Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Tuesday, January 29, 2013

Burger Bakar

skang nie sibuk orang dok cerita burger bakar.. ari tu nak try lah makan.. orang kata kat klebang ade.. tapi tak jumpa lak kedai nyer... jumaat lepas pas gi uptown pi ronda2 kat bandar melaka... skali nampak lah ade orang jual burger bakar.. dah terlepas.. pi pusing balik.. 

kedai nie betul2 kat tepi corner.. depan Bank Rakyat, Jln. Hang Tuah, Melaka... ramai gak orang beratur... hubby aku pi turun tanya... dia dok bawa menu kat aku.. humang aiii... mahal betul burger nie... biar betul...

aku nak burger ayam.. hb nak daging.. tapaw jerk... sampai melekat bau burger tu kat baju hb aku... 

nie lah rupanyer burger bakar tu.. satu nie RM7.00 yea... rasa dia boleh lah... ayam tu guna ayam segar.. bukan macam daging burger yang biasa tu.. dia bakar ayam ngan cheese skali..

sampai umah burger tu dah sejuk... dah tak bapa best rasa dia.. muak.. burger biasa lagi sedap bagi aku...


Friday, January 25, 2013

Chicken Chop RM5

semalam belanja hubby + alif + adik aku makan kat chicken chop.. kat taman MU.. dah bapa kali hubby aku pegi kedai nyer tak buka jerk.. nanti kang kempunan plak... 

alif yang kelaparan...

alif n mak usu dia..

aku yang demoks... sedih jerk muka hubby aku nie.. lapar yea yang...

nie aku nyer.. chicken chop.. murah jerk.. RM5.00... kenyang..

yang tuk hubby aku.. nasi lemak chicken chop..

minggu nie memang banyak makan wooo.... abis lah selasa nie check up.. ade yang berat melambung2 naik.. hik3x...

 

daH readY cume TunggU Masa...

semalam kuar pi barang baby lagi.. selagi tak bersalin ade jerk yang cukup kan... pi JJ baru bukan men ramai lagi orang.. sampai 3 kali pusing cari parking tak de.. last2.. hb aku parking jerk tepi jalan.. tak lama kat sana.. orang ramai sangat...

pi makan mcD kat MITC.. pon ramai gak.. ramai ngan student.. wat semak jerk.. nak study pi lah tempat len.. nie orang nak makan pon tak de tempat duduk... 

pas makan p mydin.. tu dia.. penuh jugak.. sampai kosong troli.. dasyat tol.. aku tak masuk pon kat sebelah dalam.. aku pi kat anakku.. ari tu aku tengok breast pump ade offer... so semalam aku pi beli..

nak jugak kaler pink.. hik3x.. RM55.00 jerk.. tu pon for member only yea.. aku pinjam ana nyer member card.. kalau tak harga nyer RM79.00...

baju comel2.. geram tengok... yang nie sume nak standby barang tuk bawa ke spital nanti..

hah sumer nyer dah siap.. barang baby n mummy.. dah simpan lam keta siap2.. senang..  tinggal tunggu masa jerk... sume nak pink yea.. jgn marah...

nak cari gamat healin perisa oren.. tapi kat nadira tak de jual.. kena cari kat farmasi kat merlimau jerk lah...

Banyak Nyer Makan....

lunch tadi pi makan kat windmill bkt. beruang lagi... kali nie pergi ngan tina, faizah n balqis.. hari nie makanan cepat sampai.. tak payah tunggu lama2.. nak tau aku makan aper ari nie...

tentarang... hah nie lah yang aku order untuk hari nie.. nasi goreng cili padi ngan banana split... 

hari nie tercapai hajat mak nak makan banana split.. dari ari tu nak makan tak dapat sebab pisang nyer ngak ader.. so bila dah dapat.. sampai licin aku kerjakan.. hik3x... mak makan dulu yea..

Wednesday, January 23, 2013

Jamu! Harus lah...

tadi pi Nadira Shoppe.. beli jamu untuk saya yea.. semasa berpantang nanti.. dulu beli satu set.. skang i beli 2 jerk.. sebab rugi beli set.. bukan nyer pakai sumer pon.. i ambik yang nie jerk :


 
Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka. 

Tablet Haruan Complex adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
FUNGSI
  • Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau pembedahan).
  • Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
  • Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.
ATURAN PENGAMBILAN
Untuk ibu berpantang : Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi, bermula hari ke 4 sehingga sebulan (tempoh yang cukup untuk memulihkan luka).

Untuk kegunaan lain : 2 biji sehari, bila-bila masa.


Tablet Prawan dengan formulasi ubat periuk dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
FUNGSI
Kegunaan Tablet Prawan
  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
  • Mencegah masalah meroyan.
  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.
ATURAN PENGAMBILAN
Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.


Tuesday, January 22, 2013

"Kami Akan Kahwin"

 Zain Saidin: "Kami akan berkahwin tahun ini"

21 Jan – Selepas meluahkan perasaan cintanya terhadap aktres cantik Rozita Che Wan melalui akaun Instagram miliknya, Zain Saidin kini berharap dapat mengakhiri zaman bujangnya tahun ini. 
Dipetik dari sebuah laman sesawang hiburan tempatan, Zain ketika ditemui memberitahu sekiranya dimurahkan rezeki dan ada jodoh, mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan mereka sekitar tahun ini. 

"Che Ta (Rozita) tidak meletak sebarang tempoh kepada saya. Namun sudah tentu saya perlukan masa untuk membuat persiapan. Sebagai seorang lelaki, saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan perkahwinan. Sebab itu saya katakan, jika ada rezeki, kami bakal berkahwin pada tahun ini, 

"Hubungan kami memang serius. Jika ada terdengar gossip mengenai Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar kerana kami bersama ketika ini," ujar Zain tegas. 

Zain turut mempertahankan tindakannya yang meluah kata-kata cinta kepada aktres berusia 41 tahun itu yang dianggap sebagai mencari publisiti murahan. "Saya tak kisah apa yang orang hendak kata. Saya berbuat demikian kerana tidak mahu orang mengawal pergerakan atau tindakan saya. Jika tidak berterus-terang, orang akan tetap bercakap. Lebih baik saya akui. Sama ada orang boleh terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang," jelasnya lagi. 

Ditanya jika hubungan mereka mendapat tentangan dua anak lelaki Che Ta daripada perkahwinan terdahulu, Zain menidakkan perkara tersebut. 

"Hubungan saya dan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Kami baik sahaja, lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar untuk mendekati mereka kerana mereka peramah seperti ibu mereka."

*** artis... biasala lah kan.. mula2 kata tak de aper2.. last2.. kahwin.. pas tu cerai.. 

Majlis Pertunangan Adik Aku

dah lama aku tak update blog nie.. penuh ngan sarang labah2 dah aku rasa... mak bz nak.. tak de masa nak update.. lagi bape minggu jerk aku nak bersalin.. banyak kerja2 yang harus aku siapkan.. tak nak lah nanti menyusahkan orang yang tanggung kerja aku tu... 

nie aku nak cerita pasal majlis kenduri arwah mak aku n pertunangan adik aku... dah lama.. tapi baru nak citer... tapi ikot suka aku lah kan.. aku nyer blog.. orang lain tak payah nak sibuk kan..

aku tak amik port pon untuk bab memasak.. aku cuma tolong potong sayur jerk.. rajin kan.. hik3x... sejak2 perut dah memboyot nie.. tak kuasa mak nak buat tu sume nak.. ramai lagi yang ade.. aku cume tolong deco kan hantaran adik aku jerk... yang nie aku suka wat.. 

nie separuh daripada hantaran daripada adik aku.. cantik tak.. adik aku bagi 11 dulang hantaran..

nie ler adik den.. yang bongsu... tahniah... tak payah tunang lama2.. cukup duit leh nikah..

rombongan pihak lelaki sampai kol 2 lebih.. 7 dulang hantaran daripada pihak lelaki..

nie ler cincin merisik dan bertunang yang diberikan oleh pihak lelaki... bukan men hitam lagi inai tu...

35 minggu sudah...


 
from : baby center

Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.

Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap.

Wednesday, January 2, 2013

First Day Alif di TadiKa


ari nie first day alif gi sekolah... aku hantar ke tadika kemas kat taman merlimau baru.. dekat ngan umah... masa anto dia tadi muka sedih jerk.. aku tinggalkan dia.. tak tunggu pon.. sebab aku nak gi klinik.. check-up.. cikgu kata ade taklimat.. aku soh hubby aku jerk yang dengar... 

sedih jerk muka nyer...

tanya gak kat hb aku.. alif nangis tak.. dia kata tak.. alif dok diam jerk kat kerusi.. ok lah kalau dia tak nangis.. isau gak aku...bulan nie ngan bulan dua balik kol 12 t/h.. start bulan tiga baru lik 12.30 t/h...

anak mummy belajar pandai2 yea... dengar cakap cikgu.. mummy sentiasa mendoakan agar anak mummy sihat, rajin belajar, dengar kata dan menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat...