** INFO YANG BERGUNA UNTUK DIKONGSIKAN **
Jika anda berminat untuk membeli atau menjual, sila ikuti senarai semakan ini untuk hasil yang terbaik untuk anda.
NASIHAT AM
Membeli Kereta
Menyewa
Pencari Kerja
NASIHAT AM
- Senaraikan ape yang anda cari sebelum anda pergi dan melihat item yang dicari
- Kunjungi rumah penjual bersama seorang kawan
- Tawarkan diri untuk mengikut pembeli ke bank untuk melihat draf bank yang akan dikeluarkan
- Minta resit daripada penjual
- Pastikan item berfungsi dengan baik sepenuhnya sebelum membeli
- Adakah penjual memiliki jaminan untuk ditunjukkan kepada anda?
- Pastikan temujanji anda telah ditetapkan sebelum anda menemui penjual
- Pilih dengan berhati-hati dan jangan gopoh sebelum membuat sesuatu pembelian
- Simpan barang-barang berharga dalam rumah anda di tempat yang selamat
Membeli Kereta
- Mintalah dokumen pendaftaran asal daripada penjual
- Apakah nama penjual tertera dalam dokumen pendaftaran?
- Adakah nombor enjin dan casis adalah sepadan seperti di dalam dokumen pendaftaran?
- Semak setiap perkara di dalam dokumen pendaftaran seperti perbatuan, pastikan sepadan seperti yang dilihat
- Pastikan kenderaan telah habis dibayar sepenuhnya dan tidak mempunyai tunggakan bayaran
- Pandu uji sendiri kenderaan untuk memastikan ianya sesuai dengan keperluan anda
- Jangan benarkan pembeli berpotensi memandu uji kenderaan secara bersendirian
- Jangan terima kunci kereta pembeli sebagai langkah keselamatan
- Jika anda membenarkan pembeli memandu uji kenderaan anda, pastikan anda diinsuranskan
Menyewa
- Jangan cepat bersetuju untuk menyewa tanpa sebarang perjanjian lengkap dan bertulis antara anda dengan pemilik atau agensi perumahan
- Buatlah pengesahan identiti pemilik sebelum anda membayar wang dan pastikan pemilik memiliki hartanah tersebut. Mintalah bukti pengenalan diri seperti buku rekod sewaan yang sebelumnya
- Bandingkan hartanah lain dalam kawasan anda di pasaran, termasuk mengambil kira pembaikan dan sebarang kerja
- Beritahu segala kerja-kerja yang telah anda lakukan untuk hartanah anda
- Hanya tunjukkan hartanah kepada orang-orang yang telah membuat temujanji
Pencari Kerja
- Jika berminat dengan pekerjaan yang diminta, ingatkan diri bahawa tanggapan pertama terhadap diri anda dan cara perbualan dalam telefon adalah penting
- Resume yang ringkas dan tepat
0 comments:
Post a Comment