape yang anda makan tu? berkhasiat ker?

Kebanyakan orang tidak mengambil snek atau makanan ringan di antara waktu makan utama kerana khuatir berlaku pertambahan berat badan. Pengambilan snek di kalangan kanak-kanak akan mehilangkan selera anak ketika menghadap hidangan utama. Walaupun gula dan garam adalah dua bahan penambah rasa yang tidak digalakkandiambil secara banyak, tetapi untuk snek ia dibenarkan asalkan dalam jumlah yang sedikit. Pengambilan gula dan garam semata-mata sebagai penambah rasa dan memenuhi cita rasa kita.

Banyak kajian mendapati makanan ringan di waktu tengah hari boleh merangsang keupayaan memori. Jika snek di ambil 3 kali sehari, ia boleh mengurangkan kandungan kolestrol dan menolong mengurangkan berat badan. Satu kajian turut mendapati bahawa pengambilan snek 2 jam sebelum bersenam boleh meningkat stamina dan keupayaan atletik.

Ada juga yang berpendapat snek dapat menolong mengawal selera dan mengurangkan pengambilan makanan pada waktu malam. Bertentangan dengan sesetengah pendapat yang mengatakan snek boleh menyebabkan kegemukkan. Dengan pengambilan berpatutan, snek sebenarnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa lapar sepanjang masa.

Khasiat atau tidak itu bergantung kepada jenis dan kuantiti snek yang anda ambil. Ada yang gemar mengambil biskut yang lebih banyak khasiat dan kurang ramuan tambahan berbanding makanan ringan dalam bungkusan yang penuh dengan manisan dan garam. Ada juga gemarkan coklat, gula-gula atau kek. Apa pun, makanan ringan sememangnya menyeronokkan dan memberi ruang untuk anda rehat sebentar dari kerja harian.

Jika anda uruskan diet anda dengan baik, apa salahnya meletakkan makanan ringan salah satu dalam diet anda. Fikirkan!

0 comments:

Post a Comment