Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Thursday, July 14, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz


semalam cite baru start.. sweet la hai..  suke tgk.. ketawa sorang2.. tak sabar nak tgk sambungan hari in..

Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz

Drama Sayangku Kapten Mukhriz mengisahkan tentang seorang ustaz. Kapten Ustaz Mukhriz lakonan Raja Afiq adalah seorang yang tidak ingin bercinta apatah lagi untuk berkahwin. Dia merasakan bahawa dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk menjadi ketua keluarga.
Berbeza pula dengan Dr Ariana Dahlia (Niena Baharun) yang jenis suka main redah untuk memastikan setiap hajatnya tercapai. Hendak dijadikan cerita, Dr Ariana sudah jatuh cinta tahap meroyan pada Kapten Ustaz Mukhriz dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta Kapten Mukhriz. Dia sering menghantar SMS dan sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Kapten Mukhriz.

Mula timbul gosip bahawa Dr Ariana ingin meminang Kapten Mukhriz selepas dia menghantar bunga ke kem. Rupanya dalam diam Kapten Mukhriz ini memang ramai peminat antaranya Kapten Aliza dan Siti Awina. Tetapi dalam masa yang sama Kapten Mukhriz ini bertemu pula dengan gadis idamannya bernama Rabiatul Adawiyah.


Apa akan terjadi kepada Doktor Ariana bila mendapat tahu bahawa Kapten Mukhriz telah pun mempunyai gadis idaman? Adakah dia akan terus memenangi hati si jejaka idaman itu atau mengalah begitu sahaja?

0 comments:

Post a Comment