Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Thursday, March 22, 2012

kuIh DonaT

semalam tetiba jerk rasa cam nak wat donat... aku nie kalau bab wat kuih nie tak bape handal sangat.. biasa nak makan order jerk.. tak pon soh mak wat.. bila mak dah tak de.. nak makan pandai2 lah buat sendiri yea..

aku search kat internet.. dapat resepi.. so balik dari keja aku pi lah beli barang2 nyer... semangat nak wat kuih nyer pasal...

nie ler rupa nyer donut pusing aku.. tak pernah wat pon donat cam nie.. nie first time wat...

nie ler hasil nyer bila dah masak... sedap.. tapi tak bapa gebu.. huhuhuuu.. tak bape nak menjadi...len kali cuba lagi...

Wednesday, March 21, 2012

buaH maRkisa

tadi PM bagi aku buah markisa.. tapi ana tak tau buah markisa tu buah ape.. so ni aku nak kongsikan sedikit info pasal buah nie... ke korang pon tak kenal buah nie cam ner..

nie ler dia pokok buah markisa.. pokok dia hidup menjalar.. senang nak tumbuh pokok nie.. kalu berbuah lebat.. meloyot-loyot buah dia..sekali pandang macam buah terung pon ade.. nie masa buah tu muda lagi.. hijau berkilat.. cam ni tak masak lagi..

yang nie baru betul2 masak buah dia.. sedap tau.. manis..

isi dia macam nie lah.. korang pernah makan tak?..

Buah nie mempunyai serat yang tinggi. Kaya dengan vitamin C. Sape-sape yang nak kulit canti tak payah lah nak pi ambik injection Vitamin C.. buah nie pon dah bagus dah.. Bagi yang sedang berdiet tu.. buah nie elok untuk dimakan.. kalori pon rendah..

Buah markisa juga mengandungi zat besi, magnesium dan kalsium..

Tuesday, March 20, 2012

Mama aBang Nak AdIk!!!

semalam dok tengok tv.. anak aku biasa ler... nak tengok discovery ajerk.. pas tu tanya lah anak aku...

aku : tahun nie besday alif, alif nak aper?
alif : Mama abang nak adik.
aku : mak ai... tak de benda len lagi alif nak...
alif : abang nak adik.
aku : tunggu abah balik.. nanti mintak ngan abah..

maksu dia tengah makan pon leh tersedak dengar anak aku cakap macam tu..

sian gak aku tengok anak aku tu.. nak sangat adik.. sabar yea nak.. mama tak de rezeki lagi.. kalau mama tak gugur ari tu lagi 7 bulan lebih alif dapat adik dah...

RindU d ZamaN KanaK-kaNak..

kalau masa boleh di putar semula teringin nak jadi kanak-kanak semula... tak payah nak pikir pasal keja, nak cari duit, nak bayar hutang... kecik2 dulu mane pikir tu sume kan.. nak makan tau2 dah siap jerk.. tak payah pening2 pikir balik keja nak masak ape ari nie.. tak kan nak makan lauk yang sama jerk kan..

baju pon men campak jerk.. orang len yang basuhkan.. skang nie kalau men campak2 sampai tinggi menggunung pon baju tu masih kat situ gak..huhuhuhuuuu.. sape nak buat... sendiri mau ingat la..

malam tadi ajar alif mengaji.. teringat plak dulu2 jadi cikgu mengaji.. ramai gak anak murid aku... seronok ko ajar budak2 mengaji.. macam2 perangai..

dulu2 kalau ade budak2 nak wat keja sekolah.. panggil aku.. soh ajar.. macam cikgu plak.. diaorang soh lah aku jadi cikgu bila dah besau.. tapi aku tak minat.. aku nie garang.. kang tak pasal2 abis anak orang aku kerjakan..kalau dah tak nak tu macam2 alasan kan...

tapi masa zaman aku tak ramai orang perempuan yang sebaya ngan aku.. sepupu2 aku sume orang lelaki.. so ikut lah mane diaorang pegi petang2.. tangkap ikan, mandi sungai, main bola, main polis entry..budak2 ape tau..

tapi budak skang nie lagi advance.. kecik2 lagi dah pandai itu ini.. bahaya..


Thursday, March 15, 2012

HadiaH yaNg ku TeriMa..

seronok kan bila ade orang ingat masa besday kita nie.. ucapan hepi besday dari malam tadi sampai la nie.. tq pada kawan2 ku semua... hari nie besday aku sama ngan Pn. Irine.. pepagi lagi dia sampai dia bagi aku benda nie...

hiasan dinding dari porselin.. aku plak yang tak bagi ape2 kat dia.. huhuhuuu...

tengah hari tadi dapat nie plak dari kakak ku sayang... tq.. kalau dapat coklat ferero rocher lagi sodap...



toDay is My BesDay..

hi..

hari nie genap usia ku 30 tahun.. dah masuk 3 series dah.. umur tua tak pe.. yang penting muka jambu.. hehehehheee.. jgn marah yea... tahun nie sedih skit.. hubby tak de sini.. dah tu batery dia plak flat.. lansung tak dapat call dah... uwwaaa.....

tapi tak per... sebelum pergi latihan.. aku dah dapat hadiah nie... tq sayang..

dah lama tak beli handbeg... nie pon dah beratus gak..

ape-ape pon.. hepi besday to me... moga d permudahkan segala urusan.. amin..

impian pertama ku telah hancur lebur... mungkin bukan rezeki kami... after 3 months kena lah usaha lebih gigih.. huhuhuuu

lambat nyer nak tunggu 21 nie.. sebab my hubby balik dah... leh lah celebrate besday..

Friday, March 2, 2012

Jangan Berhenti Minum Susu

article from PA&MA magazine...

Amalan minum susu lazimnya beransur-ansur hilang apabila seseorang kanak-kanak itu sudah semakin membesar. Akan tetapi, ini bukanlah yang sepatutnya kerana susu perlu diambil seumur hidup.

Semua orang tahu bahawa susu merupakan makanan utama bayi sepanjang tahun pertama kelahirannya dan pengambilan susu ini masih lagi menjadi keutamaan beberapa tahun berikutnya. Bayi berusia di bawah 12 bulan perlu minum susu ibu kerana kandungan nutrien yang ada di dalamnya terbaik dan memang dicipta khas untuk mereka. Selepas itu, apabila sudah berusia lebih kurang dua tahun barulah kanak-kanak diperkenalkan kepada susu formula.

Pengambilan susu ini pula perlulah berterusan sehingga dewasa. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia mula meninggalkan rutin minum susu sedikit demi sedikit sebaik sahaja mereka sudah makan makanan pejal. Hal ini berlaku mungkin kerana susu hanya dianggap sebagai makanan untuk bayi. Jadi, apabila sudah pandai makan makanan lain, mereka sudah tidak perlukan susu.

Tanggapan ini nyata salah kerana susu sangat penting dalam kehidupan seharian semua orang terutamanya kanak-kanak sedang membesar. Untuk pengetahuan, susu merupakan sejenis makanan yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Susu mengandungi vitamin A, kumpulan vitamin B, magnesium, fosforus, zink dan kalsium. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak berfungsi sebagai pembekal tenaga.

Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak vitamin dan mineral yang terkandung dalam susu, kalsium menjadikannya begitu istimewa. Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh yang penting. Antaranya ialah untuk aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka. Selain itu, kalsium apabila bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium akan membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Ketahuilah bahawa manusia perlukan kalsium seumur hidup. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium berbanding orang dewasa. Kekurangan kalsium ketika proses tumbesaran menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mencapai ketumpatan tulang maksimum seterusnya boleh meningkatkan risiko mendapat osteoporosis apabila dewasa kelak.

Pengambilan kalsium secukupnya berupaya memastikan pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Kalsium paling senang diperoleh daripada susu dan produk tenusu. Kalsium susu paling mudah diserap dan diguna oleh tubuh. Kalsium tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Hal ini bermakna, kanak-kanak perlu mengambil susu dan produk tenusu setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mendapat 70 peratus kalsium mereka daripada susu lembu, 20 peratus daripada produk tenusu seperti keju dan 10 peratus daripada bijirin sarapan pagi.

Sekiranya anak anda tidak boleh mengambil susu lembu, berikanlah dia susu soya. Walau bagaimanapun, kalsium yang terkandung dan susu soya dan produknya tidak sebanyak yang ada dalam susu lembu melainkan ditambah semasa proses pengilangan. Tauhu merupakan sumber kalsium terbaik daripada produk hiliran soya.

Bagi kanak-kanak yang langsung tidak boleh minum susu lembu dan susu soya, alternatifnya ialah ikan-ikan yang boleh dimakan tulangnya seperti ikan sardin dan ikan bilis. Selain itu, mereka juga boleh mendapat kalsium daripada sayuran hijau, kekacang dan bijirin. Bagi yang ingin memberi anak tablet kalsium, anda mesti berjumpa pakar pediatrik terlebih dahulu supaya tahu kuantiti sebenar yang diperlukan oleh anak.

**** masalah nyer skang.. anak aku dah tak nak minum susu.. kalau air kotak dutch lady coklat dia minum.. milo dia minum.. soya dia minum.. susu putih x nak.. aku plak yang risau...

Buka akaun Tabung Haji sejak lahir


MELAKA: Umat Islam di negara ini, termasuk bayi yang baru dilahirkan disarankan membuka akaun di Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, ia sebagai persiapan berjimat cermat selain persediaan awal kepada penabung untuk menunaikan fardu haji ke Makkah pada masa hadapan.

Katanya, Melaka kini berjaya melaksanakan kempen mendaftarkan seramai 126,000 pelajar Islam sekolah menengah, rendah dan tadika membuka akaun dalam Tabung Haji.

“Hasil pendaftaran keseluruhan pelajar terbabit, nilai simpanan mereka kini mencecahkan RM106.37 juta.

“Daripada jumlah itu, 33,000 terdiri pelajar sekolah rendah dan tadika yang menyimpan RM17.7 juta manakala bakinya terdiri pelajar sekolah menengah dengan nilai simpanan sebanyak RM78.5 juta,” katanya di sini baru-baru ini.


Beliau berkata, kejayaan seramai 126,000 pelajar Islam ini mendaftar sebagai penabung adalah atas usaha kerajaan negeri yang menaja sebanyak RM2 untuk mereka.

“Pada tahun ini, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyumbangkan RM98,294 lagi bagi pembukaan akaun Kelab Taha Tabung Haji untuk 49,147 pelajar sekolah menengah dan rendah,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, sehingga kini, seramai 322,00 atau 64.14 peratus daripada 102,000 penduduk Islam di negeri ini menjadi pemegang akaun tabung haji dengan nilai simpanan sebanyak RM884.1 juta.

*** korang dah buka akaun Tabung Haji lom?.. aku wat potongan gaji bg akaun Tabung Haji untuk aku dan anak aku.. kalau tak potong terus belum tentu lagi aku menyimpan.. huhuhhuuuu...


Thursday, March 1, 2012

Makin Menghampiri...


kejap jerk dah bulan 3.. oh tidak....... tak sanggup nak menghampiri ke tarikh itu..... tarikh ape tu??? my besday lah.... tahun nie akan masuk ke angka 3.. tak de angka 2 da... huhuhuuuuuuu...
tapi tak pi umur tua tapi muka nampak muda.. walawehhhhh... puji diri sendiri plak....

macam tak percaya jerk dah nak masuk 30 tahun... rasa cam baru habis sekolah jerk.. alasan semata-sama.... tak sedar diri betul.. hihihiiii...

umur dah meningkat kena lah jaga kesihatan... kena ceria.. baru nampak muda kan...