hai...semalam merupakan Nisfu Syaaban..Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan Syaaban iaitu 15 Syaaban yang mana
buku amalan kita untuk satu tahun diangkat ke langit pada 14
Syaaban(sebelum mahgrib 15 Syaaban) dan digantikan dengan buku amalan
yang baru(waktu maghrib 15 Syaaban) untuk sepanjang tahun yang
berikutnya.
Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam
Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas
malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi
S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah
hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah
bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama
sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat
demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian
aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah
aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku
pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu
daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu
memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila
tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya
(melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt
(turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari
terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari
kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya.
Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan
rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala,
maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini
dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
0 comments:
Post a Comment