Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Friday, August 5, 2011

PulaU peManggIL - Part 2

hai..

wokeh kali nie nak cite pasal aktiviti kat sana plak.. hari pertama sampai malam tu ade aktiviti ice-breaking.. biasalah sesi suai kenal dan nak bagi kumpulan.. satu kumpulan 7 orang.. group aku terdiri daripada azriq, hamdan, azizi, nasrul, zamri dan kacang.. oleh kerana kacang nie glamour masa suai kenal so kami pon sebulat suara pilih nama kumpulan kacang.. dah ade kumpulan tu macam biasa ler kan kena buat slogan, logo, war cry..

hari kedua belah pagi LDK.. wat menara, pencapaian diri, dan perkongsian pengalaman hidup.. agak boring sikit.. petang aktiviti kat tepi pantai.. komunikasi berkesan... orang pertama sampaikan mesej tanpa mengeluarkan suara tetapi hanya menulis perkataan di belakang badan sehingga orang terakhir untuk menulis semula mesej yang disampaikan.. "saya suka lanting resort kerana makanannya sedap".. tapi ade satu group yang kelakar giler.. "saya suka lanting resort kerana muka buminya sedap" ade ke patut.. lepas aktiviti yang satu lagi masing2 terjun laut lah.. mandi mande.. sejuk giler.. air jernih giler.. tapi banyak batu karang.. sakit kaki...

malam pon ade aktiviti gak.. penat giler.. tapi lepas kelas saper2 yang nak g mancing akan turun ke jeti.. yang nak karaoke pon boleh gak.. aktiviti aku adalah tido.. itu yang paling nikmat.. heheee

hari ketiga pergi ke kg. sebelah.. cari daun 30 jenis, wat istana pasir n masak nasi lam buah kelapa.. pas tu balik semula ke resort untuk snorkeling plak.. nie yang balik best.. tapi yang kelakar nyer masa terjun aku sorang jerk yang tenggelam.. terkapai2 tangan.. naseb tak lemas.. azriq n hairul tarik aku.. kalu tak lemas dah.. kai jaket keselamatan pon tak selamat.. ke aku yang terlampau berat. huhuhuhuuuuu... malam ade barbeque.. tengah2 syok makan hujan turun dengan selebat2 nyer.. masing2 bertempiaran lari menyelamatkan diri dan makanan... malam tu wat majlis penutup sekali.. tak sabar nak tunggu esok hari.. nak balek dah.. yabedabedu...

kol 8 pagi bot dah sampai.. tapi kali nie aku tewas.. mabuk aku dibuatnya.. ombak bukan men kuat lagi.. baru setengah jam berjalan aku dah meluek kemabukan.. tak boleh nak tahan2.. letih rasanyer.. ape yang aku makan pagi tadi keluar semuanya..

di sini dapat aku simpulkan bahawa kursus nie best tapi aktviti yang dijalankan tak bape kena.. consultan dia tak bape pandai nak handle.. kalu dia wat survivor kat lam hutan tu aku rasa lagi best.. ape pon aku dah selamat sampai ke melaka...



0 comments:

Post a Comment