Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Wednesday, April 23, 2014

WaBaK MERS-CoV

*** nie kes 17 April 2014.. Mangsa adalah adik kepada salah seorang Pegawai di Jabatan aku...

Wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) yang telah merebak ke Malaysia dan mengakibatkan kematian Rabu lalu kini berada di dalam tahap kawalan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kesemua mereka yang disyaki dijangkiti termasuk 64 orang penduduk Kampung Bintang di Johor telah diuji negatif daripada wabak ini.
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan 15 jemaah yang menaiki pesawat Turkish Airways bersama-sama seorang jemaah lelaki yang meninggal dunia akibat virus itu.

“Kami sudah selesai melakukan pemeriksaan khas untuk mengesan virus dikalangan penumpang penerbangan itu dan juga penduduk di Kampung Bintang,”

“Kesemua mereka didapati bebas terkena virus, bagaimanapun pihak kami akan terus memantau keadaan mereka selama dua minggu lagi, bagi memastikan mereka benar-benar bebas dari wabak ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Program Kesihatan Masyarakat Mysihat India 1Malaysia di Pusat Komuniti Sentul Perdana hari ini.
Mengulas mengenai punca mangsa mendapat penyakit ini, Subra berkata
terdapat kemungkinan yang tinggi mangsa dijangkiti virus itu daripada unta ketika melakukan sesi lawatan.

“Terdapat bukti dimana wabak ini dikesan pada unta…haiwan juga dikesan menjadi punca jangkitan virus MERS CoV kepada manusia, namun bukti tersebut masih dikaji dan belum disahkan,”
“Oleh itu saya menasihatakan mereka yang ingin melakukan lawatan ke timur tengah mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak sebarang jangkitan MERS-CoV,”katanya.
Pada Rabu lepas, Malaysia mencatatkan kematian pertama apabila seorang jemaah lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia akibat terkena jangkitan virus itu ketika mengerjakan Umrah di Mekah.

*** bila dengar cite  macam nie aku plak yang risau.. hb aku kini bertugas kat sana.. Ya Allah Lindungi lah Suami ku dari sebarang penyakit yang berbahaya.. amin...

0 comments:

Post a Comment