Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Tuesday, December 24, 2013

KejaDian PeLanGi

cantik kan pelangi...

skang kan musim hujan.. bila bernasib baik kita akan nampak pelangi.. aku juga tak ketinggalan.. ari tu masa balik keja hujan dah tak bape lebat.. sebelum tu lebat.. dekat lebuh AMJ.. aku nampak pelangi.. aku siap soh hb aku slow skit bawa keta sebab nak tengok pelangi tu.. mcam budak2 kan.. yea lah bukan selalu dapat tengok kan...

hb aku siap terkejut... ingatkan kenapa kan.. nak amik gambo tapi tak clear.. hp tak canggih kan.. gambo pon nampk x cantik.. so gambar kat atas tu hasil dr mr. google aku lah.. hihihihihi..

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah

0 comments:

Post a Comment