Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Wednesday, July 14, 2010

" PETUA 8P"

Mari kita sama-sama berkongsi petua 8P nie dari Ustazah Siti Nurbahyah untuk keharmonian rumah tangga kite sumer..

1. PUJIAN
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan. Orang perempuan kan suka biler dipuji oleh suami.. (termasuk lah aku. heheheeee)
2. PELUK
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.. (betui 3x....)
3. PENGHARGAAN
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Sebagai tanda terima kasih...
4. PERHATIAN
Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan..
5. PERSEFAHAMAN
Harus ada persefahaman antara satu sama lain dan boleh bertolak ansur.. Jangan pentingkan diri sendiri..
6. PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga..
7. PERCUTIAN
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin..
8. PERMOHONAN
Berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia..
*** kalu nak bahagia.. aper lagi.. cuber ler.. ***