Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Friday, December 2, 2011

BeDah ToNg GaS

korang tengok tak cite nie hari rabu lepas kol 8.30 malam di tv9.. best ko.. terkekek-kekek aku tengok cite nie sorang2.. sampai meleleh air mata..

Bedah Tong Gas mengisahkan tentang Bedah, berumur 27 tahun dan menjalankan perniagaan menjual tong gas di kampungnya. Walaupun hanya menggunakan motosikal tiga roda untuk menghantar tong gas, Bedah tidak ketinggalan untuk mengembangkan perniagaannya melalui laman blog www.bedahtonggas.blogspot.com dan juga mempunyai laman facebook yang menggunakan nama “Bedah Cun”.

Bedah sering diganggu oleh pemuda-pemuda yang menjadi rakan facebooknya. Dia akan membuang nama-nama pemuda yang sering mengganggunya menerusi facebook. Malahan Bedah pernah mogok menutup kedainya selama seminggu dan membuatkan penduduk kampung yang kehabisan gas terpaksa masak menggunakan kayu api.

Pemuda yang sering mengganggu Bedah termasuklah Zamri anak Lebai Kulop dan Ucop. Mereka pernah menyamar menjadi pemuda kaya dan berkenalan dengan Bedah dalam Facebook. Bukan itu sahaja, mereka sangggup menelefon Bedah tengah malam dan memberitahu kedainya meletup. Tanpa diketahui orang, Bedah telah jatuh hati dengan Lebai Kulop yang menggunakan ID sebagai Jejaka Tong Gas di dalam Facebook.. apakah kesudahan nya? kenalah tengok cite nie.. tapi yang dah terlepas tu kena tunggu siaran ulangan.. itu pon kalu ade. hehehehee..

0 comments:

Post a Comment