tadi baca paper.. hari nie merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia.. Hari Kesihatan Mental Sedunia
diraikan setiaptahun pada 10 Oktober dan mula dianjurkanoleh Pertubuhan
Kesihatan Mental Sedunia(World Federation for Mental Health(WFMH) )
sejak tahun 1992. Pada masa kini,lebih daripada 100 buah Negara di
seluruhdunia meraikan Hari Kesihatan ini dengan mengadakan pelbagai
program dan aktiviti.
Kita di Malaysia amat bertuah
kerana Kerajaan, melalui Kementerian Kesihatan Malaysia, memang telah
memberi perhatian terhadap pembangunan kesihatan mental. Perkhidmatan
yang komprehensif, mudah diperolehi serta dengan kos yang amat murah
boleh diperolehi di klinik-klinik kesihatan dan juga di
hospital-hospital bagi mereka yang memerlukan rawatan lanjutan. Namun,
tahap perkhidmatan ini masih boleh dipertingkatkan lagi dan ini
merupakan satu proses berterusan kerana Kerajaan juga mempunyai
perkhidmatan kesihatan yang lain yang perlu diberi tumpuan.
Penyakit mental dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental sentiasa disalahfahami. Kerap kali mereka menjadi mangsa ‘stigma” dan diskriminasi oleh masyarakat. Pada amnya, orang ramai masih tidak sedar bahawa penyakit mental seperti kemurungan ( major depressive illness) merupakan salah satu masalah kesihatan yang paling kerap dihadapi di serata dunia. Penyakit mental telah menyumbang kepada beban penyakit secara global dengan masalah seperti kehilangan kerja, kos perubatan serta mengganggu keharmonian kekeluargaan. Mereka yang mengidap penyakit mental tidak dapat hidup dengan potensi sepenuhnya sekiranya tidak dikesan dan diubati. Keadaan sebegini tidak sepatutnya berlaku dengan kemajuan dalam bidang perubatan yang ada pada zaman ini. Mereka yang menghadapi masalah tidak sepatutnya terus hidup dalam keadaan ini kerana kurang kesedaran tentang masalah kesihatan mental ataupun enggan mendapat rawatan kerana malu dengan masalah yang dihadapi serta stigma berkaitan dengannya.

**** aku teringat ngan sorang staf kat Institusi nie.. dia dah letak jawatan sebab ade masalah mental.. muda lagi tu.. baru dapat kerja.. dah keja nak begenti.. orang yang betul2 nak keja tak dapat keja.. macam2 kan...
0 comments:
Post a Comment