Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Tuesday, November 29, 2011

SiPut GoreNg BerLadA

hai...

hari sabtu lepas aku soh hubby aku gi beli siput.. dah lama rasanyer tak makan siput.. (padahal baru jer ari tu ana belanja.. hehheheeee)... hubby aku pon suka gak makan siput nie.. lebih2 lagi masak lemak cili api ngan sayur keladi.. pergghhhh.. tak toleh kiri kanan lah..

disebabkan ari tu dah masak ikan masak lemak so aku goreng berlada jerk lah siput nie.. goreng pon sodap..skang siput nie dah mahal.. sekilo RM8.00 dulu baru RM 4/5 jerk.. korang tau ker cam ne nak tangkap siput siput nie? kalau tak pandai jgn pergi sebarangan.. nanti tenggelam dalam tanah selut plak..

bahan-bahan untuk masak siput goreng berlada nie...
  • siput 1 kg (potong sedikit di bhg hujung badan siput)
  • 3 sudu cili mesin
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar
  • garam secukup rasa
  • ajinamoto secukup rasa
  • sedikit kicap
  • sedikit minyak masak
cara-cara memasak :
  • basuh siput hingga bersih
  • panas kan kuali
  • masukkan minyak
  • tumis bawang putih, bawang merah
  • bila dah garing masukkan cili mesin
  • goreng hingga garing
  • masukkan sedikit kicap, ajinamoto dan garam secukup rasa
  • kacau hingga masak dan siap untuk dihidang
sonang jerk kan..selamat mencuba..

0 comments:

Post a Comment