Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Thursday, June 7, 2012

Transit Zuhrah


semalam tengok berita pasal benda nie.. ketinggalan betul aku nie... tak sempat baca paper nie lah jadi nyer.. orang dah puas tengok aku yang tak dapat tengok.. tengok tv jerk lah jawap nyer..kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004. Jika anda terlepas peluang menyaksikan kejadian ini, anda terpaksa menunggu sehingga tahun 2117 untuk melihat transit seterusnya! so aku kena tunggu lagi 5 tahun lagi.. lama nyer..

Kenapa Transit ini boleh berlaku?

Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari.

Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi) . Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.

Adalah sangat jarang Zuhrah akan berada TEPAT di antara Matahari dan Bumi. Oleh itu, apabila ini berlaku, maka ia dinamakan Transit planet Zuhrah.

Bagaimana rupanya transit ini?

Planet Zuhrah ini sebenarnya hampir sama saiz dengan Bumi. Namun, disebabkan ia berada amat jauh dari Bumi, ia hanya akan kelihatan seperti sebuah bulatan hitam yang bergerak melintasi hadapan matahari.

 sungguh menakjubkan.. semua nyer atas kekuasaaNYa..

0 comments:

Post a Comment