Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Tuesday, March 29, 2011

boSan GilEr <(-0-)>

ari nie bosan giler.. bos dah lame tak masuk opis.. sakit.. nak buat keja pon tak de mood.. padahal banyak lagi keja yang boleh di buat.. aku dah bosan.. aku dah bosan.. aku dah bosannnnnn... macam hampeh jerk kan.. korang tak percaya.. mai sini..duduk kat bilik aku nie.. dah lah sorang2.. sejuk plak tu macam duduk dalam peti ais.. mengadap komputer dari pagi sampai petang.. komputer tu pon dah boring tengok muka aku yang cun nie. heheeee

ari-ari tengok surat.. dah jemu dah.. nak muntah pon ade.. macam-macam ragam.. tapi ari nie.. dah clear dah.. surat2 sume dah beres.. nak buat ape lagi.. bosan kan... (bape banyak bosan dah..) nak chatting.. internet kena sekat.. nak men game.. game yang same jerk.. bola gedik.. zuma.. intan permata.. macam budak2 jerk kan men game tu sumer..dah itu jerk yang ade lam komputer nie.. nak wat cam ner.. layan jerk lah.. yang pasti aku lah yang high score... dah aku jerk yang sorang men.. heheheheee

tapi bila bos ade.. tak plak rasa bosan.. ade jerk keja nak wat.. tau-tau nak balik dah.. pelik kan.. korang pernah rasa macam tu tak? tak pernah.. tipu lah.. macam tak percaya jerk..hah.. aku baru ingat.. sebab aper aku rase bosan semacam jerk.. komputer nie.. tak de speaker.. tak boleh nak layan lagu-lagu.. macam hampeh jek kan.. kedekut tol budak IT nie.. bagi aku komputer togel jerk.. orang syok dapat dengar lagu.. nie tak adil nie.. kena buat aduan rakyat nier.. heheheee..

sNek Yang BerKhasiaT..

kalau sebut perkataan snek.. orang akan cakap makanan yang tak berkhasiat.. membazir.. tak elok.. betul ker? tapi benda nie lah yang orang selalu cari.. baca buku, tengok tv, tengah buat kerja pon sempat lagi mengunyah snek.. betul tak? lebih-lebih lagi bile time stress... nak makan jerk kerja nyer.. makan plak men belasah jerk.. tau2 dah kekenyangan jerk.. tapi.. sedarkah anda... ape yang anda makan tu? berkhasiat ker?

Kebanyakan orang tidak mengambil snek atau makanan ringan di antara waktu makan utama kerana khuatir berlaku pertambahan berat badan. Pengambilan snek di kalangan kanak-kanak akan mehilangkan selera anak ketika menghadap hidangan utama. Walaupun gula dan garam adalah dua bahan penambah rasa yang tidak digalakkandiambil secara banyak, tetapi untuk snek ia dibenarkan asalkan dalam jumlah yang sedikit. Pengambilan gula dan garam semata-mata sebagai penambah rasa dan memenuhi cita rasa kita.

Banyak kajian mendapati makanan ringan di waktu tengah hari boleh merangsang keupayaan memori. Jika snek di ambil 3 kali sehari, ia boleh mengurangkan kandungan kolestrol dan menolong mengurangkan berat badan. Satu kajian turut mendapati bahawa pengambilan snek 2 jam sebelum bersenam boleh meningkat stamina dan keupayaan atletik.

Ada juga yang berpendapat snek dapat menolong mengawal selera dan mengurangkan pengambilan makanan pada waktu malam. Bertentangan dengan sesetengah pendapat yang mengatakan snek boleh menyebabkan kegemukkan. Dengan pengambilan berpatutan, snek sebenarnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa lapar sepanjang masa.

Khasiat atau tidak itu bergantung kepada jenis dan kuantiti snek yang anda ambil. Ada yang gemar mengambil biskut yang lebih banyak khasiat dan kurang ramuan tambahan berbanding makanan ringan dalam bungkusan yang penuh dengan manisan dan garam. Ada juga gemarkan coklat, gula-gula atau kek. Apa pun, makanan ringan sememangnya menyeronokkan dan memberi ruang untuk anda rehat sebentar dari kerja harian.

Jika anda uruskan diet anda dengan baik, apa salahnya meletakkan makanan ringan salah satu dalam diet anda. Fikirkan!

Mati ditikam ayah mabuk

SERDANG: Angkara menegur bapa yang dipercayai mabuk dan berbogel di depan rumah, seorang pekerja kilang berusia 20-an maut selepas ditikam orang tuanya itu dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Sungai Emas, Banting, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Razak Kumar meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah ditikam di dada.

Difahamkan, bapa mangsa berusia lewat 40-an baru pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum bertindak menanggalkan pakaiannya menyebabkan mangsa menegur perbuatan bapanya itu.

Namun, padah menimpa apabila bapanya itu menikam Razak menggunakan pisau.

Setakat ini, polis masih belum dapat mengesahkan dari mana suspek mendapat pisau berkenaan, malah senjata itu juga tidak ditemui di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, bapa mangsa naik berang sebaik ditegur lalu bertindak menikam dada anaknya itu dengan pisau.

“Akibat tikaman itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Suspek yang menyedari kejadian itu bertindak melarikan diri. Kejadian itu hanya dimaklumkan orang awam kepada polis kira-kira jam 9 malam.

“Polis bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam.

Menurutnya, Mohd Adnan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Beliau berkata, suspek yang melarikan diri ditangkap kira-kira jam 11 pagi semalam di sebuah stesen minyak di Teluk Panglima Garang, kira-kira 15 kilometer dari tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari mulai semalam.

*
*
*
*
*
*
*
*
macam-macam skang nie kan...sebelum nie kita sering dengar anak bunah emak / bapa.. la nie bapa / mak plak yang bunuh anak... sedih betul.. ape nak jadi dengan orang zaman sekarang.. dah tak boleh nak fikir.. mane yang baik dan mane yang buruk..

Monday, March 28, 2011

akTiF 5

ade sape-sape tengok rancangan AktiF 5 di Saluran TV2 Jam 9.00 malam setiap hari Ahad.. biasa ler bila ari ahad masing-masing berebut nak tengok cerita kegemaran masing-masing.. nak tengok Mentor di TV3 lah.. nak tengok cerita tu lah.. nie lah.. pening dibuat nyer.. kena tambah lagi TV gamak nyer.. tapi sape yang pegang remote dia lah yang berkuasa. hahahahaa...

korang nie tau tak aktif 5 tu rancangan ape? tak tau? ish..ish..ish.. sedih nyer.. nak tau cite ape..hah mai sini.. aku nak habaq sat..

**************************************

Program yang berteraskan muzik di samping menerapkan unsur humor, Aktif 5 dipancarkan secara langsung dari Studio 1, Angkasapuri Kuala Lumpur yang bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam menerusi saluran TV2 dan Saluran Astro 180 Muzik Aktif.

Rancangan yang mencerminkan masyarakat majmuk rakyat Malaysia ini disiarkan untuk 13 episod Ahdan Salleh yang bertindak sebagai pengacara.

Seramai lima orang peserta akan mengambil bahagian pada setiap minggu yang mewakili komposisi kaum di Malaysia selain persembahan diiringin oleh kumpulan pemuzik seramai lima orang.

Program ini dibahagikan kepada lima pusingan termasuklah pusingan Irama & Lagu, Rentak Berentap, Tukang Muzik, Ajuk Sakan dan Satu-Satunya.

Pusingan Irama & Lagu dimana lima lagu akan dimainkan oleh band secara instrumental dan lima peserta perlu menyanyikan serangkap senikata lagu tersebut dan meneka tajuk lagu berkenaan.

Lagu yang dimainkan adalah ciptaan tempatan seterusnya semua peserta akan melangkah ke pusingan ke-2 pula. Markah akan diberikan kepada peserta yang boleh menyanyikan dan meneka lagu.

Setiap minggu satu tarian daripada satu kaum di Malaysia akan dipilih untuk dipersembahkan menerusi pusingan Rentak Berentap. Semua peserta dikehendaki menyertai kumpulan rentak berentap secara bergilir-gilir yang melibatkan seorang perekatari dan lima orang penari. Empat peserta terbaik akan mara ke pusingan ke-3.

Pusingan Tukang Muzik pula mengajak penonton bersama-sama peserta menghayati lagu yang akan dimainkan sebagai panduan. Empat peserta akan membuat cabutan menentukan ‘alat muzik’ yang akan digunakan dari alat muzik contohnya peralatan dapur yang boleh mengeluarkan bunyi. Pemarkahan diberikan kepada peserta yang ada “sense of music” dan boleh mengikuti rentak yang dimainkan. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan mara ke pusingan seterusnya.

Manakala menerusi pusingan Ajuk Sakan, sebuah band akan dipimpin oleh tiga pemimpin secara bergilir mengikut lagu. Semasa latihan, peserta akan diperdengarkan dengan lagu-lagu untuk dipilih yang akan digunakan semasa peserta menjadi pemimpin. Pemarkahan akan diberikan mengikut gaya dan bunyi muzik. Dua peserta akan mara ke pusingan berikutnya.

Pusingan akhir akan melihat gelagat dua peserta secara bergilir-gilir mempersembahkan bakat tersendiri bermain alat muzik sambil bernyanyi secara solo. Satu alat muzik sahaja atau apa-apa peralatan boleh digunakan sebagai muzik iringan. Peserta terbaik akan menjadi juara episod berkenaan.

Menariknya setiap peserta boleh meminta bantuan seorang penonton di studio untuk membantu di dalam membuat persembahan. Contohnya menjadi penyanyi latar, penari, rakan duet atau bermain alat muzik.

*****************************************
hah cam ner? dah tau dah cite ape.. aku paling suke bila time rentak berentap.. memang kelakar giler.. yang joget kuda kepang, joget selamat datang, hari semalam joget kipas.. siap ade yang pegang kipas terbalik pon ade.. kalu korang tak caye.. bukak lah cite nie ari ahad nie.. mang kelakar giler...

aLif N JongkanG JongKit

ari ahad ari tu.. boring giler.. tak tau nak pergi mane.. nak jalan malas.. panas2 nier.. tengah dok masak kat dapur teringat plak nak pegi spital.. tengok mak.. lagi bagus.. tol tak? menu ari tu masak nasi lemak + sambal kerang + telur dadar.. nak goreng ikan tak sempat dah.. dah kol 11.00 pagi.. alasan jerk kan.. breakfast pon lambat.. aper2 hal makan dulu sebelum pegi jalan.. makanan panas lagi.. tu yang sedap makan...

kol 12.00 t/h gerak ke spital melaka. ari ahad parking banyak kosong... kalu hari kerja.. kena wat 3 pusingan baru dapat parking.. tak suke betol.. oleh kerana hubby ade.. dia lah yang bawa keta.. heheeee.. parking pat biasa ler.. sampai2 lom boleh masuk lagi.. waktu melawat kol 1.00 ptg.. leceh toll.. sementara nak tunggu kol satu dok lah lepak kat bawah tu dulu.. alif plak lagi pandai.. nampak ajer mainan kat playground tu.. ape lagi dia usha2 lah abah nyer...

alif yang merajuk.. tak dapat nak main mainan.. ape tak nyer.. ngah panas2 buta nak main..
sesi pujuk memujuk pon bermula..

akhir nya... dapat gak main..

lebau senyum yea.. mentang2 dapat main... kan panas tu!!

tu dia.. terkangkang anak aku duduk atas jongkang jongkit nie..