Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Wednesday, August 24, 2011

keTupaT paLas

taun nie aku kan raya kat kedah.. menu kat sana dah tentu ler ketupat palas... macam mane nak wat ketupat nie erk.. dulu kecik2 penah lah ikut neneh pergi cari daun palas tuk wat kuih lopes.. kalu mak mentua soh masak nak cakap aper? tak kan nak cakap saya tak tau lah mak.. heheheeee.. boleh ker...

ini ler rupa ketupat palas... Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.

dia orang kata ketupat nie ade jantan dan betina.. ye ke?

Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih di bahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutan yang kemas. Manakala ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih di bahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas

leceh betul kan.. susah-susah sangat nanti aku beli yang nie jerk...

ketupat palas nona.. senang.. campak jerk lam periuk rebus.. pas tu masuk kan santan yang telah disediakan dalam pek tu.. biar satu jam.. siap.. tak payah pening2 kan... sama gak.. rasa pulut gak.. heheee

0 comments:

Post a Comment