Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Tuesday, April 19, 2011

Di Larang Masuk..

hari tu aku kursus kat bangi... so aku pe gi.. inform lah kat kawan aku sorang nie.. leh jumpa dia.. lama giler tak jumpa.. 3 tahun tu.. sejak aku pindah melaka.. dasyat kan... nie lah my best frenz kat putrajaya.... zu..


dia amik aku kat PLPP Bangi.. aku ajak balkis skali.. petang tu ujan lebat.. biase ler kalu hujan tu jalan bukan main jammed lagi.. pada hal bukan jauh pon putrajaya ngan bangi.. tak tau nak g mane ujan-ujan nie.. tempat biasa lah... ape lagi .. kalu bukan alamanda.. kita orang nak tengok wayang.. cite ape skang nie erk? banyak tok cite antu skang nie.. aku decide nak tengok cite dilarang masuk..

nie lah tiket kami yea.. pilih barisan belakang sekali.. betul-betul kat tengah.. puas dapat tengok.. heheheee..




Sinopsis Filem Dilarang Masuk: Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan.




Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol – yang masih penuh dengan peluru hidup.Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh – kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma – seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu.




Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia – rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ?




*


*


*


*


*


*


*




cite nie best.. aku bagi 4 bintang.. tapi ending plak tak bape nak best.. sian tau.. bad plak yang mati kena bunuh.. padahal dia baik.. tak suka..tak suka..tak suka.. heheeeeee... sape-sape yang tak pegi tengok lagi jangan lepas kan peluang..

Thursday, April 7, 2011

SeraM siOT!!!

tengok tajuk je takut... seram nau ker? ape yang seram tu? nak tau ape dia.. mai kita tengok..

^
^
^
^
^
^
^
^
^

fangtooth fish

viperfish

snakehead fish

tigerfish

belut moray

anglerfish

piranha..

mengerikan jerk.. nasib lah kat malaysia nie tak de ikan nie sume... kalu tak.. hadoiii haiii... takut nyer...

operasi Belum ^_^




28 april nie hubby aku ade operasi belum.. tahun lepas dia tak pegi.. taun nie nak pegi plak.. kena tinggal lagi lah aku.. operasi nie 3 bulan jerk.. yang pasti sebelum puasa hubby aku dah balik sini..lama tu.. dok lam hutan plak tu.. jangan nanti bila dia balik aku plak tak kenal dia.. hahahaaa... geng-geng dia yang lepas kata syok pegi sana.. macam-macam pengalaman dapat.. tu yang hubby aku tak sabar nak pegi tu.. lebih-lebih lagi skang nie musim buah-buahan.. sabar je lah...
tapi diaorang kat hutan belum nie cantik... betul ker? aku nie tak pernah lagi sampai sana.. korang nie tau tak hutan belum tu kat ne.. tau..tau..tau.. heheheee... kita kongsi sikit pasal hutan belum nie...



Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!!
mesti best kan.. bila lah aku dapat gi sana.. aku dah search kat google.. cantik tempat dia.. meh tengok gambar nie.. cantik-cantik tu....

bunga rafflesia pon ade kat sini..cantik kan..

air terjun yang jernih... best nie kalu dapat mandi

tengok tu... nyaman jerk...

Wednesday, April 6, 2011

rindu kat umah...

semalan lepas main bola jaring.. aku balik ke sungai udang.. telah lama aku tak balik umah aku kat sana.. hampir 7 bulan.. ape dah jadi ngan umah tu pon aku tak tau.. hubby aku je lah sekali-sekala dok sana..sampai-sampai alangkah terkejut nya aku.. nama umah nie nampak len macam jerk.. nampak kosong...

tak caya aku... pintu tu dh cantik.. bersih.. x de habuk dah.. lantai pon berkilat.. tapi pasal ape rasa len ek.. ohhh.. rak kasut kat tepi pintu tu dah tak de.. meja kecik pon tak de.. mane pegi nya.. musykil aku..

aku pergi ke dapur.. bukak peti ais.. wah.. bagus. bersih.. tak de ape pon.. air coke, epal, kicap ngan telur jerk.. dah lama tak dok situ patut lah kosong pon..

tengok tu.. sampai dah penuh sebakul dok simpan lagi.. orang lelaki mang cam ni agak nyer. suka simpan sampah.. nasib baik tak de ulat.. aku mang pantang nampak ulat nie.. geli..

nampak luas je ruang tamu nie.. mane pegi sume barang2..

aku masuk bilik.. ya allah... ape dah jadi nie.. sume nye hubby aku sumbat kat lam bilik nie.. patut lah nampak luas semacam jerk kat depan tu.. aduhaiii.. malas nyer nak mengemas... nanti-nanti lah.. ade sape-sape yang nak tolong tak??? Plzzzzzzzzzzzz....

Oleh kerana aku tinggal sorang.. aku pon kemas lah sikit-sikit.. berhabuk.. umah tinggal kata kan.. penat tau... tu pon dah habis gi.. esok-esok wat lagi sikit...

hah!! sempat lagi posing setelah penat mengemas...

Tuesday, April 5, 2011

Kau Sakiti Hati Ku

*** hah.. la nie nak nyanyi lagu nie plak.. pada sape-sape yang rasa sakit hati.. meh nyanyi sama-sama.. ahaks.. jgn marah ya...

Seandainya kau tahu
Perasaan ini
Barulah kau tahu
Apa yang ku rasa

Sekiranya dikau
Menjadi sepertiku
Bagaimanakah dikau
Menghadapinya

Mengapa mudahnya
Kau sakiti hatiku
Tanpa merasa
Belas dan kasihan
Sedangkan kau tahu
Daku menyintaimu
Lalu mengapakah
Kau sakiti hatiku

Bagaimana kiranya
Ku buat kau begitu
Tentu kau tak suka
Jangan kau ulangi... oh...

Dugaan apakah
Yang sedang melanda
Di antara kita

Walau hati terhiris
Air mata menitis
Nemun tak pernahku
Dendam kepadamu

* US PIZZA *

semalam aku dapat pizza.. ade orang bagi.. sape? rahsia... hahahaaa... aku ingatkan pizza hut.. tapi bila buka plastik.. lain benor bungkusan dia.. tak pernah dengar pon.. ke aku yang tak ambik tau lansung pasal pizza nie.. heheee.. patut lah plastik dia pon len.. kaler kuning lagi.. pizza nie yang kecik.. ada 4 slice.. cukup ar untk aku sorang makan.. tamak kan.. heheee..

dia beli kan pizza kari ayam.. besau-besau ayam dia.. sedap giler... kenyang ko.. mane tak nyer.. makan sorang-sorang.. so tadi nie aku search la kat internet pasal us pizza nier... nak tau kat mane lokasi nyer.. sedih kan.. orang dah lama tau tapi aku baru tau.. kalu aku tak dapat pizza nie sampai mati pon aku tak tau ada us pizza. heheeee...

mmm... rupa-rupa nyer lokasi dia dekat bukit beruang jerk.. tak jauh pon ngan tempat kerja.. tapi nape aku x tau.. hahahaa...sory lah geng.. nak upload gambar tak boleh.. kalu korang nak tau macam mane rupanyer us pizza nie... pandai-pandai lah korang search kat internet.. huhuhuuuu

Monday, April 4, 2011

Cikgu KejaM!!

ape nak jadi ngan cikgu-cikgu zaman sekarang... hilang akal fikiran.. mengalah kan orang mental.. kalu tak boleh nak mendidik jangan jadi cikgu.. ape kata kita ikat cikgu tu kat tingkat dan serang dia ramai-ramai.. ape perasaan dia.. akai letak kat lutut ker? bodoh nyer cikgu.. kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. patut lah anak murid skang tak nak dengar cakap cikgu.. sebab nyer cikgu skang dah melampau.. ape perasaan dia bila orang len buat benda yang sama kat anak dia.. tau plak marah.. isshhhh.. geram betol aku.... mari kita baca keratan akhbar nie...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.


Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.


“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.


Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.


Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.


Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.


Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.


“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.


“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.


Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.


“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.


Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Friday, April 1, 2011

BEAR BARU UNTUK ALIF



Nie lah bear baru yang aku belikan untuk alif.. cantik tak.. harga nyer pon murah jerk.. RM27.00 henggit jerk.. aku beli yang nie sebab nak basuh bear lama dia.. dah bau macam n hapak dah.. mau tak masam.. suka sangat dia gigit hidung bear tu.. penuh ngan air liur.. tu yang dah berkepam jerk bau dia.. kalu kita kata busyuk dia lagi suka tonyoh kan bear tu kat hidung kita...


aku beli bear nie kat mitc.. kan ade jualan mega dari metrojaya kat situ.. macam-macam ade.. murah-murah.. meriah kau.. sape-sape yang tak pegi lagi baik p cepat.. sementara hangat di pasaran... orang jangan cite ler.. bersesak-sesak.. siap ade petugas rela lagi yang jaga...


tengok baju hitam tadi cam lawa.. tapi tak jadi beli... beli kan hubby aku stokin keja kaler hitam.. pagi tadi nak p keja aku tengok stokin dia dah berlubang.. sian laki aku... oleh kerana aku ni prihatin maka aku pon beli lah kan tuk dia.. 3 pasang Rm13.90 jerk.. minyak wangi pelbagai jenama.. wangi-wangi.. aku pilih lipstik kaler pink shine.. cantik.. Rm6.00 jerk.. tak caye? pegi lah sana tengok.. lambat habis.. kalau pegi ari sabtu n ahad.. confirm sesak nyer..


kat luar pon ade orang meniaga.. jual buah2an.. makanan goreng2 pon ade.. penuh aje kedai tu sume... mang laku lah sape yang meniaga kat situ.. tak sabar nak balik umah.. nak bagi alif bear tu.. mesti dia suka nyer...

FriEndlY nGan JKPTG

ari nie ada game ngan JKPTG Putrajaya.. men kat Institut Latihan PETRONAS di Bangi..kami pegi naik bas RBL TAA. Bas gerak dari opis kol 1 lebih.. lam pejalanan tetiba bas begenti tepi.. ingatkan nape.. masing2 dok turun tengok.. rupa-rupanyer tayar belakang sebelah tepi pancit.. alamak aii... tapi still leh jalan lagi.. tapi tak boleh bawa laju.. oleh itu macam kura-kura lerrr... sampai R & R seremban kol 3.00 petang.. begenti makan jap..


tak boleh makan banyak.. kang pancit... so aku beli kuih pau.. ape lagi kalu bukan pau kaya.. my favouritooo.. hehehee.. sedap.. lembut.. kaya bukan men banyak lagi.. mia ngan cik sya makan nasi.. kol 3.30 kami meneruskan perjalanan ke bangi.. besar gak pusat latihan nie... pe tunggu lagi.. lari lah.. panas kan badan... semangat tu..


pasukan lawan sampai lambat... nak tunggu sorang-sorang sampai.. kol 5.30 tak start g.. terhegeh-hegeh.. hehee.. marah plak.. comel-comel jer budak JKTPG nie.. boleh tahan ganas gak diaorang nie main.. aku men masa pertama jerk.. masa ke-2 aku jadi referee bidang terjun.. bukan pandai pon.. tiup jerk visel tu..suka hati jek kan..


tak sia-sia usaha kami sume..akhir nyer menjadi juara.. 11 berbalas 3.. k lah tu kan.. team bola tampar lelaki pon sama hebat.. 4 set menang.. aku tengok budak lelaki ni men bola tampar tak penat pon.. 5 set tu.. leh pengsan dibuat nya.. teror2 plak tu.. bola sepak pon juara.. 7 berbalas 1..


tahniah di ucapkan pada semua pemain JKMN Melaka.. kekal kan prestasi anda suma.. semoga kita peroleh kemenangan di Sabah nanti... u all memang the best lah..