Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Wednesday, September 5, 2012

WakTu TerBaik MinuM air MasaK


Air merupakan sumber terpenting untuk diberikan kepada tubuh badan kerana dapat memberikan tenaga kepada kita dalam melakukan tugas-tugas setiap hari. Pakar kesihatan juga menyarankan agar kita mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air masak setiap hari kerana dapat membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita.

Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.

Air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Waktu terbaik untuk minum air masak

  • minum segelas air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur.
  • minum air masak sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.
  • minum air masak sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama.  
  • minum air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.
  • minum air masak 30 minit sebelum menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit. Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak.

0 comments:

Post a Comment