Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Tuesday, March 29, 2011

boSan GilEr <(-0-)>

ari nie bosan giler.. bos dah lame tak masuk opis.. sakit.. nak buat keja pon tak de mood.. padahal banyak lagi keja yang boleh di buat.. aku dah bosan.. aku dah bosan.. aku dah bosannnnnn... macam hampeh jerk kan.. korang tak percaya.. mai sini..duduk kat bilik aku nie.. dah lah sorang2.. sejuk plak tu macam duduk dalam peti ais.. mengadap komputer dari pagi sampai petang.. komputer tu pon dah boring tengok muka aku yang cun nie. heheeee

ari-ari tengok surat.. dah jemu dah.. nak muntah pon ade.. macam-macam ragam.. tapi ari nie.. dah clear dah.. surat2 sume dah beres.. nak buat ape lagi.. bosan kan... (bape banyak bosan dah..) nak chatting.. internet kena sekat.. nak men game.. game yang same jerk.. bola gedik.. zuma.. intan permata.. macam budak2 jerk kan men game tu sumer..dah itu jerk yang ade lam komputer nie.. nak wat cam ner.. layan jerk lah.. yang pasti aku lah yang high score... dah aku jerk yang sorang men.. heheheheee

tapi bila bos ade.. tak plak rasa bosan.. ade jerk keja nak wat.. tau-tau nak balik dah.. pelik kan.. korang pernah rasa macam tu tak? tak pernah.. tipu lah.. macam tak percaya jerk..hah.. aku baru ingat.. sebab aper aku rase bosan semacam jerk.. komputer nie.. tak de speaker.. tak boleh nak layan lagu-lagu.. macam hampeh jek kan.. kedekut tol budak IT nie.. bagi aku komputer togel jerk.. orang syok dapat dengar lagu.. nie tak adil nie.. kena buat aduan rakyat nier.. heheheee..

sNek Yang BerKhasiaT..

kalau sebut perkataan snek.. orang akan cakap makanan yang tak berkhasiat.. membazir.. tak elok.. betul ker? tapi benda nie lah yang orang selalu cari.. baca buku, tengok tv, tengah buat kerja pon sempat lagi mengunyah snek.. betul tak? lebih-lebih lagi bile time stress... nak makan jerk kerja nyer.. makan plak men belasah jerk.. tau2 dah kekenyangan jerk.. tapi.. sedarkah anda... ape yang anda makan tu? berkhasiat ker?

Kebanyakan orang tidak mengambil snek atau makanan ringan di antara waktu makan utama kerana khuatir berlaku pertambahan berat badan. Pengambilan snek di kalangan kanak-kanak akan mehilangkan selera anak ketika menghadap hidangan utama. Walaupun gula dan garam adalah dua bahan penambah rasa yang tidak digalakkandiambil secara banyak, tetapi untuk snek ia dibenarkan asalkan dalam jumlah yang sedikit. Pengambilan gula dan garam semata-mata sebagai penambah rasa dan memenuhi cita rasa kita.

Banyak kajian mendapati makanan ringan di waktu tengah hari boleh merangsang keupayaan memori. Jika snek di ambil 3 kali sehari, ia boleh mengurangkan kandungan kolestrol dan menolong mengurangkan berat badan. Satu kajian turut mendapati bahawa pengambilan snek 2 jam sebelum bersenam boleh meningkat stamina dan keupayaan atletik.

Ada juga yang berpendapat snek dapat menolong mengawal selera dan mengurangkan pengambilan makanan pada waktu malam. Bertentangan dengan sesetengah pendapat yang mengatakan snek boleh menyebabkan kegemukkan. Dengan pengambilan berpatutan, snek sebenarnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa lapar sepanjang masa.

Khasiat atau tidak itu bergantung kepada jenis dan kuantiti snek yang anda ambil. Ada yang gemar mengambil biskut yang lebih banyak khasiat dan kurang ramuan tambahan berbanding makanan ringan dalam bungkusan yang penuh dengan manisan dan garam. Ada juga gemarkan coklat, gula-gula atau kek. Apa pun, makanan ringan sememangnya menyeronokkan dan memberi ruang untuk anda rehat sebentar dari kerja harian.

Jika anda uruskan diet anda dengan baik, apa salahnya meletakkan makanan ringan salah satu dalam diet anda. Fikirkan!

Mati ditikam ayah mabuk

SERDANG: Angkara menegur bapa yang dipercayai mabuk dan berbogel di depan rumah, seorang pekerja kilang berusia 20-an maut selepas ditikam orang tuanya itu dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Sungai Emas, Banting, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Razak Kumar meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah ditikam di dada.

Difahamkan, bapa mangsa berusia lewat 40-an baru pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum bertindak menanggalkan pakaiannya menyebabkan mangsa menegur perbuatan bapanya itu.

Namun, padah menimpa apabila bapanya itu menikam Razak menggunakan pisau.

Setakat ini, polis masih belum dapat mengesahkan dari mana suspek mendapat pisau berkenaan, malah senjata itu juga tidak ditemui di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, bapa mangsa naik berang sebaik ditegur lalu bertindak menikam dada anaknya itu dengan pisau.

“Akibat tikaman itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Suspek yang menyedari kejadian itu bertindak melarikan diri. Kejadian itu hanya dimaklumkan orang awam kepada polis kira-kira jam 9 malam.

“Polis bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam.

Menurutnya, Mohd Adnan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Beliau berkata, suspek yang melarikan diri ditangkap kira-kira jam 11 pagi semalam di sebuah stesen minyak di Teluk Panglima Garang, kira-kira 15 kilometer dari tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari mulai semalam.

*
*
*
*
*
*
*
*
macam-macam skang nie kan...sebelum nie kita sering dengar anak bunah emak / bapa.. la nie bapa / mak plak yang bunuh anak... sedih betul.. ape nak jadi dengan orang zaman sekarang.. dah tak boleh nak fikir.. mane yang baik dan mane yang buruk..

Monday, March 28, 2011

akTiF 5

ade sape-sape tengok rancangan AktiF 5 di Saluran TV2 Jam 9.00 malam setiap hari Ahad.. biasa ler bila ari ahad masing-masing berebut nak tengok cerita kegemaran masing-masing.. nak tengok Mentor di TV3 lah.. nak tengok cerita tu lah.. nie lah.. pening dibuat nyer.. kena tambah lagi TV gamak nyer.. tapi sape yang pegang remote dia lah yang berkuasa. hahahahaa...

korang nie tau tak aktif 5 tu rancangan ape? tak tau? ish..ish..ish.. sedih nyer.. nak tau cite ape..hah mai sini.. aku nak habaq sat..

**************************************

Program yang berteraskan muzik di samping menerapkan unsur humor, Aktif 5 dipancarkan secara langsung dari Studio 1, Angkasapuri Kuala Lumpur yang bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam menerusi saluran TV2 dan Saluran Astro 180 Muzik Aktif.

Rancangan yang mencerminkan masyarakat majmuk rakyat Malaysia ini disiarkan untuk 13 episod Ahdan Salleh yang bertindak sebagai pengacara.

Seramai lima orang peserta akan mengambil bahagian pada setiap minggu yang mewakili komposisi kaum di Malaysia selain persembahan diiringin oleh kumpulan pemuzik seramai lima orang.

Program ini dibahagikan kepada lima pusingan termasuklah pusingan Irama & Lagu, Rentak Berentap, Tukang Muzik, Ajuk Sakan dan Satu-Satunya.

Pusingan Irama & Lagu dimana lima lagu akan dimainkan oleh band secara instrumental dan lima peserta perlu menyanyikan serangkap senikata lagu tersebut dan meneka tajuk lagu berkenaan.

Lagu yang dimainkan adalah ciptaan tempatan seterusnya semua peserta akan melangkah ke pusingan ke-2 pula. Markah akan diberikan kepada peserta yang boleh menyanyikan dan meneka lagu.

Setiap minggu satu tarian daripada satu kaum di Malaysia akan dipilih untuk dipersembahkan menerusi pusingan Rentak Berentap. Semua peserta dikehendaki menyertai kumpulan rentak berentap secara bergilir-gilir yang melibatkan seorang perekatari dan lima orang penari. Empat peserta terbaik akan mara ke pusingan ke-3.

Pusingan Tukang Muzik pula mengajak penonton bersama-sama peserta menghayati lagu yang akan dimainkan sebagai panduan. Empat peserta akan membuat cabutan menentukan ‘alat muzik’ yang akan digunakan dari alat muzik contohnya peralatan dapur yang boleh mengeluarkan bunyi. Pemarkahan diberikan kepada peserta yang ada “sense of music” dan boleh mengikuti rentak yang dimainkan. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan mara ke pusingan seterusnya.

Manakala menerusi pusingan Ajuk Sakan, sebuah band akan dipimpin oleh tiga pemimpin secara bergilir mengikut lagu. Semasa latihan, peserta akan diperdengarkan dengan lagu-lagu untuk dipilih yang akan digunakan semasa peserta menjadi pemimpin. Pemarkahan akan diberikan mengikut gaya dan bunyi muzik. Dua peserta akan mara ke pusingan berikutnya.

Pusingan akhir akan melihat gelagat dua peserta secara bergilir-gilir mempersembahkan bakat tersendiri bermain alat muzik sambil bernyanyi secara solo. Satu alat muzik sahaja atau apa-apa peralatan boleh digunakan sebagai muzik iringan. Peserta terbaik akan menjadi juara episod berkenaan.

Menariknya setiap peserta boleh meminta bantuan seorang penonton di studio untuk membantu di dalam membuat persembahan. Contohnya menjadi penyanyi latar, penari, rakan duet atau bermain alat muzik.

*****************************************
hah cam ner? dah tau dah cite ape.. aku paling suke bila time rentak berentap.. memang kelakar giler.. yang joget kuda kepang, joget selamat datang, hari semalam joget kipas.. siap ade yang pegang kipas terbalik pon ade.. kalu korang tak caye.. bukak lah cite nie ari ahad nie.. mang kelakar giler...

aLif N JongkanG JongKit

ari ahad ari tu.. boring giler.. tak tau nak pergi mane.. nak jalan malas.. panas2 nier.. tengah dok masak kat dapur teringat plak nak pegi spital.. tengok mak.. lagi bagus.. tol tak? menu ari tu masak nasi lemak + sambal kerang + telur dadar.. nak goreng ikan tak sempat dah.. dah kol 11.00 pagi.. alasan jerk kan.. breakfast pon lambat.. aper2 hal makan dulu sebelum pegi jalan.. makanan panas lagi.. tu yang sedap makan...

kol 12.00 t/h gerak ke spital melaka. ari ahad parking banyak kosong... kalu hari kerja.. kena wat 3 pusingan baru dapat parking.. tak suke betol.. oleh kerana hubby ade.. dia lah yang bawa keta.. heheeee.. parking pat biasa ler.. sampai2 lom boleh masuk lagi.. waktu melawat kol 1.00 ptg.. leceh toll.. sementara nak tunggu kol satu dok lah lepak kat bawah tu dulu.. alif plak lagi pandai.. nampak ajer mainan kat playground tu.. ape lagi dia usha2 lah abah nyer...

alif yang merajuk.. tak dapat nak main mainan.. ape tak nyer.. ngah panas2 buta nak main..
sesi pujuk memujuk pon bermula..

akhir nya... dapat gak main..

lebau senyum yea.. mentang2 dapat main... kan panas tu!!

tu dia.. terkangkang anak aku duduk atas jongkang jongkit nie..

zaman dulu2...

nak story pasal zaman kecik-kecik dulu...

dulu masa kecik2... kami sekeluarga hidup susah.. mak tak keja.. abah keja noreh getah.. umah kecik jerk.. elektrik tak de.. pakai lampu minyak tanah dan pelita.. air paip lagi lah tak der.. angkut air dari perigi.. bayang kan.. masa tu saya budak lagi.. angkat air satu baldi..terjengket2 angkut air tu..

pergi sekolah pepagi mandi air perigi.. perigi depan umah jerk.. sejuk jangan cerita ler.. sampai ke tulang.. duduk beratur ngan suar pendek.. abah tolong cedok dan simbah kan air.. pergghhh... rindu betol nak mandi perigi lagi.. skang nie nak cari air perigi pon susah.. kadang2 perigi nya ade tapi air nyer tak de dah.. dah jadi perigi buta..

orang gi sekolah naik keta / moto.. tapi aku ngan abg n akak aku naik basikal tua jerk.. abah aku yang anto g sekolah.. gelap2 lagi dah pegi.. ye lah pas tu abah aku nak g noreh plak.. kadang2 jalan kaki jerk.. jauh.. lalu dalam pokok getah.. gelap..takut nyer jangan cerita ler.. pegi sekolah bawa duit 2o sen / 30 sen.. masa tu nilai dia besau.. boleh beli nasi lemak+air atau pon kuih+air.. skang nie leh dapat ker?..

aku merasa masak pakai dapur kayu dan dapur arang.. paling tak boleh aku lupe ialah.. masak nasi hangit.. cepat2 pergi tanam belakang umah..takut mak marah nyer pasal... budak2 ape tau.. ape yang ade sume nyer nak masak sendiri.. macam teror sangat..

basuh baju plak pakai tangan.. tak de washing machine nie.. yang lemah nyer bila basuh seluar jeans.. dah lah berat.. sampai naik hancur tangan nie.. tangan aku nie dah lah sensitif.. alah ngan sabun.. tapi kami di ajar untuk buat sendiri.. jangan jadi pemalas..

hasil didikan mak n abah.. akhir nya.. aku berjaya melanjutkan pelajaran ke UiTM.. Tak pernah terlintas di hati aku dapat sambung belajar.. selalu tengok tv bila konvo campak2 topi.. macam seronok jerk.. bila dah rasa.. memang betul... masa nak pegi U menangis.. tak nak pegi... bila dah duduk sana tak balik pulak..hehehee.. seronok..

tapi... bila lah aku dapat sambung belajar lagi.. otak pon dah beku nie.. dah lama tak service.. bila dah keja ngan ada anak nie.. tak de semangat nak belajar.. malas jerk rasa nyer.. nak wat cam ne erk??

Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

**** semakin canggih dunia.. semakin manusia lupa diri...renung-renung kan...

Friday, March 25, 2011

keKasiH GelaP kU...

***karok time.. this song for today...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang ku cari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

Ooh...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

aNak aKu yaNg BaIk...

hari nie anak aku wat perangai.. habis satu botol bedak dia tuang kat lam bilik.. patut lah bau wangi semacam jerk... mase tu aku ngah dok leka sms.. nampak dia masuk bilik.. aku panggil.. senyap jerk.. aku toleh tak de.. rupa-rupa nyer dia ngah duduk bagus men bedak... habis putih tikar.. ngan dia2 skali dah rupa orang len dah.. hadoiii aiii... aku pandang dia... dia boleh gelak plak... sabar jerk lah...

tak caye!! mai korang tengok gambau nie.. ape dah jadi...


tikar lam bilik.. abis penuh bedak..

mane nak lari tu..


muka orang tak bersalah...


cantik kan mama!!
*** moral of the story.. jgn letak benda2 nie suma kat tempat rendah.. memang jahanam dia kerjakan...

:: haRi iNi ::

ari Nie keJa.. haRi jumaat Rugi Kalu amIk cuti.. biasa ler.. pepagi lagi dah dapat mesej daRi boS.. aRi nie Bos mC laGi.. saKit laGi abg aJi aku Nie.. seMoga Bos cePat semBuh.. bos Rehat Lah Yea.. kaMi kat Sini Leh Handle SumenYer.. ceWahhh..

biaSe Ler bila dah 2 hari Cuti.. tu dia... banyak nyer surat yang tak Key In laGi.. peLan-pelaN kayUh... dah Kol 9.30 pagi.. kring..kring..kring... alamak... orang MAB dah nak sampai... bos tak De.. pegawai yang len pon tak de.. aku lah yang kena entertain diaorang nie.. 3 orang lelaki.. aku sorang pompuan.. malu plak rasa nyer... tetiba jek.. heheheeee..
MAB Stand for Malaysian Association For The Blind..mereka nak melebarkan sayap nyer ke melaka... persatuan nie menyediakan bantuan dalam bentuk latihan kepada golongan OKU Penglihatan untuk hidup berdikari.. yang bagus nyer.. persatuan nie sendiri yang akan datang masuk ke kampung-kampung untuk mendekati masyarakat dalam membantu dan memperkenalkan aktiviti / program yang dianjurkan oleh persatuan ini.. tiada yuran yang akan dikenakan... bagus kan.. so, pada sape2 yang ade adik beradik, saudara mara yang mengalami
masalah OKU Penglihatan boleh lah mengikuti program ini.
perut dah kriok..kriok.. nie... dah kol 11.15... tak makan lagi.. lapau giler.. dapat berita yang menyedihkan plak.. dua pupu aku meninggal dunia... nak balik ari nie tak bawa keta plak.. semoga roh nya ditempatkan di samping orang-orang yang beriman.. al-fatihah..

Monday, March 21, 2011

daH taK de Hati g!!!!

tadi cik syah datang opis kejap.. pas tu dia gi tau ade friendly ari nie kat STB SL. Ape? Petang Nie? maRah Nie.. naPe diaOrang tak G tau nGan akU.. cik sYah aJak peGi.. taPi aku daH laH tak baWa BajU.. naK baLik MerlImau patah balik ke Opis... Petang pegi STB SL.. BuaNg duit minyak keta aku Jerk.. bukan nyer leh claim pOn...

yang aku sakit ati tu.. nape tak bagi tau awal2... suke last minute baru nak g tau.. tapi petang nie ujan lebat.. padan muka.. dah tak de ati lagi nak men bola Jaring.. cik syah siap g tau petang nie ada jurulatih import.. sape tak datang nama digugurkan.. baguih la macam tu.. leh aku mengandung... (family planning....)

pegi sabah nanti semata-mata men karom jerk.. dok lame.. buang karen jerk kan.. menyampah betul lah.... sepatutnya satu team kena bagi kerjasama.. tapi nie tak.. geng2 dia jerk... bila dah tak de orang baru cari kita.. tak suke nyer...

Rindu Memaksa Ku Menyayangimu..

tetiba jerk teringat lagu nie.. lagu nie mengingatkan aku kat budak2 umah sewa dulu.. ima, nomi, nurul dan umi.. masa tu kami tengok tv cite pe ntah tak ingat tajuk dia.. tapi cite pasal eja yang buta kena cecair yang digunakan untuk mencuci gambar.. fahrin yang bagi mate dia kat eja.. ala cam cite korea tu.. best tau cite nie.. sedih giler..

rindu betul kat korang sumer.. bila kita leh jumpa nier dan karok same2... nak karok lagu aper? lagu nie lah.. aper lagi.. satu.. dua.. tiga..

Rindu Memaksa Ku Menyayangi Mu

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

1
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

2
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

( ulang 1, 2 )


Friday, March 18, 2011

HadIah.. (",)..

tentarang... nie lah hadiah yang aku dapat... tak sangka... selama aku keja kat jkmn melaka nie lah hadiah first yang aku dapat sempena besday aku.. ade juga orang yang ingat kat aku...exspecially...to him.. thank you very much darling... tau2 jerk aku suka coklat.


dapat call dari akak aku.. kata ade hadiah.. soh aku amik.. tu yang tak sabar nak g opis.. balik dari exam aku terus naik atas...tgk2 ade hadiah nie.. syok giler... (macam tak pernah dapat hadiah plak.. heheheee). tengok bungkusan pon aku dah tau..my favourite tu..


coklat nie sedap... baru makan 3 ketul.. ade lagi... sayang nak makan sumer... bleh cam tu.. lepas nie sape plak nak bagi aku hadiah.. sila2 kan lah... kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan.. heheeee

LuLus Ke x?

semalam pepagi buta lagi aku dah kuar umah.. bersemangat nak amik peksa.. sepanjang jalan dari merlimau hingga umbai.. aku je sorang2 kat jalan raya tu.. dah lah gelap.. takut pon ade.. bukan men tinggi lagi aku buka lampu.. terang skit... sampai2 kat serkam.. alangkah terperanjat nyer aku.. tetiba nampak satu lembaga besau yang terdampar kat tepi jalan.. betui2 kat tepi devider.. bila dah dekat baru nampak ngan jelas... seekor lembu besau yang dah mati terkankang kat situ.. sian kat lembu tu.. sape lah yang langgar dia... tak pasal2 jadi mangsa langgar lari.. heheheee.. nasib baik aku buka lampu tinggi.. kalu tak aku tak perasan.. jalan kat situ gelap..

aku sampai kat opis tepat2 kol 6.30 pagi.. ahmad tak sampai lagi.. lam 10 minit dia pon sampai... gerak dari opis menuju ke HQ JKMM. Kami begenti di R&R Nilai.. pi makan nasi lemak pak cik yang glamour kat situ.. sampai2 nasi tak siap lagi.. dok kejap tunggu.. lam 5 minit siap dah.. cepat2 aku beratur.. sekejap pan jer dah ramai yang beratur.. mang laku lah nasi lemak pak cik tu.. harga pon boleh tahan... sedap plak tu..

perut dah kenyang... sambung perjalanan.. biasalah masuk KL jalan bukan men jammed lagi.. aku sampai HQ JKMM kol 8.35 pagi. Masa kat lif aku saing ngan En. Edwin.. En. Edwin baik.. peramah plak tu.. dia ingat aku nak lapor diri.. hehehee.. sampai kat atas tengok dah 2 orang sampai.. dari Kedah dan Terengganu.. Yang amek peksa nyer kami bertiga je lah.. yang len tak datang.. exam start lambat..

puan siti zarina ketua pengawas.. baik.. siap buat latihan lagi.. yang tah tahan tu.. bukan men laju lagi orang yang baca text tu.. macam keretapi.. "Thank you very much for your letter dated 21st Januari 2011 regarding purchasing the printers...." tak habis salin dah masuk perenggan yang seterusnya.. ape lagi.. aku tambah ayat sendiri jerk.. suka2 hati je kan.. tak kan nak biar lompong.. tu pun ade yang aku kosong kan.. ishhhh.. tetiba jerk cam tak pandai nak buat.. padahal dulu dah pernah buat dah.. okey jerk.. mungkin sebab dah lama tak buat kot.. asyik amik minit bahasa melayu jerk.. tapi amik minit pon catit yang penting jerk. nie tak. kena taip seketul2 ayat yang dia baca.. tension jerk..

tak tau ler keputusan nyer nanti.. kalu tak lulus kena lah amik lagi.. sedih betul...

Tuesday, March 15, 2011

exam rintas B.I

Besok aku ade exam rintas BI kat HQ. dah lama tak amik dictation BI. dulu zaman2 U dah amik dah.. lulus dah... tapi bila masuk keja.. sape2 yang ade dipoloma office management n technology dari uitm.. tak kira.. orang kata pon tak laku lah... sape2 yang dari Poly jer senang2 dapat elaun dwibahasa.. tak aci kan.. padahal benda yang sama jerk..
tapi baru skang.. diploma nie di terima pakai dalam JPA.. budak2 baru masuk lah untung.. masuk2 terus gred N27 dan gaji pon besau.. masa aku dlu gred N17 gaji sama cam PT jerk.. buat permohonan kat SPA ngan UiTM pon tak dilayan... tapi orang wat dapat plak.. tu yang aku tak paham tu...
tapi ape2 pon skang dah okey lah.. dap buat opsyen.. tapi yang geram tu sampai skang aku nyer surat pengesahan dalam jawatan tak dapat lagi.. lembat tol diaorang nie wat kerja.. dari bulan 8 sampai la ni.. tak de aper2.. bila telefon kata dah buat.. dalam proses... tak kan proses sampai berbulan2...
hopefully esok dapat buat dengan jayanyer.. kalau lulus leh dapat elaun dwibahasa... amik 80 w.p.m dapat RM 85.00 inggit... banyak gak tu.. sape nak bagi... semoga semuanyer berjalan dengan lancar... mintak2 orang yang baca text tu biar lah orang melayu.. kalu dapat orang len paham2 jerk lah.. kadang2 dia cakap dengan slang dia... tu yang tak bape nak faham.. ape yang dia sebut...
esok kol 6.30 dah gerak dari opis.. keta ngan pemandu pon dah booking.. nasib baik dapat.. kalu tak kena pergi sendiri.. aku mane tau jalan pegi sana.. mau sesat kang... dah lah tak pernah bawa keta sesorang masuk KL.. kalu ade geng tak pe lah gak.. exam start kol 9.00 pagi.. aku rasa 1 jam jerk exam nie... pas habis leh balik umah... heheeeee

VoiCe Call.. Free...

hari tu aku dapat mesej dari hotlink. " selamat hari jadi! Nikmati panggilan suara Maxis ke Maxis PERCUMA. Ganjaran Hotlink untuk pelanggan setia kami. " jangan jelous yea..
so semalan pepagi buta lagi aku dah call hubby aku.. skali aku dengar suara aweks.... "ini adalah peti perhidmatan suara hotlink.. sila tambah nilai anda untuk panggilan seterusnya.." hah!! amik ko... sekali aku nyer kredit dah expired. tak top up lagi.. heheeheee... tu lah excited sangat kan... benda free... tu yang laju jerk..
terpaksa lah aku topup kat maybank2u.. nasib ade duit lagi.. hehehehee... kalu tak rugi lah... dah dapat panggilan free.. guna kan sebaik-baik nyer.. sampai panas telinga.. oleh kerana dah boleh guna tpon tu.. ape lagi.. tangan nie pon menggatal lah nak mendial nombor2 tipon yang ade.. dah tak de keja.. cari keja lah tu..
kalu hari2 dapat panggilan percuma kan bagus.. jimat skit... tapi sape nak bagi.. jangan berangan yea!!!!

naK maKan aPe?

hari nie... sejuk... kat opis nie macam dah duduk dalam peti ais.. tahap beku nyer.. sampai dah biru kuku kaki tangan aku.. bila dah sejuk nie.. perut cepat lapau.. nak makan jer keja nyer... mane tak tembab.. heheeeee... hah lah.. mau tak nyer.. dah lah dok sorang2 kat bilik nie.. nak cakap ngan saper.. bos pon tak de.. kalau tak leh gak men mate.. hahaaaaa
keja pon dah siap.. tak kan nak pergi kacau orang plak.. kang tak pasal2 aku kena bambu.. tak nak aku.. baik aku dok diam2 kat sini.. leh gak aku update blog aku nie.. lagi baguihh... betul tak?
tapi t/hari nie nak makan ape erk? makan lagi? nak pegi dusun ari nie tak de jual makanan goreng2.. mai care menu yang sama jerk. jemu plak.. mahal plak tu.. nak kuar malas.. kang nak masuk kena bayar parking lagi.. (padahal singget jerk.. kedekut tolll)
tapi... tapi lagi... kalu dapat makan makanan yang macam nie kan bagus...
*
*
*
*
semestinya.. soto ayam kegemaranku...

skali-skala cuba bihun lakna pon best gak nie.. tengok gambar jer dah mcm sedap jerk...

bihun sup ker...

sup ayam pon ok gak.. panas2 plak tu.. perggghhh..

tom yam campur ker...

*
*
*
sedap nyer... dah terliur dah nie... ade saper2 yang nak kuar tak? nak kirim... plzzzzzzzzz

HePy BeSdaY (",)`~

hePy beSdaY to Me... hePi besDaY to Me.. hepi besDay to Me... hepi besdaY to Yatt.. alhamdulillah.. ari nie genap usia ku 29 tahun... semoga ape yang diimpikan akan menjadi kenyataan.. insya allah..
eeee.. kejap ke dah 29 tahun.. tahun dpan 30.. oh tidak.. dah nak capai angka 3... umur je tua.. tapi orang nyer mude lagi.. hahahaa.. puji diri sendiri nampak nyer... sape lagi nak puji kan...
tahun nie.. sedih lah..hubby tak de sini.. tak pat celebrate same.. tunggu dia balik nanti.. tapi malam tadi dah tipon.. k lah tu.. tq hubby.. nasib baik ingat.. kalu tak mang nak cari nahas la tu.. heheheee...
ape hadiah tahun nie? masih lagi rahsia... tak suke nya.. nak berteka-teki.. what ever lah... janji ade hadiah.. daripada tak pat lansung kan..

Monday, March 14, 2011

maKluMaN PenTing!!!!!!

pagi nie aku baru terima surat daripada JAIM.. bila baca.. alangkah terperanjat nyer aku... nak tau ape dia..

"penarikan sijil pengesahan halal semua cawangan italy bakery dan d'fresh food industries".. sijil halal ini ditarik balik kerana tidak mematuhi syarat2 pensijilan halal malaysia yang ditetapkan... tarikh berkuatkuasa penarikan balik sijil halal ialah pada 3 Januari 2011.. untuk makluman lanjut boleh layari laman web jaim.melaka.gov.my

hah kau... sebelum nie.. mang slalu pegi beli kek kat kedai nie.. kek dia sedap.. macam2 design ade.. baru plan nak g tempah kek kat kedai nie tuk besday aku esok.. dah tau.. tk jadi ler jawab nyer.. kena lah beli kek kat kedai lain..

pada kawan2 sume.. sila ambil perhatian yea.. jangan bila dah tau.. nak juga pergi beli kat kedai nie..

akhir nyer...

game start kol 12 t/h.. so aku sempat lah memasak kat umah.. lagi pun tinggal mak n ayah aku je kat umah.. lepas siap masak aku siap2 ke Rbl Taa.. aku bawa alif skali.. tak kan nak tinggal kan kat umah.. tak de sape nak jaga dia..

sampai2... diaorang dah start men bola tampar.. dart n karom tak lagi.. dok lah men karom saje2.. papan licin.. jentik pelahan pon dah laju pegi.. kena pandai control..

aku men single ngan mix.. single aku kalah.. anak aku dah mengamuk.. tak boleh nak pay attention dh.. tapi mix aku menang.. jgn marah..


letih gak.. walaupun duduk jerk.. lenguh tangan2 nie..kena berlatih lagi nie.. saingan hebat2.. nie bru negeri sembilan.. negeri2 lain belum tau lagi cam ner.. tak boleh jadi nie.. tinggal 3 bulan je lagi..

jaWaPan YaNg HaMPeh!!!!

ari tu aku ade mohon kursus secara online kat INTAN.. kursus asas protokol dan etiket sosial bil. 2/2011 di IKWAS pada 11-14 april 2011. ari tu aku check.. "sedang diproses".. k lah... tak kisah sangat.. skang nie nak kursus kena cari sendiri.. nak tunggu dari HQ mang susah sebab kebanyakkan nyer untuk "S". yang state nyer kursus mang tak leh pegi.. jabatan kena bayar.. tak de budget.. sedih kan..

Objektif kursus nie :-
  • Menggunakan prinsip-prinsip asas teori dan amalan pengendalian protokol majlis sosial dan pengurusan diri
  • Mengurus majlis dan tugasan harian dengan lebih berkesan berpandukan amalan etiket sosial dan protokol
  • Lebih berkeyakinan dan bersikaf positif terhadap kebolehan, gaya dan personaliti
  • Memerapkan nilai-nilai unggul di kalangan penjawat awam selaras dengan keperluan sektor awam dan negara di alaf baru

*****************************

tapi hampeh betul... tadi aku check skali lagi.. nak tau ape jawapan dia..

senarai kursus yang dipohon di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Johor


Nama Kursus

Mula Kursus

Tamat Kursus

Status

Kursus Asas Protokol Dan Etiket Sosial Bil. 2/2011

11/04/

11

14/04/

11

Tidak Berjaya



Friday, March 11, 2011

" bIAsAn "

Aku suka lagu nie.. kalu buka radio sinar fm mesti ada lagu nie.. lagu lama2 kan syahdu... jiwang lah plak... hikhikhik.. nak tau lagu ape.. jom kita karok sama2..

*
*
*
*
*
*
*

Biasan


Biasan kaca itu
Tersenyum memandangku
Membongkar satu noda
Menghiris satu jiwa

Memaksa senyum madu
Dibalik raut lesu
Tersingkap impianmu
Dicemar janji palsu

Aku yang bersalah
Janji takku endah
Terperangkapku dengan bisikannya
Bebaskanlah aku
Dari dibelenggu
Dari pintu kaca yang bermadu
Bantulah diriku
Arah mana satu
Memecah pintu balik kaca ohh...

Ku cinta dia
Bayang wajahmu
Genggam bersama
Cinta itu

KenaPa PeTaNg nIe!!!

pepagi aku bangkit dari tidur... tgk handphone aku dua mesej.. sape lah yang mesej aku pepagi buta nie... oohhhh no.... awat lah tak habaq awal2...nape nak wat petang nie.. aduhai... cam dah tak de hari lain jerk.. dah lah dah 2 mgu tak training.. tiba2 jerk rasa cam malas nak men bola jaring.. padahal berkobar2 nak pegi sabah..heheeee..

petang nie kol 5.30 petang ada friendly ngan ikbn di stb sl.. jauh plak tu.. bawa jerk lah baju spare.. kalu rasa rajin kang aku pegi.. kalu malas.. balik umah terus..

macam2 di pikir kan... redah je lah.. hopefully sume nyer berjalan dengan lancar.. kemenangan pasti milik kita (JKMN Melaka) macam confirm jerk menang. heheheeee

Thursday, March 10, 2011

pRogRam JeJarI bestaRi


hahaaaa.. baru puas hati aku... akhir nyer.. leh upload gambar dah....k skang ni nak story pasal satu program lagi nie yang wat kg. kilang berapi lagi. program nie berlansung pada hari yang sama dengan majlis mesra muhibah.. tgk tu.. sume nak posing... aku gak tak pat bgmbar..


jeng2... akhir nyer.. terselit juga gambar aku yang cun nie.. hahaha... jgn marah yea.. dah kenyang makan ape lagi.. posing lah.. syok tau dapat lepak2 kat pangkin nie... nikmati angin sepoi2..


hah... nie lah hasil kerja makcik2 kat kg. nie.. cantik kan.. kreatif.. kalu aku yang tangan tak berseni nie buat mau lunai reben tu aku kerja kan... buat nie perlu sabar dan teliti.. kalu tak sabar mang tak jadi..


masa nie saja nak menyibukkan diri menolong potong kacang botol.. tgk tu kak kiah.. awat nyer tutup mata.. masuk habuk ka.. cik pah hati2 kang terpotong jari plak..

KaRoM...

hari sabtu nie ada perlawanan persahabatan antaran JKMN Melaka dan JKM Negeri Sembilan.. acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola tampar, dart dan karom.. acara nie di buat di RBL TAA.. waktu cuti plak tu.. malas rasa nyer nak pergi..

kalu nak tau.. aku masuk men karom.. kdg2 pas waktu kerja aku ngan cik pah berlatih men karom.. tok guru nyer ialah bai...bila ari2 berlatih cam dah teror jer main.. bila seminggu skali men rasa cam pengkau plak tangan aku nier.. tak boleh jadi nie...

dulu masa kecik2.. mang selalu men karom ngan budak2 kg.. aku lah juara.. ceh... berlagak lah plak.. heheee... dulu ape tau.. main jentik je.. tau2 masuk.. lansung tak tau pasal undang2 men karom cam ner.. skang nie tau lah skit2... daripada tak tau lansung kan..

*
*
*
*
*
*

jom kita tengok ape undang2 men karom nie...


1 PENENTUAN MULA

Untuk menentukan siapa yg membuat pemecahan buah terlebih dahulu, duit syiling akan dilambungkan atau cara lain yg difikirkan sesuai. Proses yg sama akan dilakukan jika perlawanan penentuan berlaku.

Penyusunan biji karom bagi setiap set sebelum pemecahan dibuat akan dilakukan oleh pengadil iaitu di dlm suatu susunan yg telah diselaraskan.

2 PERMAINAN BIJI KAROM HITAM/PUTIH/MERAH

Pemain yg dibenarkan membuat pemecahan pertama akan menggunakan biji karom berwarna putih, manakala lawannya menggunakan biji karom berwarna hitam.


Pada mana-mana set 1, 2 atau 3 biji karom merah tidak akan digunakan dan akan dikeluarkan sebaik sahaja selepas pemecahan pertama dilakukan.


Pada pusingan kedua, pihak lawan akan membuat pemecahan seterusnya menggunakan biji karom berwarna putih. Jika permainan berterusan kepada rubber set, undian semula akan dibuat untuk menentukan pemain yg akan memulakan pemecahan menggunakan biji karom putih.

3 KEDUDUKAN PEMAIN

Dalam acara perseorangan, pemain hendaklah duduk bertentangan dan dlm acara beregu pula pemain dari pasukan yang sama hendaklah duduk bertentangan. Tempat duduk hendaklah bertukar dipusingan kedua & perlawanan penentuan. Dalam permainan beregu, pemain menukar tempat duduknya mengikut sebelah kanan.

4 GILIRAN MEMUKUL

Dalam acara beregu, giliran memukul adalah mengikut sebelah kanan (arah lawan jam).

5 DENDA BERAMARAN

Pemain yg melakukan kesalahan ketika bermain, akan diberikan amaran serta denda oleh pengadil. Pemain yg telah diberi amaran sekali oleh pengadil boleh dikenakan denda dengan sebiji karom. Biji karom yg didenda akan diletakkan di tengah-tengah bulatan papan karom oleh pengadil. Kesalahan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

(i) Merokok semasa perlawanan dijalankan;

(ii) Pemain merehatkan tangan di atas papan karom atau melintas garisan penjuru (anak-anak panah kedua-dua belah) ketika membuat pukulan;

(iii) Pengalihan biji karom dengan cara tidak sengaja (akan diletakkan semula oleh pengadil dan tindakannya adalah muktamad);

(iv) Menganggu pihak lawan ketika permainan berjalan;

(v) Mengalihkan kerusi semasa permainan;


Kedudukan pemukul di atas satu garisan atau separuh bulatan (moon) apabila membuat pukulan.


6 DENDA SERTA MERTA

Kehilangan giliran dan denda sebiji karom yg akan diletakkan dipusat bulatan oleh pihak lawan atau pengadil akan dibuat dalam keadaan berikut:

(i) Pemukul (striker) masuk ke dalam lubang.

(ii) Memukul biji karom di dalam keadaan tidak boleh dipukul secara terus iaitu yg terletak di atas garis panah/bulatan bulan di bawah garisan pemukul pemain yg mengambil giliran;

(iii) Pemukul/tangan/pakaian/mana-mana bahagian badan pemain menyentuh biji karom semasa dalam permainan.


7 BIJI KAROM TERKELUAR DARIPADA PAPAN KAROM

Jika biji karom terkeluar daripada papan karom tidak kira samada biji karom itu pihak lawan atau biji karom pihak yg membuat pukulan, biji karom itu akan dimasukkan semula & diletakkan di pusat bulatan. Jika biji karom lain berada dibulatan ini maka biji karom itu akan diletakkan di atas biji karom itu. Maksud keluar meliputi atas bingkai papan karom. Jika biji karom keluar atas bingkai papan dan meniti masuk ke dlm lubang maka kemasukkan itu tidak di kira. (Kena keluarkan semula).


8 BIJI KAROM BERPUSING (ROLLING SEED) SDB.

Jika terdapat sesuatu biji karom dalam keadaan berpusing (rolling position) atau keadaan-keadaan lain atas papan karom, biji karom itu hendaklah dibiarkan seperti dalam keadaan ia berada.

Setiap pukulan yg melepasi dua garisan atau terkena mana-mana biji karom yg sah akan dikira sebagai telah dipukul.


MajLIs PerPisaHan ;(

taRikH : 4 MaC 2011
Masa : 9.00 pagi
temPat : OffICe

seperti biasa setiap ari jumaat ada baca Yasin. pas tu wat skali majlis perpisahan untuk Cik Fadzilah (Timbalan Pengarah) dan Cik Diana Loh (PKM).. majlis berjalan dengan lancar.. penuh satu bilik mesyuarat..

fisrt skali mesti lah bagi bos berucap dulu... bukan men panjang lebar g.. penuh dengan ayat2 sastera.. aku pon tak pandai nak bersastera nie..

second cik dila plak berucap.. penuh syahdu.. hingga menitis air mata.. buat cik dila tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat.. kami akan terasa kehilangan cik dila.. tiada pengganti lagi setakat hari nie.. cik dila second bos yang sangat baik.. boleh bawa berbincang..

last skali diana.. biasalah org cina cakap ada lintang pukang.. ayat tak tersusun.. budak2 nie jahat.. asyik gelak kan dia jer.. tak baik tau.. selamat bertugas ke tempat baru..

perut ku dah menyanyi2... bau makanan dah menerpa ke lubang hidung.. lambat lagi ke abis.. dah lapar nier.. lepas semua ketua bahagian bagi ucapan..sesi penyampaian hadiah... tak tau ape yang diaorang beli.. yang pasti untuk cik dila mesti handbag.. huhuhhhu

menu hari nie bukan men lagi.. nasi lemak yang sedap lagi banyak.. baru RM1.20.. terkenal di duyong.. ayam goreng.. kuih donat.. roti canai pun ade.. asam pedas..karipap.. pergghhh.. banyak tu.. ape lagi.. jom lah makan...

*** harap maaf yea.. gambar2 yang disnap tak boleh nak diupload.. lepas nie giliran sape plak..

Wednesday, March 9, 2011

Majis Mesra Muhibah Komuniti Kg. Kilang Berapi

date : 3 Mac 2011
time : 9.00 pagi
venue : kg. kilang berapi
perasmian oleh : Y.B. Senator Dato' Sri Sharizat Abdul Jalil

actually pepagi aku dah pegi ke dewan ithnin.. ade penyampaian bantuan.. tetapi staf pkmd jasin n merlimau kerek bangat.. sombong plak tu... orang dtg nak tolong.. tapi tak bagi.. en. zaman datang menyelamatkan keadaan... dia ajak pegi tolong kat program satu lg..
aku pon bergerak lah ke kg. yang dimaksudkan.. aku pon orang kampung kilang berapi gak.. kg. nie besau tak tau umah yang mane satu... diorang cakap kat sekolah dang anum.. masa lalu kat sekolah tu dah nampak khemah2...
kat situ jalan kecik.. nak parking mang susah.. aku soh fadhli yang parking kan keta aku.. sampai2 diaorang ngah sibuk memasak... tapi kami sampai pegi makan dulu.. perut dah lapau.. bihun goreng + kuih muih yang sedap2... makan plak dok santai kat atas pangkin... mang best giler lah...
makcik2 kat situ ngah sibuk membuat reben bunga.. mang kreatif.. cantik... pandai diaorang buat... haraf maaf gambar tak boleh nak diupload yea... kalu tak leh aku tunjuk kan hasil kerja diaorang nie...
tukang2 masak diimport jauh dari RSK Cheng, STB SL dan dibantu dengan staf yang lain.. macam nak buat kenduri kahwin.. menu nye ari nie kari kambing, asam pedas daging, ayam goreng, masak lemak pucuk ubi, sayur kubis+so'on, ikan kering, sambal belacan, buah.... mang sedap... rugi sape tak datang...
semua tetamu dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan... Y.B. Senator Dato' Sri Sharizat Abdul Jalil sampai dalam kol 2.. mase tu lah macam2 orang menyibuk kan diri dengan agenda masing2...
kol 3 lebih aku angkat kaki... nak balik pon manyak masalah.. tk boleh nak kuar... keta dok tengah jalan... depan aku van RTM.. sampai mengamuk pak cik tu... satu dah selesai... kat atas bukit tu plak keta dok kiri kanan jalan.. tak lepas nak lalu.. dengan kudrat lelaki.. diaorang angkat keta tu ramai2 tolak ketepi.. masa lalu kat situ perlu hati2.. muat-muat je keta aku lepas... lega...
letih badan.. dengan cuaca yang panas terik... mencabar betul.........

MaCam2...

dah lama tak update blog nie.. bukan aper.. internet kat sini ade problem.. banyak benda yang di story kan.. tapi tak boleh nak upload gambar.. geram jerk!! tak tau ler ape masalah nyer.. dah lah lembab giler.. berjanggut nak tunggu..
dah lah sume nyer nak di blok nyer.. nak tunggu waktu lunch baru leh buka.. tak suker nyer... nama je melaka maju.. tapi talian internet nyer tak maju lagi.. hampehh..

dari hari tu lagi.. rasa nak baling jer komputer nie ke bawah... kang tak de komputer susah plak nak wat kerja.. aduhai... tulunnnnnnnnnnnnn...