Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Wednesday, January 23, 2013

Jamu! Harus lah...

tadi pi Nadira Shoppe.. beli jamu untuk saya yea.. semasa berpantang nanti.. dulu beli satu set.. skang i beli 2 jerk.. sebab rugi beli set.. bukan nyer pakai sumer pon.. i ambik yang nie jerk :


 
Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka. 

Tablet Haruan Complex adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
FUNGSI
  • Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau pembedahan).
  • Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
  • Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.
ATURAN PENGAMBILAN
Untuk ibu berpantang : Sehari sekali 2 biji selepas sarapan pagi, bermula hari ke 4 sehingga sebulan (tempoh yang cukup untuk memulihkan luka).

Untuk kegunaan lain : 2 biji sehari, bila-bila masa.


Tablet Prawan dengan formulasi ubat periuk dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
FUNGSI
Kegunaan Tablet Prawan
  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
  • Mencegah masalah meroyan.
  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.
ATURAN PENGAMBILAN
Ambil sehari sekali 2 tablet petang selepas makan dari hari ke 4 hingga selesai pantang 44 hari.


0 comments:

Post a Comment