Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Thursday, April 7, 2011

operasi Belum ^_^




28 april nie hubby aku ade operasi belum.. tahun lepas dia tak pegi.. taun nie nak pegi plak.. kena tinggal lagi lah aku.. operasi nie 3 bulan jerk.. yang pasti sebelum puasa hubby aku dah balik sini..lama tu.. dok lam hutan plak tu.. jangan nanti bila dia balik aku plak tak kenal dia.. hahahaaa... geng-geng dia yang lepas kata syok pegi sana.. macam-macam pengalaman dapat.. tu yang hubby aku tak sabar nak pegi tu.. lebih-lebih lagi skang nie musim buah-buahan.. sabar je lah...
tapi diaorang kat hutan belum nie cantik... betul ker? aku nie tak pernah lagi sampai sana.. korang nie tau tak hutan belum tu kat ne.. tau..tau..tau.. heheheee... kita kongsi sikit pasal hutan belum nie...



Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!!!
mesti best kan.. bila lah aku dapat gi sana.. aku dah search kat google.. cantik tempat dia.. meh tengok gambar nie.. cantik-cantik tu....

bunga rafflesia pon ade kat sini..cantik kan..

air terjun yang jernih... best nie kalu dapat mandi

tengok tu... nyaman jerk...

0 comments:

Post a Comment