Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Wednesday, December 29, 2010

kAsIh sAyAnG..

** tetiba je nyanyi lagu nie.. teringat masa kursus kepintaran emosi kat Hotel Seri Costa banda hilir melaka.. Masa tu aku mengandung 6 bulan.. glamour u.. biasa ler bila kursus anjuran INSPIM mang tak bermalam. Balik ari.. Ulang-alik lah aku dari merlimau ke sana selama 3 hari berturut-turut.. seronok sgt masa tu... jom kita nyanyi sama-sama..1..2..3..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Kasih sayang
Terlalu indah untuk di kenal
Selamanya
Takkan pernah kau buang

Kasih sayang
Tiada pernah kenal usia
Tua muda
Akan menikmatinya

( korus )
Namun jangan engkau lupa
Akan akibat masa nanti
Engkau dapat menderita
Kerana terlena rasa cinta aaa...

Kasih sayang
Terlalu pahit dan menyakitkan
Dan membuat
Remaja patah hati

( ulang dari korus )

Remaja patah hati ( 2X )

** 35 PETUA PELAJAR CEMERLANG **


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Tuesday, December 28, 2010

** NtaH aPer-aPer Jerk **

halu... lame tak post something kat blog nier.. but nothing special today.. ingat kan hari nie nak gi HQ.. Hantar surat urusan kenaikan pangkat bos.. due date 30 Disember nier.. lambat anto kang tak confirm plak bos aku.. semalam aku dah siap kan sume dokumen dan dah bagi kat kak mimah. cume cover letter jerk yang tak sign lagi.. ingatkan ari nie bos ade..rupe-rupe nyer tak sihat.. kena batu karang lagi.. sian bos aku..
tapi setelah berbincang ngan EO kami akan pergi jugak ari nier.. yahoo.... leh p shopping.. hahahaa (gelak jahat).. sape-sape yang nak ikut angkat kaki cepat... lambat kena tinggal.. nanti kena sambung lagi yea.. papai.. wa angkat kaki dulu..
**
**
**
**
**
**
**
**
**
ces!.. pantang ajer kata nak g HQ.. " saya pun ade urusan kat KL. tak pe mane-mane surat yang nak anto letak situ.. kang saya uruskan".. wah-wah... menyibuk jerk.. tak pasal-pasal aku ngan EO terus tak jadi pegi.. lantak lah.. biau dia uruskan.. jgn dia salah bagi surat bos kat orang len sudah...

Wednesday, December 22, 2010

.:. PICNIC DI PD .:.

Tempat : Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
kami sampai dah tengah hari.. so masa tu air dah surut.. disebabkan aku nie juru kamera.. maka gambo aku lah yang paling skit lam nie.. saksi kan aksi-aksi kami yang cun nie.. heheee
kami baru sampai.. nie lah port kami..

alif n mama..

masing-masing dah siap sedia nak p mandi..

mane alif nak bawa botol air tu..

amy, ct, as, aiman n kimi...

mane nak lari tu..

timbus kaki alif.. cepat kimi.. tolong pok de..

ngah main pasir..

wow.. kak ngah.. seksi..nampak tetek..hihihii

alif n abah nyer..

anak bapak..

mama nanti kita datang lagi yea..

anak sapa lah nie.. kurus nyer.. tak cukup makan yea bang.

abah.. nak simpan pelampung nier..

aik... kata nak simpan..nak bawa p mane tu?

** aLiF N DoRaEmOn **

inilah doraemon yang baru dibeli untuk alif.. harga nyer RM24.90.. beli di fresco, merlimau

alif sedang menggigit 'bear-bear' nyer..
*
*
*
*
*
*

citer nyer cam ni.. malam tadi ajak hubby pegi fresco nak beli pampers dan susu alif.. masa ngah cari pampers dia, abah dia bawa lah alif pusing2 kat situ.. skali alif cakap.. bah..bah.. bear..bear.. sambil menunjuk kan jari telunjuk nyer ke arah deretan anak pantung.. alif tunjuk kat patung doraemon.. so abah dia pun amik lah doraemon tu nak tgk bape harga nyer.. skali alif pegang terus peluk dan tak nak bagi letak balik.. nak tak nak kena lah beli gak untuk dia.. bukan selalu pun..

pampers huggies dry kat sini baru RM33.90 (size L68).. susu d/lady pon murah gak.. D/lady123 cume RM18.60 jerk tuk 1kg. skali 4 pek aku beli.. senang.. kat tesco pampers huggies dry bukan men mahal g.. aku tengok ari tu RM44.90. jauh beza tu.. cekik darah tol.. susu murah tapi dah abis.. tinggal perisa coklat n madu jerk.. saper-saper yang dok merlimau leh lah pergi memborong.. murah giler.. offer sampai 2 Januari 2011.. datang jangan tak datang..



Friday, December 17, 2010

(^-^) TipS UnTuK KuRus..

wow!! raMping nyer.. nak2...


tak nak??? takut nyer....



Mane satu pilihan anda... anda yang menentukan nyer.. sama ada anda kurus atau anda gemukss.. pemakanan seharian anda yang penting yea.. bukan nyer tak boleh makan lansung tapi makan dalam kuantiti yang sedikit.. banyak makan buah2 an dan sayur2 an.. yang manis2, yang berlemak kena kurangkan.. di sini ade beberapa tips yang dapat membantu anda.. jom layan...


1. JANGAN BERLAPAR


2. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI


3. AMBIL SARAPAN PAGI


4. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM DAN PERISA


5. ELAKKAN MINUM AIR YANG BERGAS


6. MAKAN BUAH2 AN DAHULU SEBELUM MAKAN NASI


7. MAKAN DENGAN PERLAHAN DAN KUNYAH HINGGA LUMAT


8. PILIH MAKANAN YANG TERDIRI DARIPADA BIJIRIN DAN KEKACANG


9. LAKUKAN SENAMAN RINGAN


** JANGAN TIMBANG BERAT BADAN SETIAP HARI KERANA ANDA TIDAK AKAN NAMPAK PERBEZAANNYA.

^ MuTiArA KaCa ^


** LAGU NIE KHAS UNTUK SESEORANG YANG MENGENALI DIRI KU **

Detik pertemuan itu
Menjadi sejarah yang tak terencana
Kita sepasang merpati
Di awanan biru menyusur impian

Lalu cintaku padamu
Lahir tak terucap indah tak terpandang
Diam tapi berbicara
Hingga ku tak bisa lagi melupakan

Biarpun malam tak berteman bulan
Namun cerah tetap di ruang mata
Sejambak mawar

Sekurun haruman
Begitulah dirimu
Di pandangan yang pertama
Sewaktu mula bertemu

Namun nyata yang tersurat dan tersirat
Dua dunia yang menjadi satu
Tidak mungkin bersempadan
Untuk kau tinggalkan oh selamanya

Demi cinta suciku
Demi tulus kasihku
Relakanlah perpisahan ini
Yang terjadi antara kita

Zahirmu putih bersih
Batinmu penuh noda
Bagaikan mutiara
Yang retak menanti berderai
Ke lembah yang hina

** ADAB MENZIARAHI KUBUR **

Islam sebagai agama yang syumul tidak meninggalkan sesuatu amalan atau perkara melainkan ia membimbing kita kepada apa yang bermanfaat dan menjauhkan kita dari apa yang memudaratkan. Antaranya ialah amalan ziarah kubur di mana Islam telah memberikan sejumlah adab yang perlu kita perhatikan, iaitu:


[1] Membetulkan Tujuan Ziarah Kubur.


Tujuan ziarah kubur ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


ŁƒُŁ†ْŲŖُ Ł†َŁ‡َŁŠْŲŖُŁƒُŁ…ْ Ų¹َŁ†ْ Ų²ِŁŠَŲ§Ų±َŲ©ِ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲØُŁˆْŲ±ِ، Ų£َŁ„Ų¢ ŁَŲ²ُŁˆْŲ±ُŁˆْŁ‡َŲ§، ŁَŲ„ِŁ†َّŁ‡ُ ŁŠُŲ±ِŁ‚ُّ Ų§Ł„ْŁ‚َŁ„ْŲØَ، ŁˆَŲŖُŲÆْŁ…ِŲ¹ُ Ų§Ł„ْŲ¹َŁŠْŁ†َ،

ŁˆَŲŖُŲ°َŁƒِّŲ±ُ Ų§ْŁ„Ų¢Ų®ِŲ±َŲ©َ، ŁˆَŁ„Ų§َ ŲŖَŁ‚ُŁˆْŁ„ُŁˆْŲ§ Ł‡ُŲ¬ْŲ±ًŲ§.


Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.[1]


Oleh kerana itulah kita turut dibolehkan menziarahi kubur orang bukan Islam kerana yang dikehendaki ialah manfaat bagi penziarah dan bukan yang diziarah. Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menerangkan:


Ų²َŲ§Ų±َ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠُّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ł‚َŲØْŲ±َ Ų£ُŁ…ِّŁ‡ِ ŁَŲØَŁƒَŁ‰ ŁˆَŲ£َŲØْŁƒَŁ‰ Ł…َŁ†ْ Ų­َŁˆْŁ„َŁ‡ُ.

ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ: Ų§Ų³ْŲŖَŲ£ْŲ°َŁ†ْŲŖُ Ų±َŲØِّŁŠ ŁِŁŠ Ų£َŁ†ْ Ų£َŲ³ْŲŖَŲŗْŁِŲ±َ Ł„َŁ‡َŲ§ ŁَŁ„َŁ…ْ ŁŠُŲ¤ْŲ°َŁ†ْ Ł„ِŁŠ ŁˆَŲ§Ų³ْŲŖَŲ£ْŲ°َŁ†ْŲŖُŁ‡ُ ŁِŁŠ Ų£َŁ†ْ Ų£َŲ²ُŁˆŲ±َ Ł‚َŲØْŲ±َŁ‡َŲ§

ŁَŲ£ُŲ°ِŁ†َ Ł„ِŁŠ ŁَŲ²ُŁˆŲ±ُŁˆŲ§ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲØُŁˆŲ±َ ŁَŲ„ِŁ†َّŁ‡َŲ§ ŲŖُŲ°َŁƒِّŲ±ُ Ų§Ł„ْŁ…َŁˆْŲŖَ.


Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ziarah ke kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang di sekeliling baginda turut menangis. Maka baginda bersabda: “Aku pernah meminta izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. Aku pernah meminta izin kepada-Nya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada kematian.”[2]


Berdasarkan hadis di atas dapat kita pelajari bahawa:

  1. Dibolehkan ziarah kubur orang bukan Islam.

  2. Dilarang berdoa kepada ahli kubur orang bukan Islam.

  3. Tujuan ziarah ialah mengingatkan penziarah kepada kematian. Sekali lagi, tujuan ziarah ialah supaya memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah.

Jika seseorang itu ingin memberi manfaat kepada ahli kubur yang muslim seperti berdoa dan menghadiahkan pahala, dia boleh melakukannya di mana jua. Ini kerana yang akan mengabulkan doa dan memberikan pahala ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah boleh melakukan semua itu tanpa mengira di mana lokasi jenazah.


[2] Tidak Melakukan Perjalanan Jauh Untuk Ziarah.


Oleh kerana tujuan ziarah kubur ialah memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah, Islam melarang kita daripada melakukan perjalanan jauh semata-mata untuk ziarah kubur. Ini kerana mana-mana kubur berhampiran dengan tempat bermastautin seseorang sudah cukup untuk dijadikan sebagai amalan ziarah.

Dalam konteks yang lebih luas, Islam melarang kita dari melakukan perjalanan jauh untuk tujuan ibadat melainkan perjalanan ke tiga lokasi: Masjid Nabawi di Madinah, Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid al-Aqsa di Palestin. Apa-apa perjalanan jauh selain ke tiga lokasi mulia tersebut adalah dilarang, termasuklah perjalanan ke kawasan perkuburan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


Ł„Ų§َ ŲŖُŲ“َŲÆُّ Ų§Ł„Ų±ِّŲ­َŲ§Ł„ُ Ų„ِŁ„Ų§َّ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų«َŁ„Ų§َŲ«َŲ©ِ Ł…َŲ³َŲ§Ų¬ِŲÆَ: Ų§Ł„ْŁ…َŲ³ْŲ¬ِŲÆِ Ų§Ł„ْŲ­َŲ±َŲ§Ł…ِ ŁˆَŁ…َŲ³ْŲ¬ِŲÆِ Ų§Ł„Ų±َّŲ³ُŁˆŁ„ِ

ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ ŁˆَŁ…َŲ³ْŲ¬ِŲÆِ Ų§Ł„Ų£َŁ‚ْŲµَŁ‰.


Tidak boleh bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid, iaitu al-Masjid al-Haram (di Mekah), Masjid Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin).[3]


Berdasarkan hadis ini, tidak boleh mengadakan satu perjalanan yang khusus atas tujuan ibadat kecuali ke tiga masjid di atas. Ibadat yang dimaksudkan ialah apa yang lazim dilakukan dalam masjid dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (taqarrub) seperti solat, iktikaf, doa, zikir dan membaca al-Qur’an.

Ada pun perjalanan selain itu, seperti dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga, ziarah ahli keluarga, mengambil iktibar dari kesan kemusnahan umat yang lalu dan melancong mengecapi keindahan alam ciptaan Allah, ia tidak termasuk dalam perbincangan hadis. Dalilnya adalah amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat pada zaman baginda, mereka lazim melakukan perjalanan kerana dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga dan menziarahi ahli keluarga. Ada pun perjalanan demi ibadat, mereka tidak melakukannya melainkan ke tiga masjid yang utama di atas.

Hikmah terbesar larangan di atas ialah untuk menutup sebarang pintu-pintu kesyirikan yang mungkin berlaku di kalangan umat Islam, seandainya di antara mereka ada yang menyakini sesuatu lokasi umpama perkuburan, masjid dan lain-lain memiliki keberkatan lalu melakukan perjalanan semata-mata ke sana untuk beribadat.


[3] Tidak Melakukan Perayaan Di Perkuburan.


Perayaan adalah satu sambutan di mana orang-orang berhimpun pada tarikh tertentu dan kadangkala ia diulang-ulang pada kekerapan tertentu, umpama setiap tahun. Islam melarang kita dari menjadikan perkuburan atau amalan ziarah kubur sebagai satu perayaan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


Ł„Ų§َ ŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁ„ُŁˆŲ§ ŲØُŁŠُŁˆŲŖَŁƒُŁ…ْ Ł‚ُŲØُŁˆŲ±ًŲ§ ŁˆَŁ„Ų§َ ŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁ„ُŁˆŲ§ Ł‚َŲØْŲ±ِŁŠ Ų¹ِŁŠŲÆًŲ§ ŁˆَŲµَŁ„ُّŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁŠَّ ŁَŲ„ِŁ†َّ ŲµَŁ„Ų§َŲŖَŁƒُŁ…ْ ŲŖَŲØْŁ„ُŲŗُŁ†ِŁŠ Ų­َŁŠْŲ«ُ ŁƒُŁ†ْŲŖُŁ…ْ.


Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku di mana jua kalian berada.[4]


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling mulia sepanjang zaman. Nah! Jika kita dilarang menjadikan kubur Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai tempat perayaan, sudah tentu kubur-kubur lain turut dilarang untuk dijadikan tempat perayaan.

Merujuk kepada hadis di atas, saya menjemput para pembaca yang dirahmati Allah sekalian untuk merenung semula amalan ziarah kubur pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Sedar atau tidak, ia sebenarnya adalah satu perayaan di mana kaum keluarga berhimpun pada pagi 1 Syawal setiap tahun di perkuburan kaum keluarga yang tersayang. Perayaan seperti ini dilarang oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Hadis di atas memiliki beberapa pengajaran lain yang tidak kurang penting:

  1. Dianjurkan membuat sambutan perayaan di dalam rumah dengan kekerapan tertentu di mana kaum keluarga berhimpun untuk saling bertanya khabar dan mengeratkan silraturahim. Tarikh ini tidak terhad kepada 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri) dan 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha) tetapi boleh diperluaskan kepada tarikh-tarikh lain yang dianggap sesuai bagi semua kaum keluarga.

  2. Boleh berselawat kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana jua kita berada kerana ia akan tetap sampai kepada baginda. Amalan “kirim salam kepada Rasulullah” yang dititip kepada para jama’ah haji dan umrah adalah amalan bagi orang yang tidak memiliki ilmu dalam agama.


[4] Mengucapkan Salam.


Apabila memasuki kawasan perkuburan Muslim, ucapkanlah salam kepada mereka. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengajar beberapa ucapan, salah satu darinya ialah:


Ų§Ł„Ų³َّŁ„Ų§َŁ…ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ Ų£َŁ‡ْŁ„َ Ų§Ł„ŲÆِّŁŠَŲ§Ų±ِ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ِŁŠŁ†َ

ŁˆَŲ„ِŁ†َّŲ§ Ų„ِŁ†ْ Ų“َŲ§Ų”َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł„َŁ„Ų§َŲ­ِŁ‚ُŁˆŁ†َ Ų£َŲ³ْŲ£َŁ„ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł„َŁ†َŲ§ ŁˆَŁ„َŁƒُŁ…ْ Ų§Ł„ْŲ¹َŲ§ŁِŁŠَŲ©َ.


Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian.[5]


[5] Tidak Mengucapkan Perkataan Yang Keji Dan Batil.


Ini sebagaimana penghujung hadis yang telah dikemukakan sebelum ini:


ŁƒُŁ†ْŲŖُ Ł†َŁ‡َŁŠْŲŖُŁƒُŁ…ْ Ų¹َŁ†ْ Ų²ِŁŠَŲ§Ų±َŲ©ِ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲØُŁˆْŲ±ِ، Ų£َŁ„Ų¢ ŁَŲ²ُŁˆْŲ±ُŁˆْŁ‡َŲ§، ŁَŲ„ِŁ†َّŁ‡ُ ŁŠُŲ±ِŁ‚ُّ Ų§Ł„ْŁ‚َŁ„ْŲØَ، ŁˆَŲŖُŲÆْŁ…ِŲ¹ُ Ų§Ł„ْŲ¹َŁŠْŁ†َ،

ŁˆَŲŖُŲ°َŁƒِّŲ±ُ Ų§ْŁ„Ų¢Ų®ِŲ±َŲ©َ، ŁˆَŁ„Ų§َ ŲŖَŁ‚ُŁˆْŁ„ُŁˆْŲ§ Ł‡ُŲ¬ْŲ±ًŲ§.


Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.[6]


Perkataan keji dan batil terdiri dari tiga jenis:

  1. Berbicara urusan dunia seperti naik turun harga saham, kenaikan harga barang runcit dan petrol, urusan pejabat, urusan keluarga dan lain-lain. Semua perbicaraan ini akan menjauhkan penziarah dari tujuan ziarah, iaitu “…melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat.” Perkataan seumpama ini menzalimi diri penziarah itu sendiri.

  2. Mencela, mengkritik dan menyebut aib jenazah yang dikebumikan di perkuburan itu. Perkataan seumpama ini menzalimi jenazah dan dosa kesalahan akan kembali kepada penziarah itu sendiri. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:


Ł„Ų§َ ŲŖَŲ³ُŲØُّŁˆŲ§ Ų§Ł„Ų£َŁ…ْŁˆَŲ§ŲŖَ ŁَŲ„ِŁ†َّŁ‡ُŁ…ْ Ł‚َŲÆْ Ų£َŁْŲ¶َŁˆْŲ§ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ł…َŲ§ Ł‚َŲÆَّŁ…ُŁˆŲ§.


Jangan mencela orang-orang yang sudah meninggal dunia kerana mereka sudah sampai kepada apa yang mereka lakukan.[7]


  1. Berdoa kepada jenazah, meminta sekian-sekian hajat dan perlindungan dengan harapan jenazah dapat memakbulkan doanya atau jenazah memberi pengaruh kepada Allah agar Allah memakbulkan doanya. Ini menzalimi Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana doa adalah hak Allah, kepada Allah jua kita memanjatkan doa dan kepada Allah jua kita mengharapkan ia dikabulkan.


[6] Tidak Memakai Kasut Atau Selipar.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat seorang lelaki yang berjalan di antara kubur dengan memakai sepasang kasut, lalu baginda menegurnya:


"ŁŠَŲ§ ŲµَŲ§Ų­ِŲØَ Ų§Ł„Ų³ِّŲØْŲŖِŁŠَّŲŖَŁŠْŁ†ِ ŁˆَŁŠْŲ­َŁƒَ Ų£َŁ„ْŁ‚ِ Ų³ِŲØْŲŖِŁŠَّŲŖَŁŠْŁƒَ."

ŁَŁ†َŲøَŲ±َ Ų§Ł„Ų±َّŲ¬ُŁ„ُ ŁَŁ„َŁ…َّŲ§ Ų¹َŲ±َŁَ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų®َŁ„َŲ¹َŁ‡ُŁ…َŲ§ ŁَŲ±َŁ…َŁ‰ ŲØِŁ‡ِŁ…َŲ§.


“Wahai pemilik kasut al-Sibtiyyah! Celakalah engkau! Lemparkanlah kasut al-Sibtiyyah engkau itu.”

Maka lelaki itu menoleh lalu tatkala mengenali yang menegur itu ialah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dia membuka kedua-dua kasutnya itu dan melemparnya.[8]


Oleh itu apabila berjalan di antara kubur atau di celah-celah kubur, tanggalkanlah kasut atau selipar. Jika kawasan perkuburan itu tidak sesuai untuk berjalan tanpa alas kaki, maka memadai berdiri di tepi kawasan kubur. Ini kerana manfaat ziarah kubur dapat diperolehi oleh penziarah dengan berdiri di tepi perkuburan, tidak semestinya di tengah-tengah perkuburan.


[7] Tidak Solat Di Kubur.


Sebagaimana perbincangan dalam catatan yang lepas, kita dilarang dari mendirikan solat di kubur kecuali solat jenazah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


Ų§Ų¬ْŲ¹َŁ„ُŁˆŲ§ ŁِŁŠ ŲØُŁŠُŁˆŲŖِŁƒُŁ…ْ Ł…ِŁ†ْ ŲµَŁ„Ų§َŲŖِŁƒُŁ…ْ ŁˆَŁ„Ų§َ ŲŖَŲŖَّŲ®ِŲ°ُŁˆŁ‡َŲ§ Ł‚ُŲØُŁˆŲ±ًŲ§.


Laksanakanlah dalam rumah kalian sebahagian dari solat-solat kalian dan jangan kalian jadikannya kuburan.[9]


Kita juga dilarang dari solat menghadap kubur:


Ł„Ų§َ ŲŖَŲ¬ْŁ„ِŲ³ُŁˆŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲØُŁˆŲ±ِ ŁˆَŁ„Ų§َ ŲŖُŲµَŁ„ُّŁˆŲ§ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡َŲ§.


Jangan duduk di atas kubur dan jangan solat kepadanya.[10]


Pengecualian diberikan kepada solat di dalam Masjid al-Nabawi di Madinah kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pembesaran masjid telah menyebabkan kubur Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terletak di dalam masjid. Ini menyebabkan sebahagian jamaah terpaksa solat dengan menghadap kepada kubur baginda. Suasana ini dimaafkan dengan syarat orang itu tidak sengaja memilih tempat di belakang kubur baginda untuk solat dan hati serta fikirannya tidak tertuju kepada kubur baginda ketika solat.


[8] Tidak Membaca al-Qur’an Di Kubur.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


Ł„Ų§َ ŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁ„ُŁˆŲ§ ŲØُŁŠُŁˆŲŖَŁƒُŁ…ْ Ł…َŁ‚َŲ§ŲØِŲ±َ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ų“َّŁŠْŲ·َŲ§Ł†َ ŁŠَŁ†ْŁِŲ±ُ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ł„ْŲØَŁŠْŲŖِ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ ŲŖُŁ‚ْŲ±َŲ£ُ ŁِŁŠŁ‡ِ Ų³ُŁˆŲ±َŲ©ُ Ų§Ł„ْŲØَŁ‚َŲ±َŲ©ِ.


Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.[11]


Hadis ini mencakupi dua maksud:

  1. Rumah yang tidak dibacakan al-Qur’an umpama perkuburan, maka bacalah al-Qur’an di dalam rumah khasnya surah al-Baqarah.

  2. Perkuburan bukan tempat membaca al-Qur’an, kerana itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadikan perkuburan sebagai perumpamaan rumah yang tidak dibacakan al-Qur’an di dalamnya.

Selain itu telah diterangkan sebelum ini jika seseorang ingin menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada sesiapa yang sudah meninggal dunia, dia boleh melakukannya di mana jua. Dia tidak perlu duduk di sebelah jenazah di perkuburannya.


[9] Tidak Melakukan Penyembelihan Di Kubur.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


Ł„Ų§َ Ų¹َŁ‚ْŲ±َ ŁِŁŠ Ų§Ł„Ų„ِŲ³ْŁ„Ų§َŁ…ِ. Ł‚َŲ§Ł„َ Ų¹َŲØْŲÆُ Ų§Ł„Ų±َّŲ²َّŲ§Ł‚ِ: ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ ŁŠَŲ¹ْŁ‚ِŲ±ُŁˆŁ†َ Ų¹ِŁ†ْŲÆَ Ų§Ł„ْŁ‚َŲØْŲ±ِ ŲØَŁ‚َŲ±َŲ©ً Ų£َŁˆْ Ų“َŲ§Ų©ً.


“Tidak ada penyembelihan untuk dipersembahkan di dalam Islam.” Berkata ‘Abd al-Razzaq (pengarang kitab hadis al-Musannaf): “Dahulu mereka (orang jahiliyah) menyembelih lembu dan atau kambing di sisi perkuburan untuk dipersembahkan (kepada ahli kubur).”[12]


Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani hafizahullah menerangkan:

Apabila penyembelihan dilakukan di perkuburan sebagai amalan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah maka ia adalah bid’ah. Namun jika penyembelihan dilakukan untuk ahli kubur, maka ia adalah syirik besar yang mengeluarkan pelakunya dari Islam.[13]


[10] Tidak Memijak Kubur.


Jabir radhiallahu ‘anh menerangkan:


Ł†َŁ‡َŁ‰ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠُّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų£َŁ†ْ ŲŖُŲ¬َŲµَّŲµَ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲØُŁˆŲ±ُ ŁˆَŲ£َŁ†ْ ŁŠُŁƒْŲŖَŲØَ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡َŲ§

ŁˆَŲ£َŁ†ْ ŁŠُŲØْŁ†َŁ‰ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ£َŁ†ْ ŲŖُŁˆŲ·َŲ£َ.


Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang dari mengkapur kubur, menulis di atasnya, membuat binaan di atasnya dan memijaknya.[14]


Terdapat empat larangan dalam hadis ini:

  1. Dilarang mengkapur kubur, yakni mensimenkannya atau membuat binaan konkrit, jubin, marmar dan sebagainya. Kapur ialah teknologi binaan zaman Rasulullah sebagaimana simen pada zaman kini.

  2. Dilarang menulis di atasnya, umpama menulis nama dan doa-doa di batu nisan atau menulis ayat-ayat al-Qur’an di binaan sekeliling kubur. Namun boleh membuat tanda untuk mengenali kubur umpama susunan batu berdasarkan tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang meletak batu di sebelah kubur ‘Utsman bin Mazh’un radhiallahu ‘anh dengan sebab:


Ų£َŲŖَŲ¹َŁ„َّŁ…ُ ŲØِŁ‡َŲ§ Ł‚َŲØْŲ±َ Ų£َŲ®ِŁŠ ŁˆَŲ£َŲÆْŁِŁ†ُ Ų„ِŁ„َŁŠْŁ‡ِ Ł…َŁ†ْ Ł…َŲ§ŲŖَ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁ‡ْŁ„ِŁŠ.


Aku memberi tanda dengan batu ini untuk kubur saudaraku dan di sinilah akan dikebumikan sesiapa yang meninggal dunia dari kalangan ahli keluargaku.[15]


  1. Dilarang membuat binaan di atas kubur umpama masjid, kubah, tembok dan sebagainya. Jika dibimbangi kubur akan rosak disebabkan kesan alam (hujan lebat, angin kuat, peralihan tanah), boleh membuat binaan yang tingginya tidak lebih sejengkal sekadar untuk memelihara keutuhan kubur.

  2. Di larang memijak di atas kubur. Boleh berjalan di antara dan di sekitar kubur namun jangan di atas kubur.


[11] Tidak Bersandar Kepada Kubur.


‘Amr bin Hazm al-Anshari radhiallahu ‘anh menceritakan:


Ų±َŲ¢Ł†ِŁŠ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ł…ُŲŖَّŁƒِŲ¦ًŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł‚َŲØْŲ±ٍ ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ: Ł„Ų§َ ŲŖُŲ¤ْŲ°ِ ŲµَŲ§Ų­ِŲØَ Ł‡َŲ°َŲ§ Ų§Ł„ْŁ‚َŲØْŲ±ِ.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat aku bersandar kepada sebuah kubur lalu baginda berkata: “Jangan menyakiti ahli kubur ini”[16]


[12] Tidak Duduk Di Atas Kubur.


Dilarang duduk di atas kubur berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


Ł„Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ¬ْŁ„ِŲ³َ Ų£َŲ­َŲÆُŁƒُŁ…ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų¬َŁ…ْŲ±َŲ©ٍ ŁَŲŖُŲ­ْŲ±ِŁ‚َ Ų«ِŁŠَŲ§ŲØَŁ‡ُ ŁَŲŖَŲ®ْŁ„ُŲµَ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų¬ِŁ„ْŲÆِŁ‡ِ Ų®َŁŠْŲ±ٌ Ł„َŁ‡ُ

Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ¬ْŁ„ِŲ³َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł‚َŲØْŲ±ٍ.


Sungguh, jika seseorang kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.[17]


Larangan di atas ditujukan kepada orang yang duduk tepat di atas kubur. Dibolehkan duduk di tepi kubur sebagaimana hadis berikut daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh, dia berkata:


Ų“َŁ‡ِŲÆْŁ†َŲ§ ŲØِŁ†ْŲŖًŲ§ Ł„ِŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ. Ł‚َŲ§Ł„َ:

ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų¬َŲ§Ł„ِŲ³ٌ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ‚َŲØْŲ±ِ Ł‚َŲ§Ł„َ: ŁَŲ±َŲ£َŁŠْŲŖُ Ų¹َŁŠْŁ†َŁŠْŁ‡ِ ŲŖَŲÆْŁ…َŲ¹َŲ§Ł†ِ.


Kami menyaksikan kematian puteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (yakni Umm Kaltsum radhiallahu ‘anha). (Anas menyambung): “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk di atas kubur, maka aku melihat kedua-dua matanya menitiskan air mata.”[18]


Maksud duduk di atas kubur dalam hadis di atas ialah duduk di tepinya ketika proses perkebumian.[19] Dalam sebuah riwayat lain ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh menerangkan para sahabat dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk di perkuburan Baqi’ al-Gharqad, lalu baginda memberi tazkirah kepada mereka semua.[20]


[13] Tidak Membuang Hajat Di Perkuburan.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda


Ł„Ų£َŁ†ْ Ų£َŁ…ْŲ“ِŁŠَ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų¬َŁ…ْŲ±َŲ©ٍ Ų£َŁˆْ Ų³َŁŠْŁٍ Ų£َŁˆْ Ų£َŲ®ْŲµِŁَ Ł†َŲ¹ْŁ„ِŁŠ ŲØِŲ±ِŲ¬ْŁ„ِŁŠ Ų£َŲ­َŲØُّ Ų„ِŁ„َŁŠَّ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁ†ْ Ų£َŁ…ْŲ“ِŁŠَ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł‚َŲØْŲ±ِ Ł…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ٍ

ŁˆَŁ…َŲ§ Ų£ُŲØَŲ§Ł„ِŁŠ Ų£َŁˆَŲ³ْŲ·َ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲØُŁˆŲ±ِ Ł‚َŲ¶َŁŠْŲŖُ Ų­َŲ§Ų¬َŲŖِŁŠ Ų£َŁˆْ ŁˆَŲ³ْŲ·َ Ų§Ł„Ų³ُّŁˆŁ‚ِ.


Sungguh, berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku sama ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar (kedua-duanya amat buruk, maka jangan melakukannya).[21]


Sebahagian ulama’ rahimahumullah, sebagaimana nukil pengarang MSBSPR 152-156, berpendapat larangan duduk di atas kubur bererti larangan membuang hajat di atas kubur. Ertinya boleh duduk di atas kubur tetapi jangan kencing atau berak di atas kubur.

Pendapat yang lebih tepat ialah, kedua-duanya dilarang. Kita dilarang duduk di atas kubur berdasarkan hadis:


Ł„Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ¬ْŁ„ِŲ³َ Ų£َŲ­َŲÆُŁƒُŁ…ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų¬َŁ…ْŲ±َŲ©ٍ ŁَŲŖُŲ­ْŲ±ِŁ‚َ Ų«ِŁŠَŲ§ŲØَŁ‡ُ ŁَŲŖَŲ®ْŁ„ُŲµَ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų¬ِŁ„ْŲÆِŁ‡ِ Ų®َŁŠْŲ±ٌ Ł„َŁ‡ُ

Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ¬ْŁ„ِŲ³َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł‚َŲØْŲ±ٍ.


Sungguh, jika seseorang kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.[22]


Kita dilarang kencing atau berak di atas kubur berdasarkan hadis:


Ł„Ų£َŁ†ْ Ų£َŁ…ْŲ“ِŁŠَ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų¬َŁ…ْŲ±َŲ©ٍ Ų£َŁˆْ Ų³َŁŠْŁٍ Ų£َŁˆْ Ų£َŲ®ْŲµِŁَ Ł†َŲ¹ْŁ„ِŁŠ ŲØِŲ±ِŲ¬ْŁ„ِŁŠ Ų£َŲ­َŲØُّ Ų„ِŁ„َŁŠَّ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁ†ْ Ų£َŁ…ْŲ“ِŁŠَ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł‚َŲØْŲ±ِ Ł…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ٍ

ŁˆَŁ…َŲ§ Ų£ُŲØَŲ§Ł„ِŁŠ Ų£َŁˆَŲ³ْŲ·َ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲØُŁˆŲ±ِ Ł‚َŲ¶َŁŠْŲŖُ Ų­َŲ§Ų¬َŲŖِŁŠ Ų£َŁˆْ ŁˆَŲ³ْŲ·َ Ų§Ł„Ų³ُّŁˆŁ‚ِ.


Sungguh, berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku sama ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar (kedua-duanya amat buruk, maka jangan melakukannya).[23]


Orang yang duduk tidak semestinya sedang membuang hajat sementara orang yang membuang hajat tidak semestinya dalam keadaan duduk. Sekalipun bukan adab Islam, manusia boleh membuang hajat dalam keadaan berdiri dan ini dilarang oleh Islam di kawasan perkuburan