Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Wednesday, December 28, 2011

SUATU MALAM KUBUR BERASAP

sabtu lepas adalah masa untuk tengok wayang.. kami tengok cite nie.. suatu malam kubur berasap..

Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap:- Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja.

Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung. Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola.

Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya.

nak tau lebih lanjut kena lah tengok cite nie.. best giler...kelakar..

nie tiket kami yea.. tak bape ramai pon

posing dulu sebelum masuk..

abah nyer mengurut dia pon nak urut gak...

sempat lagi anak aku men game.. pandai ke tu ...

0 comments:

Post a Comment