Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Tuesday, August 7, 2012

SipUt SedUt MasaK LemaK


dah lama rasanyer tak makan siput sedut.. tetiba jerk ari tu nak makan.. aku soh en. hubby pi beli.. nasib baik ade.. aku wat masak lemak.. kang wat lemak cili padi anak aku plak tak boleh makan.. pedas.. kalau ade sayur keladi lagi sedap kan...

Bahan-bahan :
  • 1 kg Siput sedut
  • 1 biji kelapa mesin - perah wat santan
  • 2 btg serai - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji bawang besar  - ditumbuk
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam + perasa 
Cara-cara :
  • kerat hujung siput dan basuh hingga bersih
  • panaskan periuk
  • masukkan bawang putih + bawang merah + serai + santan + serbuk kunyit
  • kacau.. pastikan api perlahan dan jgn sampai pecah santan
  • masukkan siput + garam + perasa
  • kacau hingga mendidih.. dan siap..

2 comments:

amieda said...

bestnye siput sedut

yatt said...

lain kali nak wat goreng berlada plak..

Post a Comment