Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Thursday, July 5, 2012

KisMis Oh KisMis


kismis... korang suka tak makan kismis nie.. aku suka makan kismis nie.. orang kata kismis bagus untuk otak.. kalau nak makan kena ambil dalam kiraan ganjil.. kenapa erk?

biasanyer aku baca bismillah dan selawat 3 kali.. baru makan.. tapi tadi aku search kat internet nak makan kismis  pon ade cara nyer.. selama ni aku men balun jerk.. 

skang nie pon pelbagai produk berasaskan kismis di jual.. macam2 jenama.. kadang2 tu sampai aku sendiri pon tak tau nak beli kismis yang mana satu...aku suka kismis yang kaler coklat keperangan nie.. yang kaler hitam tu tak bape suka.. rasa cam tak best jerk..memilih...

antara khasiat kismis nie adalah :
  • Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
  •  Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria
  •  Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.
     

0 comments:

Post a Comment