uiiii... segar nyer buah tomato nie.. i like.. buah nie makan macam tu pon sedap... banyak khasiat buah nie.. korang tau tak ape khasiat nyer.. cer citer...
Tomato kaya dengan zat besi, serat 
 serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan  
badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, 
kalsium dan mineral garam. Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati 
pigmen merah pada kulit  tomato mengandungi lycopene yang dikatakan 
mampu mengurangkan risiko  barah prostat di kalangan kaum lelaki. 
Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk 
kesihatan badan. Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan 
kulit. 
Tomato  berkesan untuk mengecilkan liang roma, 
mengurangkan  masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen 
penyejuk juga mampu  menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk 
menghapuskan minyak  berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan 
kulit kusam dan  mengembalikan keremajaan kulit. 
Masa muda2 dulu aku rajin lah buat masker kai tomato nie... lebih2 lagi kalu nak bagi jerawat cepat kering.. senang jerk...buang kulit dan biji tomato.. lecek / tumbuk sampai lumat.. pas tu sapu kat muka.. biar kering... pas tu bilas sampai bersih.. kulit rasa segar, tegang dan licin.. kalau ade jerawat besar2 tu memang akan terasa pedih.. wat seminggu 2 atau 3 kali.. memang nampak hasilnyer.. 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment