Welcome to my blog, hope you enjoy reading :)
RSS

Monday, July 9, 2012

JaGunG HiBriMas


Tadi baca paper utusan.. Ruangan Mega muka depan pasal Jagung Manis Hibrimas.. serius tak pernah dengar.. nampak sangat ketinggalan weh.. tau makan jerk jagung tapi tak tau nama... hihhii...Rupa-rupanya Jagung Hibrimas, diperkenalkan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian (Maha) 2010.

MARDI memperkenalkan projek tanaman jagung Hibrimas di negeri ini bermula di Kampung Paloh.
Jagung Hibrimas hanya memerlukan masa 68 hari untuk dituai berbanding jagung jenis biasa selama 75 hari dan ini memberi peluang kepada petani menanamnya sehingga tiga kali setahun bergantung kepada musim panas.

Hibrimas mempunyai banyak kelebihan berbanding jagung yang ada di pasaran ketika ini antaranya ia bersaiz lebih besar dan panjang selain berwarna kuning keemasan.Ia juga mempunyai ciri kerintangan yang tinggi terhadap penyakit hawar daun yang selalu menyerang tanaman jagung.


0 comments:

Post a Comment