21 Jan – Selepas meluahkan perasaan
cintanya terhadap aktres cantik Rozita Che Wan melalui akaun Instagram
miliknya, Zain Saidin kini berharap dapat mengakhiri zaman bujangnya
tahun ini.
Dipetik dari sebuah laman sesawang hiburan tempatan, Zain ketika ditemui
memberitahu sekiranya dimurahkan rezeki dan ada jodoh, mereka berdua
akan melangsungkan perkahwinan mereka sekitar tahun ini.
"Che Ta (Rozita) tidak meletak sebarang tempoh kepada saya. Namun sudah
tentu saya perlukan masa untuk membuat persiapan. Sebagai seorang
lelaki, saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan perkahwinan.
Sebab itu saya katakan, jika ada rezeki, kami bakal berkahwin pada tahun
ini,
"Hubungan kami memang serius. Jika ada terdengar gossip mengenai Che Ta
berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar kerana kami bersama
ketika ini," ujar Zain tegas.
Zain turut mempertahankan tindakannya yang meluah kata-kata cinta
kepada aktres berusia 41 tahun itu yang dianggap sebagai mencari
publisiti murahan.
"Saya tak kisah apa yang orang hendak kata. Saya berbuat demikian kerana
tidak mahu orang mengawal pergerakan atau tindakan saya. Jika tidak
berterus-terang, orang akan tetap bercakap. Lebih baik saya akui. Sama
ada orang boleh terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Saya
tidak boleh puaskan hati semua orang," jelasnya lagi.
Ditanya jika hubungan mereka mendapat tentangan dua anak lelaki Che Ta
daripada perkahwinan terdahulu, Zain menidakkan perkara tersebut.
"Hubungan saya dan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Kami baik sahaja,
lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama
iaitu bola sepak. Tidak sukar untuk mendekati mereka kerana mereka
peramah seperti ibu mereka."
*** artis... biasala lah kan.. mula2 kata tak de aper2.. last2.. kahwin.. pas tu cerai..
0 comments:
Post a Comment