Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Tuesday, November 30, 2010

KHASIAT BUAH-BUAHAN..

Anda suka makan buah.. tahukah anda khasiat yang terkandung dalam buah yang anda makan tu.. ataupun main telah jerk janji sedap.. (samalah cam aku. hehehehe)

Tahukan anda, buah boleh turunkan berat badan... kalau tak percaya jom kite tengok khasiat buah-buahan nier..

1. Limau
Kajian mendapati buah limau mengandungi asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren
Berbanding dengan buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal (hijau / merah) sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 % berbanding dengan orang yang tidak mengamalkannya.


4. Beri
Buah dari kumpulan beri adala antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92 % air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut teransang.

6. Anggur
Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

** amalkanlah pemakanan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet anda

0 comments:

Post a Comment