semalam tengok berita pasal benda nie.. ketinggalan betul aku nie... tak sempat baca paper nie lah jadi nyer.. orang dah puas tengok aku yang tak dapat tengok.. tengok tv jerk lah jawap nyer..kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004. Jika anda
terlepas peluang menyaksikan kejadian ini, anda terpaksa menunggu
sehingga tahun 2117 untuk melihat transit seterusnya! so aku kena tunggu lagi 5 tahun lagi.. lama nyer..
Kenapa Transit ini boleh berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang
365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu
pusangan mengelilingi matahari.
Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi
Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya
lebih laju berbanding Bumi) . Ketika itu ia akan berada di antara
Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit
senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.
Adalah sangat jarang Zuhrah akan berada TEPAT di antara Matahari dan
Bumi. Oleh itu, apabila ini berlaku, maka ia dinamakan Transit planet
Zuhrah.
Bagaimana rupanya transit ini?
Planet Zuhrah ini sebenarnya hampir sama saiz dengan Bumi.
Namun, disebabkan ia berada amat jauh dari Bumi, ia hanya akan
kelihatan seperti sebuah bulatan hitam yang bergerak melintasi hadapan
matahari.
sungguh menakjubkan.. semua nyer atas kekuasaaNYa..