Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Monday, October 1, 2012

BajEt 2013

jumaat hari tu adalah pembentangan bajet 2013.. aku tak dengar pon.. tunggu berita jerk lah aper kesudahannyer.. hari sabtu surat khabar laku macam goreng pisang panas... pepagi lagi suma dah abis gara2 masing2 nak tau cerita selanjutnya pasal bajet 2013.

kat sini aku nak share skit ngan korang pasal bajet 2013 yang dibentangkan :
  • BRIM 2.0
 RM500 untuk untuk setiap isi rumah bergaji RM3,000 dan ke bawah.. Bagi penerima brim yang lepas tidak perlu memohon untuk kali-2.. bagi yang baru nak mohon jangan lupa isi borang mulai bulan Nov nie.. pembayaran akan dibuat awal tahun hadapan. Bagi individu bujang 21 tahun dan keatas bergaji tidak lebih RM2,000 pula akan mendapat RM250 seorang. Untung lah orang bujang... aku juga tak merasa BRIM nie..
  • BONUS
Satu setengah bulan gaji kakitang awam. 1/2 bulan gaji dibayar pada Aidilfitri lalu.. 1/2 bulan gaji pada bulan Disember dan 1/2 bulan gaji lagi pada Januari.. Pesara pula terima RM500.. syukur alhamdulillah.. rezeki anak-anak...
  •  RM100
Bantuan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.. untung budak skang.. kita dulu2 tak de pon bantuan..
  • REBAT RM200 TELEFON PINTAR 3G
Bagi belia 21-30 tahun bergaji RM3,000 ke bawah menerusi Pakej Komunikasi Belia.. wah ape lagi mai pakat2 tukar hp baru...
  • PELEPASAN CUKAI
Daripada RM4,000 kepada RM6,000 bagi pendidikan tinggi anak-anak. Daripada RM3,000 kepada RM6,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional.. 
  •  PTPTN
Diskaun 10-20% bagi bayaran balik..
  • BAUCAR BUKU MAHASISWA
Naik daripada RM200 kepada RM250.. 
  • PESARA KERAJAAN
Pencen minimum yang berkhidmat 25 ke atas naik kepada RM820 berbanding RM720
  •  TENTERA
125,708 Pegawai dan anggota dapat Insentif Khas RM200 sebulan mulai 1 Jan 2013.. 224,000 bekas tentera yang bersara awal, berkhidmat kurang 21 tahun dan tidak berpencen dapat RM1,000.. kepada my hubby tahniah yer.. leh bagi lebih tahun depan.. ahaks...
  • INSENTIF NELAYAN
Elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan, perlindungan isurans RM100,00

2 comments:

Unknown said...

akk ni layak dapat yg mana satu agaknye yek???

yatt said...

wah kak zu.. byk tu.. BRIM2.0.. BONUS.. Wah masyuk ler...

Post a Comment