2 3 hari nie perut aku rasa tak bape sedap.. duduk tak kena.. baring tak kena.. diri tak kena.. tido malam pon tak lena.. risau gak aku.. nak bersalin dah ker.. aku baru 7 bulan.. setelah aku menggoogle.. oh... belum tiba masa nyer lagi.. antara tanda-tanda awal nak bersalin adalah :
1. Show
 Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir 
ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu 
tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini 
mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses 
bersalin.
 2. Kontraksi
 Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling 
kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi 
sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari 
semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya 
anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau
 bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda 
mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5
 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.
 3. Air ketuban pecah
 Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar 
dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar 
seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna 
hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih 
berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, 
sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan
 lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan 
kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan 
air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, 
untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa 
ingin membuang air kecil.
  Amaran!!!
 Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun 
anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang 
bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi
 perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda 
mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak 
mengalami tanda awal bersalin.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment