b4 this aku tak pandai nak makan buah nie... tapi sejak cuba2 rasa.. sedap plak buah nie.. lebih2 lagi simpan dulu dalam peti ais bagi sejuk.. potong dua pas tu guna sudu tuk makan.. memang sedap giler.. kalau betul2 masak buah nie tak de lah masam.. manis gak.. banyak khasiatnya.. 
Vitamin C
 Vitamin C merupakan agen anti oksida yang dapat melindungimu  dari 
terdedah kepada  ancaman radikal penyakit , seperti barah dan sakit 
jantung. Selain itu, khasiat yang terdapat di dalam buah kiwi ialah 
dapat mencegahmu daripada penyakit Parkinson dan Alzheimer.
 Mata sihat
 Bukan sahaja lobak merah yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Buah 
kiwi juga dapat membantumu mendapatkan mata yang sihat kerana ia 
mengandungi Lutein dan Vitamin A. Lutein dapat membantu mata dalam 
penyerapan cahaya biru yang merosakkan mata, dan dapat mencegah 
degenerasi makula iaitu penyakit  yang boleh menyebabkan kebutaan kepada
 golongan dewasa dan mereka yang berumur 55 tahun ke atas.
 Penghadaman protein
 Buah kiwi dapat membantu dalam penghadaman protein tubuhmu. Kamu perlu 
tahu bahawa penghadaman protein yang  tidak baik boleh menyebabkan 
pengeluaran toksin dalam badan dan boleh menyebabkan masalah seperti 
pertambahan berat badan, masalah badan berbau, dan juga nafas berbau.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment