IPOH 26 Jun - Bunga pakma atau Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia lazimnya ditemui mempunyai lima kelopak.
Bagaimanapun, spesies hibrid betina fauna berkenaan ditemui memiliki 
10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri 
Royal Belum, Gerik dekat sini, Sabtu lalu. Tumbuhan parasit tersebut ditemui seorang pekerja Perbadanan Taman 
Negeri Perak ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian menyelia 
kawasan berkenaan.
Pengurus Perbadanan Taman Negeri, Iylia Ainuddin berkata, penemuan 
bunga itu yang dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies R. 
azlanii dan R. cantleyi telah disahkan sebagai yang pertama di dunia.
*** sungguh indah ciptaan tuhan..... 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment