Thursday, February 25, 2010
MENGENAL PERSONALITI DIRI & RAKAN SEKERJA
KuRsuS PeMbaNguNaN poTeNsi DiRi KeLaS PerTaMa
Bertolak g ISM pada 1.2.2010 naik kenderaan Jabatan. Ahmad yang anto. Aku satu bilik ngan kak Ani dari RSK Kemumin, Kelantan.
Nie first time aku sampai kat ISM. Bilik dia ok lah standard hotel. Yang tak larat tu nak p kelas. Dah lah atas bukit.. Makan pagi kat bawah sampai atas jadi lapau balik..huhuuuuu
First time class teruja sangat nak tau ape kebendanyer kursus Pembangunan Potensi Diri Kelas Pertama. Penceramah plak orang yang sama untuk 3 hari berturut-turut. Baguih sangat ker perncermah nier.. Jangan membosankan udah ler..
En. Azzam bin Sabtu dari IIR merupakan penceramah untuk kursus nier.. Ternyata tanggapan aku salah. Dia seorang yang profesional. Memang best giler lah.. Tak rugi aku g kursus nie. Yang aku tak tahan tu siap dapat gelaran"DATUK SERI YATT" kerana dapat kumpul 10 bintang.. Merasa lah jugak orang panggil Datuk Seri. heheheheheheh...
Paling aku tak sangka sekali aku dapat jumper ngan Nurul OM. Dia kerja kat NIEW. Ada gak kawan-kawan aku yang kerja di bawah satu Kementerian yang sama..
Banyak aktiviti yang dilakukan semasa kursus nie dijalankan.. Antaranya "Saya Hebat", "Meh Wa""Hah", "Menara Duit", " Muka Seposen", "Kolam Renang", "Tikar Kelas Pertama" dan banyak lagi. Yang paling syok sekali masa cabaran padamkan api gunakan tangan.. bangga tu..
Kursus nie memang bagus. Banyak info yang aku dapat. Kita kena percaya dan yakin dengan kebolehan diri yang kita ada. Dalam melakukan sesuatu keraja kita kena fokus serta percaya setiap masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting sekali ialah BERHENTI MEMBANGAU. That's mean jangan nak menyalahkan orang lain, banyak memberi alasan dan sering menyalahkan keadaan...
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri" (Ar-ra'd : 11)
Tuesday, February 23, 2010
~kAu dAn aKu~
Kurasakan kehangatan yang kau berikan untuk diriku.
Mila: Aku juga merasakannya, indahnya suaramu luluhkan hatiku
Nada-nada indah lagumu membuatku slalu terbayang kamu
Akim: Kini kita
Mila: Bahagia bersama
Akim: Dalam suka
Mila: Atau dalam duka
Akim: Sebuah ucapan janji yang tak pernah berubah
Akim & Mila: Bersama kau dan aku untuk selamanya
Akim & Mila: Kau dan aku, dalam cinta
Bahagia yang tiada terkira
Kau dan aku sampai nanti
Sang waktupun takkan memisahkan (kau dan aku)
Akim: Saat nanti bila memang sudah tiba waktu yang ditunggu
Mila: Ku kan menanti saat indah jangan biarkan berlalu percuma
Akim: Percayalah kekasihku dirimu dalam hayalanku slalu
Mila: Akupun merasakan yang sama, tak dapat kuberpisah darimu
Akim: Peluk aku
Mila: Betapa hangatnya
Akim: Tak kulepas
Mila: Walaupun sesaat
Akim: Bahagia yang kudapat hanya dari dirimu
Akim & Mila: Bersama kau dan aku selamanya
Akim & Mila: Kau dan aku selamanyaNada-nada indah kunyanyikan
Kau dan aku dalam cintaBahagia bersama slamanya
Mila: Diam-diam kau melihat cintaku
Akim: Hanya untuk kamu tiada yang lain
Mila: Buanglah keraguan yang ada di hatimu
Akim: Yakinkan hati kita selamanya
Akim & Mila:Kau dan aku dalam cinta
Bahagia yang tiada terkira
Kau dan aku sampai nanti
Sang waktupun takkan memisahkan
Kau dan aku (kau dan aku)
Selamanya (selamanya) 4X
Untuk kita ouwo
Untuk Kita..
Monday, February 22, 2010
SeLseMa..
Apa punca selesema?
Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Selalunya ia merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda. Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.
Bagaimanakah selesema menjejaskan bayi?
Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 101 darjah F / 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Anak anda juga akan meragam dan hilang selera makan. Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi anda perlu membantu mengeluarkan mukus mereka. Jika tidur sepanjang malam sudah menjadi rutin bagi bayi, masa ini anda akan teringat kembali minggu-minggu pertama kelahiran bayi. Mungkin dia akan terjaga beberapa kali pada waktu malam sebab tidak selesa dan sukar untuk bernafas. Anda perlu berjaga dengan bayi anda, menenangkannya dan mengelap hidungnya.
Berapa lamakah selesema akan berlarutan?
Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun.
Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema?
Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat simptom antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja. Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya. Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok.
Bilakah saya perlu menghubungi doktor?
Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi anda berusia kurang dari tiga bulan. Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika selesema berlarutan lebih dari lima hari; jika suhu anak anda melebihi 102 darjah F / 39 darjah C; atau jika dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan, atau mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.
Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?
Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C). Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya:

