Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Thursday, November 17, 2011

si TuDung TwEEt

malam tadi cam bosan jerk.. cite kat tv pon ntah aper2 jerk.. tergerak plak hati aku tekan info kat tv9.. cerita Si Tudung Tweet kol 8.30 mlm... macam best jerk.. kena tengok nie...

:: SINOPSIS SI TUDUNG TWEET ::

Telefilem menarik arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.

Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai!

Zubaidah sanggup bergaduh dengan Marissa hanya kerana seorang lelaki..dah lah poyo.. jahat plak tu.. tak suka tau.. heheheee...sape2 yang tak tengok malam tadi.. rugi...

0 comments:

Post a Comment