Islam sebagai agama  yang syumul tidak meninggalkan sesuatu amalan atau perkara melainkan ia  membimbing kita kepada apa yang bermanfaat dan menjauhkan kita dari apa yang  memudaratkan. Antaranya ialah amalan ziarah kubur di mana Islam telah memberikan  sejumlah adab yang perlu kita perhatikan, iaitu:
  
 [1] Membetulkan Tujuan  Ziarah Kubur.
 Tujuan ziarah kubur  ialah supaya ia memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang  diziarah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam  bersabda:
  
 ŁُŁْŲŖُ ŁَŁَŁْŲŖُŁُŁ
ْ Ų¹َŁْ Ų²ِŁَŲ§Ų±َŲ©ِ  Ų§ŁْŁُŲØُŁْŲ±ِ، Ų£َŁŲ¢ ŁَŲ²ُŁْŲ±ُŁْŁَŲ§، ŁَŲ„ِŁَّŁُ ŁُŲ±ِŁُّ Ų§ŁْŁَŁْŲØَ، ŁَŲŖُŲÆْŁ
ِŲ¹ُ  Ų§ŁْŲ¹َŁْŁَ، 
  
 ŁَŲŖُŲ°َŁِّŲ±ُ Ų§ْŁŲ¢Ų®ِŲ±َŲ©َ، ŁَŁŲ§َ  ŲŖَŁُŁْŁُŁْŲ§ ŁُŲ¬ْŲ±ًŲ§.
  
 Dahulu aku telah  melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya  ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari  Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji  dan batil.
  
 Oleh kerana itulah kita  turut dibolehkan menziarahi kubur orang bukan Islam kerana yang dikehendaki  ialah manfaat bagi penziarah dan bukan yang diziarah. Abu Hurairah  radhiallahu ‘anh menerangkan:
  
 Ų²َŲ§Ų±َ Ų§ŁŁَّŲØِŁُّ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁَّŁُ  Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ ŁَŲØْŲ±َ Ų£ُŁ
ِّŁِ ŁَŲØَŁَŁ ŁَŲ£َŲØْŁَŁ Ł
َŁْ ŲَŁْŁَŁُ.  
  
 ŁَŁَŲ§Łَ: Ų§Ų³ْŲŖَŲ£ْŲ°َŁْŲŖُ Ų±َŲØِّŁ ŁِŁ Ų£َŁْ  Ų£َŲ³ْŲŖَŲŗْŁِŲ±َ ŁَŁَŲ§ ŁَŁَŁ
ْ ŁُŲ¤ْŲ°َŁْ ŁِŁ ŁَŲ§Ų³ْŲŖَŲ£ْŲ°َŁْŲŖُŁُ ŁِŁ Ų£َŁْ Ų£َŲ²ُŁŲ±َ  ŁَŲØْŲ±َŁَŲ§ 
  
 ŁَŲ£ُŲ°ِŁَ ŁِŁ ŁَŲ²ُŁŲ±ُŁŲ§ Ų§ŁْŁُŲØُŁŲ±َ  ŁَŲ„ِŁَّŁَŲ§ ŲŖُŲ°َŁِّŲ±ُ Ų§ŁْŁ
َŁْŲŖَ.
  
 Nabi shallallahu 'alaihi  wasallam pernah ziarah ke kubur ibunya lalu baginda menangis dan orang-orang  di sekeliling baginda turut menangis. Maka baginda bersabda: “Aku pernah meminta  izin Tuhanku untuk meminta ampun kepadanya namun aku tidak diizinkan. Aku pernah  meminta izin kepada-Nya untuk ziarah kuburnya dan aku diizinkan. Maka ziarahlah  kubur kerana sesungguhnya ia mengingatkan kalian kepada  kematian.”
  
 Berdasarkan hadis di  atas dapat kita pelajari bahawa:
 -  Dibolehkan ziarah kubur  orang bukan Islam.  
-  Dilarang berdoa kepada  ahli kubur orang bukan Islam.  
-  Tujuan ziarah ialah  mengingatkan penziarah kepada kematian. Sekali lagi, tujuan ziarah ialah supaya  memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah.  
Jika seseorang itu  ingin memberi manfaat kepada ahli kubur yang muslim seperti berdoa dan  menghadiahkan pahala, dia boleh melakukannya di mana jua. Ini kerana yang akan  mengabulkan doa dan memberikan pahala ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan  Allah boleh melakukan semua itu tanpa mengira di mana lokasi jenazah.
  
  
 [2] Tidak Melakukan  Perjalanan Jauh Untuk Ziarah.
 Oleh kerana tujuan  ziarah kubur ialah memberi manfaat kepada penziarah dan bukan yang diziarah,  Islam melarang kita daripada melakukan perjalanan jauh semata-mata untuk ziarah  kubur. Ini kerana mana-mana kubur berhampiran dengan tempat bermastautin  seseorang sudah cukup untuk dijadikan sebagai amalan ziarah.
 Dalam konteks yang  lebih luas, Islam melarang kita dari melakukan perjalanan jauh untuk tujuan  ibadat melainkan perjalanan ke tiga lokasi: Masjid Nabawi di Madinah, Masjid  al-Haram di Mekah dan Masjid al-Aqsa di Palestin. Apa-apa perjalanan jauh selain  ke tiga lokasi mulia tersebut adalah dilarang, termasuklah perjalanan ke kawasan  perkuburan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi  wasallam:
  
        Ada pun perjalanan  selain itu, seperti dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga, ziarah ahli  keluarga, mengambil iktibar dari kesan kemusnahan umat yang lalu dan melancong  mengecapi keindahan alam ciptaan Allah, ia tidak termasuk dalam perbincangan  hadis. Dalilnya adalah amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan  para sahabat pada zaman baginda, mereka lazim melakukan perjalanan kerana  dakwah, jihad, menuntut ilmu, berniaga dan menziarahi ahli keluarga. Ada pun  perjalanan demi ibadat, mereka tidak melakukannya melainkan ke tiga masjid yang  utama di atas.
 Hikmah terbesar  larangan di atas ialah untuk menutup sebarang pintu-pintu kesyirikan yang  mungkin berlaku di kalangan umat Islam, seandainya di antara mereka ada yang  menyakini sesuatu lokasi umpama perkuburan, masjid dan lain-lain memiliki  keberkatan lalu melakukan perjalanan semata-mata ke sana untuk  beribadat.
  
  
 [3] Tidak Melakukan  Perayaan Di Perkuburan.
 Perayaan adalah satu  sambutan di mana orang-orang berhimpun pada tarikh tertentu dan kadangkala ia  diulang-ulang pada kekerapan tertentu, umpama setiap tahun. Islam melarang kita  dari menjadikan perkuburan atau amalan ziarah kubur sebagai satu perayaan.  Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
  
 ŁŲ§َ ŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁُŁŲ§ ŲØُŁُŁŲŖَŁُŁ
ْ ŁُŲØُŁŲ±ًŲ§  ŁَŁŲ§َ ŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁُŁŲ§ ŁَŲØْŲ±ِŁ Ų¹ِŁŲÆًŲ§ ŁَŲµَŁُّŁŲ§ Ų¹َŁَŁَّ ŁَŲ„ِŁَّ ŲµَŁŲ§َŲŖَŁُŁ
ْ  ŲŖَŲØْŁُŲŗُŁِŁ ŲَŁْŲ«ُ ŁُŁْŲŖُŁ
ْ.
  
 Jangan jadikan  rumah-rumah kalian seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat  perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai  kepadaku di mana jua kalian berada.
  
 Rasulullah  shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling mulia sepanjang  zaman. Nah! Jika kita dilarang menjadikan kubur Rasulullah shallallahu  'alaihi wasallam sebagai tempat perayaan, sudah tentu kubur-kubur lain turut  dilarang untuk dijadikan tempat perayaan.
 Merujuk kepada hadis di  atas, saya menjemput para pembaca yang dirahmati Allah sekalian untuk merenung  semula amalan ziarah kubur pada pagi Hari Raya Aidil Fitri. Sedar atau tidak, ia  sebenarnya adalah satu perayaan di mana kaum keluarga berhimpun pada pagi 1  Syawal setiap tahun di perkuburan kaum keluarga yang tersayang. Perayaan seperti  ini dilarang oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
  
 Hadis di atas memiliki  beberapa pengajaran lain yang tidak kurang penting:
  
 -  Dianjurkan membuat  sambutan perayaan di dalam rumah dengan kekerapan tertentu di mana kaum keluarga  berhimpun untuk saling bertanya khabar dan mengeratkan silraturahim. Tarikh ini  tidak terhad kepada 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri) dan 10 Zulhijjah (Hari Raya  Aidil Adha) tetapi boleh diperluaskan kepada tarikh-tarikh lain yang dianggap  sesuai bagi semua kaum keluarga.  
-  Boleh berselawat kepada  Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana jua kita berada kerana ia  akan tetap sampai kepada baginda. Amalan “kirim salam kepada Rasulullah” yang  dititip kepada para jama’ah haji dan umrah adalah amalan bagi orang yang tidak  memiliki ilmu dalam agama.  
 
  
 [4] Mengucapkan  Salam.
 Apabila memasuki  kawasan perkuburan Muslim, ucapkanlah salam kepada mereka. Rasulullah  shallallahu 'alaihi wasallam telah mengajar beberapa ucapan, salah satu  darinya ialah:
  
 Ų§ŁŲ³َّŁŲ§َŁ
ُ Ų¹َŁَŁْŁُŁ
ْ Ų£َŁْŁَ Ų§ŁŲÆِّŁَŲ§Ų±ِ  Ł
ِŁْ Ų§ŁْŁ
ُŲ¤ْŁ
ِŁِŁŁَ ŁَŲ§ŁْŁ
ُŲ³ْŁِŁ
ِŁŁَ 
  
 ŁَŲ„ِŁَّŲ§ Ų„ِŁْ Ų“َŲ§Ų”َ Ų§ŁŁَّŁُ  ŁَŁŲ§َŲِŁُŁŁَ Ų£َŲ³ْŲ£َŁُ Ų§ŁŁَّŁَ ŁَŁَŲ§ ŁَŁَŁُŁ
ْ Ų§ŁْŲ¹َŲ§ŁِŁَŲ©َ.
  
 Salam sejahtera ke atas  kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami  insya-Allah akan  menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi  kalian.
  
  
 [5] Tidak Mengucapkan  Perkataan Yang Keji Dan Batil.
 Ini sebagaimana  penghujung hadis yang telah dikemukakan sebelum ini:
  
 ŁُŁْŲŖُ ŁَŁَŁْŲŖُŁُŁ
ْ Ų¹َŁْ Ų²ِŁَŲ§Ų±َŲ©ِ  Ų§ŁْŁُŲØُŁْŲ±ِ، Ų£َŁŲ¢ ŁَŲ²ُŁْŲ±ُŁْŁَŲ§، ŁَŲ„ِŁَّŁُ ŁُŲ±ِŁُّ Ų§ŁْŁَŁْŲØَ، ŁَŲŖُŲÆْŁ
ِŲ¹ُ  Ų§ŁْŲ¹َŁْŁَ، 
  
 ŁَŲŖُŲ°َŁِّŲ±ُ Ų§ْŁŲ¢Ų®ِŲ±َŲ©َ، ŁَŁŲ§َ  ŲŖَŁُŁْŁُŁْŲ§ ŁُŲ¬ْŲ±ًŲ§.
  
 Dahulu aku telah  melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya  ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari  Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji  dan batil.
  
 Perkataan keji dan  batil terdiri dari tiga jenis:
 -  Berbicara urusan dunia  seperti naik turun harga saham, kenaikan harga barang runcit dan petrol, urusan  pejabat, urusan keluarga dan lain-lain. Semua perbicaraan ini akan menjauhkan  penziarah dari tujuan ziarah, iaitu “…melembutkan hati, menitiskan air  mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat.” Perkataan seumpama ini  menzalimi diri penziarah itu sendiri.  
-  Mencela, mengkritik dan  menyebut aib jenazah yang dikebumikan di perkuburan itu. Perkataan seumpama ini  menzalimi jenazah dan dosa kesalahan akan kembali kepada penziarah itu sendiri.  Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:   
 
 ŁŲ§َ ŲŖَŲ³ُŲØُّŁŲ§ Ų§ŁŲ£َŁ
ْŁَŲ§ŲŖَ ŁَŲ„ِŁَّŁُŁ
ْ  ŁَŲÆْ Ų£َŁْŲ¶َŁْŲ§ Ų„ِŁَŁ Ł
َŲ§ ŁَŲÆَّŁ
ُŁŲ§.
  
 Jangan mencela  orang-orang yang sudah meninggal dunia kerana mereka sudah sampai kepada apa  yang mereka lakukan.
  
 -  Berdoa kepada jenazah,  meminta sekian-sekian hajat dan perlindungan dengan harapan jenazah dapat  memakbulkan doanya atau jenazah memberi pengaruh kepada Allah agar Allah  memakbulkan doanya. Ini menzalimi Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana doa  adalah hak Allah, kepada Allah jua kita memanjatkan doa dan kepada Allah jua  kita mengharapkan ia dikabulkan.  
 
  
 [6] Tidak Memakai Kasut  Atau Selipar.
 Rasulullah  shallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat seorang lelaki yang berjalan  di antara kubur dengan memakai sepasang kasut, lalu baginda  menegurnya:
  
 "ŁَŲ§ ŲµَŲ§ŲِŲØَ Ų§ŁŲ³ِّŲØْŲŖِŁَّŲŖَŁْŁِ  ŁَŁْŲَŁَ Ų£َŁْŁِ Ų³ِŲØْŲŖِŁَّŲŖَŁْŁَ."
  
 ŁَŁَŲøَŲ±َ Ų§ŁŲ±َّŲ¬ُŁُ ŁَŁَŁ
َّŲ§ Ų¹َŲ±َŁَ  Ų±َŲ³ُŁŁَ Ų§ŁŁَّŁِ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ Ų®َŁَŲ¹َŁُŁ
َŲ§ ŁَŲ±َŁ
َŁ  ŲØِŁِŁ
َŲ§.
  
 “Wahai pemilik kasut  al-Sibtiyyah!  Celakalah engkau! Lemparkanlah kasut al-Sibtiyyah engkau  itu.”
 Maka lelaki itu menoleh  lalu tatkala mengenali yang menegur itu ialah Rasulullah shallallahu 'alaihi  wasallam, dia membuka kedua-dua kasutnya itu dan  melemparnya.
  
 Oleh itu apabila  berjalan di antara kubur atau di celah-celah kubur, tanggalkanlah kasut atau  selipar. Jika kawasan perkuburan itu tidak sesuai untuk berjalan tanpa alas  kaki, maka memadai berdiri di tepi kawasan kubur. Ini kerana manfaat ziarah  kubur dapat diperolehi oleh penziarah dengan berdiri di tepi perkuburan, tidak  semestinya di tengah-tengah perkuburan.
  
  
 [7] Tidak Solat Di  Kubur.
 Sebagaimana  perbincangan dalam catatan yang lepas, kita dilarang dari mendirikan solat di  kubur kecuali solat jenazah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam  bersabda:
  
 Ų§Ų¬ْŲ¹َŁُŁŲ§ ŁِŁ ŲØُŁُŁŲŖِŁُŁ
ْ Ł
ِŁْ  ŲµَŁŲ§َŲŖِŁُŁ
ْ ŁَŁŲ§َ ŲŖَŲŖَّŲ®ِŲ°ُŁŁَŲ§ ŁُŲØُŁŲ±ًŲ§.
  
 Laksanakanlah dalam  rumah kalian sebahagian dari solat-solat kalian dan jangan kalian jadikannya  kuburan.
  
 Kita juga dilarang dari  solat menghadap kubur:
  
 ŁŲ§َ ŲŖَŲ¬ْŁِŲ³ُŁŲ§ Ų¹َŁَŁ Ų§ŁْŁُŲØُŁŲ±ِ ŁَŁŲ§َ  ŲŖُŲµَŁُّŁŲ§ Ų„ِŁَŁْŁَŲ§.
  
 Jangan duduk di atas  kubur dan jangan solat kepadanya.
  
 Pengecualian diberikan  kepada solat di dalam Masjid al-Nabawi di Madinah kerana atas sebab-sebab yang  tidak dapat dielakkan, pembesaran masjid telah menyebabkan kubur Rasulullah  shallallahu 'alaihi wasallam terletak di dalam masjid. Ini menyebabkan  sebahagian jamaah terpaksa solat dengan menghadap kepada kubur baginda. Suasana  ini dimaafkan dengan syarat orang itu tidak sengaja memilih tempat di belakang  kubur baginda untuk solat dan hati serta fikirannya tidak tertuju kepada kubur  baginda ketika solat.
  
  
 [8] Tidak Membaca  al-Qur’an Di Kubur.
 Rasulullah  shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
  
 ŁŲ§َ ŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁُŁŲ§ ŲØُŁُŁŲŖَŁُŁ
ْ Ł
َŁَŲ§ŲØِŲ±َ  Ų„ِŁَّ Ų§ŁŲ“َّŁْŲ·َŲ§Łَ ŁَŁْŁِŲ±ُ Ł
ِŁْ Ų§ŁْŲØَŁْŲŖِ Ų§ŁَّŲ°ِŁ ŲŖُŁْŲ±َŲ£ُ ŁِŁŁِ Ų³ُŁŲ±َŲ©ُ  Ų§ŁْŲØَŁَŲ±َŲ©ِ.
  
 Jangan jadikan  rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang  dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.
  
 Hadis ini mencakupi dua  maksud:
 -  Rumah yang tidak  dibacakan al-Qur’an umpama perkuburan, maka bacalah al-Qur’an di dalam rumah  khasnya surah al-Baqarah.  
-  Perkuburan bukan tempat  membaca al-Qur’an, kerana itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam  menjadikan perkuburan sebagai perumpamaan rumah yang tidak dibacakan  al-Qur’an di dalamnya.  
Selain itu telah  diterangkan sebelum ini jika seseorang ingin menghadiahkan bacaan al-Qur’an  kepada sesiapa yang sudah meninggal dunia, dia boleh melakukannya di mana jua.  Dia tidak perlu duduk di sebelah jenazah di perkuburannya.
  
  
 [9] Tidak Melakukan  Penyembelihan Di Kubur.
 Rasulullah  shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
  
 ŁŲ§َ Ų¹َŁْŲ±َ ŁِŁ Ų§ŁŲ„ِŲ³ْŁŲ§َŁ
ِ. ŁَŲ§Łَ  Ų¹َŲØْŲÆُ Ų§ŁŲ±َّŲ²َّŲ§Łِ: ŁَŲ§ŁُŁŲ§ ŁَŲ¹ْŁِŲ±ُŁŁَ Ų¹ِŁْŲÆَ Ų§ŁْŁَŲØْŲ±ِ ŲØَŁَŲ±َŲ©ً Ų£َŁْ  Ų“َŲ§Ų©ً.
  
 “Tidak ada  penyembelihan untuk dipersembahkan di dalam Islam.” Berkata ‘Abd al-Razzaq  (pengarang kitab hadis al-Musannaf):  “Dahulu mereka (orang jahiliyah) menyembelih lembu dan atau kambing di sisi  perkuburan untuk dipersembahkan (kepada ahli kubur).”
  
 Sa‘id bin ‘Ali bin Wahf  al-Qahtani hafizahullah menerangkan: 
 Apabila penyembelihan  dilakukan di perkuburan sebagai amalan taqarrub (mendekatkan diri) kepada  Allah maka ia adalah bid’ah. Namun jika penyembelihan dilakukan untuk ahli  kubur, maka ia adalah syirik besar yang mengeluarkan pelakunya dari  Islam.
  
  
 [10] Tidak Memijak  Kubur.
 Jabir radhiallahu  ‘anh menerangkan:
  
 ŁَŁَŁ Ų§ŁŁَّŲØِŁُّ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁَّŁُ  Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ Ų£َŁْ ŲŖُŲ¬َŲµَّŲµَ Ų§ŁْŁُŲØُŁŲ±ُ ŁَŲ£َŁْ ŁُŁْŲŖَŲØَ Ų¹َŁَŁْŁَŲ§  
  
 ŁَŲ£َŁْ ŁُŲØْŁَŁ Ų¹َŁَŁْŁَŲ§ ŁَŲ£َŁْ  ŲŖُŁŲ·َŲ£َ.
  
 Nabi shallallahu 'alaihi  wasallam melarang dari mengkapur kubur, menulis di atasnya, membuat binaan di  atasnya dan memijaknya. 
  
 Terdapat empat larangan  dalam hadis ini:
 -  Dilarang mengkapur  kubur, yakni mensimenkannya atau membuat binaan konkrit, jubin, marmar dan  sebagainya. Kapur ialah teknologi binaan zaman Rasulullah sebagaimana simen pada  zaman kini.  
-  Dilarang menulis di  atasnya, umpama menulis nama dan doa-doa di batu nisan atau menulis ayat-ayat  al-Qur’an di binaan sekeliling kubur. Namun boleh membuat tanda untuk mengenali  kubur umpama susunan batu berdasarkan tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi  wasallam yang meletak batu di sebelah kubur ‘Utsman bin Mazh’un  radhiallahu ‘anh dengan sebab:  
 
 Ų£َŲŖَŲ¹َŁَّŁ
ُ ŲØِŁَŲ§ ŁَŲØْŲ±َ Ų£َŲ®ِŁ  ŁَŲ£َŲÆْŁِŁُ Ų„ِŁَŁْŁِ Ł
َŁْ Ł
َŲ§ŲŖَ Ł
ِŁْ Ų£َŁْŁِŁ.
  
 Aku memberi tanda  dengan batu ini untuk kubur saudaraku dan di sinilah akan dikebumikan sesiapa  yang meninggal dunia dari kalangan ahli keluargaku.
  
 -  Dilarang membuat binaan  di atas kubur umpama masjid, kubah, tembok dan sebagainya. Jika dibimbangi kubur  akan rosak disebabkan kesan alam (hujan lebat, angin kuat, peralihan tanah),  boleh membuat binaan yang tingginya tidak lebih sejengkal sekadar untuk  memelihara keutuhan kubur.  
-  Di larang memijak di  atas kubur. Boleh berjalan di antara dan di sekitar kubur namun jangan di atas  kubur.  
 
  
 [11] Tidak Bersandar  Kepada Kubur.
  ‘Amr bin Hazm  al-Anshari radhiallahu ‘anh menceritakan:
  
 Ų±َŲ¢ŁِŁ Ų±َŲ³ُŁŁُ Ų§ŁŁَّŁِ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁَّŁُ  Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ Ł
ُŲŖَّŁِŲ¦ًŲ§ Ų¹َŁَŁ ŁَŲØْŲ±ٍ ŁَŁَŲ§Łَ: ŁŲ§َ ŲŖُŲ¤ْŲ°ِ ŲµَŲ§ŲِŲØَ ŁَŲ°َŲ§  Ų§ŁْŁَŲØْŲ±ِ.
  
 Rasulullah  shallallahu 'alaihi  wasallam melihat aku bersandar kepada sebuah kubur lalu baginda berkata:  “Jangan menyakiti ahli kubur ini”
  
  
 [12] Tidak Duduk Di  Atas Kubur.
 Dilarang duduk di atas  kubur berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi  wasallam:
  
 ŁŲ£َŁْ ŁَŲ¬ْŁِŲ³َ Ų£َŲَŲÆُŁُŁ
ْ Ų¹َŁَŁ  Ų¬َŁ
ْŲ±َŲ©ٍ ŁَŲŖُŲْŲ±ِŁَ Ų«ِŁَŲ§ŲØَŁُ ŁَŲŖَŲ®ْŁُŲµَ Ų„ِŁَŁ Ų¬ِŁْŲÆِŁِ Ų®َŁْŲ±ٌ ŁَŁُ  
  
 Ł
ِŁْ Ų£َŁْ ŁَŲ¬ْŁِŲ³َ Ų¹َŁَŁ  ŁَŲØْŲ±ٍ.
  
 Sungguh, jika seseorang  kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai  kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.
  
 Larangan di atas  ditujukan kepada orang yang duduk tepat di atas kubur. Dibolehkan duduk di tepi  kubur sebagaimana hadis berikut daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh,  dia berkata:
  
 Ų“َŁِŲÆْŁَŲ§ ŲØِŁْŲŖًŲ§ ŁِŲ±َŲ³ُŁŁِ Ų§ŁŁَّŁِ  ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ. ŁَŲ§Łَ: 
  
 ŁَŲ±َŲ³ُŁŁُ Ų§ŁŁَّŁِ ŲµَŁَّŁ Ų§ŁŁَّŁُ  Ų¹َŁَŁْŁِ ŁَŲ³َŁَّŁ
َ Ų¬َŲ§ŁِŲ³ٌ Ų¹َŁَŁ Ų§ŁْŁَŲØْŲ±ِ ŁَŲ§Łَ: ŁَŲ±َŲ£َŁْŲŖُ Ų¹َŁْŁَŁْŁِ  ŲŖَŲÆْŁ
َŲ¹َŲ§Łِ.
  
 Kami menyaksikan  kematian puteri Rasulullah shallallahu 'alaihi  wasallam (yakni Umm Kaltsum radhiallahu ‘anha). (Anas menyambung):  “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk di atas kubur, maka aku  melihat kedua-dua matanya menitiskan air mata.”
  
 Maksud duduk di atas  kubur dalam hadis di atas ialah duduk di tepinya ketika proses  perkebumian. Dalam sebuah riwayat  lain ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh menerangkan para sahabat dan  Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk di perkuburan Baqi’  al-Gharqad, lalu baginda memberi tazkirah kepada mereka semua.
  
  
 [13] Tidak Membuang  Hajat Di Perkuburan.
 Rasulullah  shallallahu 'alaihi wasallam bersabda
  
 ŁŲ£َŁْ Ų£َŁ
ْŲ“ِŁَ Ų¹َŁَŁ Ų¬َŁ
ْŲ±َŲ©ٍ Ų£َŁْ  Ų³َŁْŁٍ Ų£َŁْ Ų£َŲ®ْŲµِŁَ ŁَŲ¹ْŁِŁ ŲØِŲ±ِŲ¬ْŁِŁ Ų£َŲَŲØُّ Ų„ِŁَŁَّ Ł
ِŁْ Ų£َŁْ Ų£َŁ
ْŲ“ِŁَ Ų¹َŁَŁ  ŁَŲØْŲ±ِ Ł
ُŲ³ْŁِŁ
ٍ 
  
 ŁَŁ
َŲ§ Ų£ُŲØَŲ§ŁِŁ Ų£َŁَŲ³ْŲ·َ Ų§ŁْŁُŲØُŁŲ±ِ  ŁَŲ¶َŁْŲŖُ ŲَŲ§Ų¬َŲŖِŁ Ų£َŁْ ŁَŲ³ْŲ·َ Ų§ŁŲ³ُّŁŁِ.
  
 Sungguh, berjalan di  atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai  dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku sama  ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar (kedua-duanya amat  buruk, maka jangan melakukannya).
  
 Sebahagian ulama’  rahimahumullah, sebagaimana nukil pengarang MSBSPR 152-156, berpendapat  larangan duduk di atas kubur bererti larangan membuang hajat di atas kubur.  Ertinya boleh duduk di atas kubur tetapi jangan kencing atau berak di atas  kubur.
 Pendapat yang lebih  tepat ialah, kedua-duanya dilarang. Kita dilarang duduk di atas kubur  berdasarkan hadis:
  
 ŁŲ£َŁْ ŁَŲ¬ْŁِŲ³َ Ų£َŲَŲÆُŁُŁ
ْ Ų¹َŁَŁ  Ų¬َŁ
ْŲ±َŲ©ٍ ŁَŲŖُŲْŲ±ِŁَ Ų«ِŁَŲ§ŲØَŁُ ŁَŲŖَŲ®ْŁُŲµَ Ų„ِŁَŁ Ų¬ِŁْŲÆِŁِ Ų®َŁْŲ±ٌ ŁَŁُ  
  
 Ł
ِŁْ Ų£َŁْ ŁَŲ¬ْŁِŲ³َ Ų¹َŁَŁ  ŁَŲØْŲ±ٍ.
  
 Sungguh, jika seseorang  kalian duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai  kulitnya lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur.
  
 Kita dilarang kencing  atau berak di atas kubur berdasarkan hadis:
  
 ŁŲ£َŁْ Ų£َŁ
ْŲ“ِŁَ Ų¹َŁَŁ Ų¬َŁ
ْŲ±َŲ©ٍ Ų£َŁْ  Ų³َŁْŁٍ Ų£َŁْ Ų£َŲ®ْŲµِŁَ ŁَŲ¹ْŁِŁ ŲØِŲ±ِŲ¬ْŁِŁ Ų£َŲَŲØُّ Ų„ِŁَŁَّ Ł
ِŁْ Ų£َŁْ Ų£َŁ
ْŲ“ِŁَ Ų¹َŁَŁ  ŁَŲØْŲ±ِ Ł
ُŲ³ْŁِŁ
ٍ 
  
 ŁَŁ
َŲ§ Ų£ُŲØَŲ§ŁِŁ Ų£َŁَŲ³ْŲ·َ Ų§ŁْŁُŲØُŁŲ±ِ  ŁَŲ¶َŁْŲŖُ ŲَŲ§Ų¬َŲŖِŁ Ų£َŁْ ŁَŲ³ْŲ·َ Ų§ŁŲ³ُّŁŁِ.
  
 Sungguh, berjalan di  atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai  dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku sama  ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar  (kedua-duanya amat buruk, maka jangan melakukannya).
  
 Orang yang duduk tidak  semestinya sedang membuang hajat sementara orang yang membuang hajat tidak  semestinya dalam keadaan duduk. Sekalipun bukan adab Islam, manusia boleh  membuang hajat dalam keadaan berdiri dan ini dilarang oleh Islam di kawasan  perkuburan