Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Friday, February 24, 2012

SibuK deNgan 5S

hai...

Jumaat lepas kami semua sibuk mengemas bilik mesyuarat.. dah cantik dah skang.... tunggu bunga jerk tak sampai2 lagi... bilik mesyuarat di pilih sebagai zon matahari...

macam nie.. cantik kan.. blk mesyuarat tu kan sunyi dan suram.. bila ade bunga matahari nie nampak lah ceria skit.. tapi ade lagi yang perlu di tambah... kalau nak tau aku ngan cc dipilih untuk jadi pegawai yang bertanggungjawab..sape-sape yang wat sepah akan ku jerit kan kat telinga dia.. bia dia rasa...

Bhg. Khidmat Pengurusan pilih zon bunga ros... tapi tak mula lagi.. bilik aku jerk dah wat.. bersemangat tu.. sementara datuk tak de leh ler aku wat skit2 kat tempat aku nie.. kalau ade keja tak de makne nyer aku nak wat..

hari nie plak nak wat kat surau, pantry dan toilet.. zon epal yea.. tetiba jerk zon nie pilih buah.. huhhuuu.. tapi epal pon cantik gak.. nak mengecat, nak menyusun, nak tagging, nak buang ape yang tak perlu.. banyak tu.. tapi ape yang penting kerjasama... betul tak...

pada kawan-kawan semua gud luck yea..

Thursday, February 16, 2012

:: sMiLe ::


"senyum.. tak perlu kata apa-apa.."

dah lama rasa nyer tak update aku nyer blog nie... bukan malas... tapi tak sempat lah.. banyak koje...hehehee...macam2 alasan kan.. kalau dah pemalas tu ape pon tak boleh.. ade banyak benda yang nak di share kan ngan korang sume..tapi nanti lah yer.. boleh... hihiiii..

dah..dah.. pi wat kerja.. jgn nak mengulau jerk..

Tuesday, February 7, 2012

SaLaH aKU KeR???

kenapa golongan seperti aku sering diperkotak katik kan... setiap orang ade kelebihan dan kekurangan..kerana tak cukup ketinggian aku tak dapat bekerja dengan badan yang beruniform.. sedangkan minat dan kelayakan akademik memang patut dapat.. ye ke.. heheheeee...

dapat interview di Penjara pon tak lepas... sebab tak cukup tinggi.. sedih giler.. kenapa tak beri kelonggaran pada bab2 ketinggian nie.. geram betul... kalau orang tinggi2 jerk yang dapat keja abis macam mane dengan orang yang macam aku nie...

ini tidak adil... bukan nyer salah aku... dah takdir dari yang Esa.. aku terima..






Friday, February 3, 2012

Sebelum vs Selepas Kahwin...

hanya sekadar renungan....

PERANGAI LELAKI SEMASA SEBELUM KAHWIN DAN SELEPAS KAHWIN...

SEBELUM..
  1. Bergayut ngan awek sampai kredit abis.. tak kira pagi petang siang malam....
  2. Lewat balas SMS dah merajuk..
  3. Sanggup merayu-rayu bila memujuk awek yang merajuk...
  4. Berpegangan tangan dan berpeluk-pelukkan bila berjalan... (konon dia sorang ade aweks lah...)
  5. Aweks pakai seksi-seksi tak per.. lagi suka..
  6. Ajak pi mane-mane ok aje.. sampai sanggup tak pegi keja...
  7. Setiap kali date ade aje hadiah yang diberi...
  8. Ungkapan cinta pagi petang siang malam...
  9. Aweks masak tak sedap pon abis licin makan...
  10. Aweks ketiak busuk pon wangi.. masih nak berkepit-kepit
SELEPAS KAHWIN
  1. Nak telefon tanya khabar pon susah...
  2. Nak terima satu SMS pon belum tentu dapat.. ni kan pula nak reply msg...
  3. Bila isteri merajuk buat tak tahu ajer.. (nanti dia ok lah tu.. kata suami dalam hati..)
  4. Bila berjalan isteri di tinggalkan di belakang...
  5. Nak pakai tu tak boleh.. nie tak boleh..
  6. Bila nak ajak pi jalan-jalan ade aje alasan...
  7. Nak dapat hadiah besday n anniversary pon susah.. kdg2 siap lupa plak..
  8. Nak cakap i love u.. jgn mimpi..
  9. Isteri masak tak sedap complain.. campak mangkuk lauk..
  10. Ketiak isteri bau.. "awak nie busuk lah.. dok jauh skit.. nak berkepit jerk.."
**** pst..pst... adakah suami anda begitu... oohhhh... tidakkk... kalau ade salah satu yang tersenarai kena ambik tindakan dengan segera.. sebelum terlambat... awasi gerak geri suami anda.. anda mampu mengubah nyer.. heheheee....


Petua Mengurangkan Stres Di Tempat Kerja

APAKAH DIA STRES?

Stres adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA

Jenis kerja- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
- terlalu banyak kerja dan kurang masa

Tanggungjawab
- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri

Hubungan rakan sejawat
- komunikasi tidak berkesan
- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual

Persekitaran yang tidak selesa
- bising, panas dan sempit

Pengurusan dan organisasi
- budaya menyalahkan pekerja
- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap kenderaan, kurang penghargaan dan tiada insentif
- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan sukar untuk naik pangkat
- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi

Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga

KESAN STRES

Stres akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada
tingkahlaku yang negative.

Ia boleh menyebabkan
- sakit kepala, keletihan, berdebar-debar, masalah seksual
- gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi
- tidak hadir kerja, merokok, mabuk, menyalahgunakan dadah

Kesan jangka panjang
- hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic
- kemurungan

CARA-CARA MENGURANGKAN STRES

1) Mengubahsuai punca stress dengan :
- penyelesaian masalah secara musyawarah
- perancangan kerja dengan baik
- pengurusan masa yang bijak
- berkomunikasi secara lebih berkesan
- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan masa yang tidak fleksibel

2) Mengelak stress dengan :
- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat

3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)