uiiii.. segar nyer buah nie.. geram tengok... tadi anum bawa buah nie.. aku ambik skit.. tq anum.. masak lemak ngan ikan sedap nie..nie namanyer Belimbing Buluh... belimbing ni berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang
dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak
biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang
menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan
kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat
menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar).
Belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisi moden. Secara
tradisi, perubatan Melayu tidak kenal penyakit moden seperti kencing
manis atau darah tinggi. Oleh petua-petua ini tidaklah berdasarkan
mana-mana kajian moden atau amalan tradisi dan tidak terbukti
keberkesanannya.
Jus buah ini dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat
dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang
berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini
setiap pagi dan petang.
0 comments:
Post a Comment